Wednesday 28 October 2015

BUBUR ASYURA UTARA....LEMAK MANIS

Dah masuk tahun baru rupanya..
Haaa...xyah nak buat muka pelik...
xde peliknya ...memang tahun baru pun ni...
Lupa ke...??
Baru 2 minggu lepas cuti hari rabu tu kan...
Haaaa...jangan tau cuti je...
Tu kan cuti Awal Muharram...
Haaa...tahun baru la tu
Tahun baru Hijrah  1436
Heee....
Jangan la ada yang sentap...
Aku tengah berlatih jadi ustazah ni...heee

Ni hari Sabtu nyer citer...
Bangun pagi nampak mak aku tengah sibok buat ni...

Haa...ni namanya Bubur Asyura....
Mak aku kata ni makanan wajib ada dalam bulan Muharram ni...
Mana ada wajib..jangan memandai nak cakap cenggitew...
Mak aku kata Bubur Asyura ni dibuat dalam bulan Muharram kerana mengingati 10 Muharram iaitu hari Asyura...

Aku ada tulis pasal ni ngan
RESIPI BUBUR ASYURA VERSI UTARA kat sini..

Update : Juga ada  yang latest
BUBUR ASYURA SUKATAN CAWAN kat sini...



Ni mak aku kata versi nak buat untuk 1 family jer..
  
BUBUR ASYURA UTARA versi 1 famili
 2cawan tepung beras cap teratai
8cawan santan
1 cawan beras(rendam semalaman & blend bersama 3 cawan air)-tak halus sangat pun xpe
2cawan penuh gula- ikut manis
sikit garam
5 biji pisang awak
1ketul keledek purple ( potong besar & rebus 1/2 masak)-rebus berasingan kerana warna purple ni agak pekat
1ketul keledek oren(potong besar & rebus 1/2 masak)
1ketul kecil ubi kayu (botong besar & rebus 1/2 masak)
1 tin corn kernel( isi jangung dalam air..bukan krim) @ 2 tongkol jagung segar
1 1/2 cawan kacang hijau -rebus empuk
1cawan kacang tanah mentah (rendam semalaman & buang airnya)
3 helai daun pandan

1. Blend beras hingga hancur..tak perlu tapis biarkan bebiji-biji.
2. Bancuh tepung beras,beras blend dan santan hingga sebati.
3. Kacau tanpa henti bersama simpulan daun pandandalam kuali hingga mendidih.
4  Masukkan gula & garam dan kacau lagi hingga meletu-letup
5.Masukkan semua ubi-ubi..kekacang ,jagung dan terus kacau hingga meletup2 dan sebati.
Masa ni bubur akan jadi warna purple kerana ubi keledek purple.
Terus kacau anggaran 1 1/2 jam hingga kental.
6. Tuangkan dalam bekas lebar ...
Boleh makan panas2 atau biarkan hingga sejuk dan dipotong seperti kuih talam


Banyak juga mak aku masak Bubur Asyura ni..
Mak aku kata warna purple tu sebab mak aku guna keledek purple..
Penuh kuali...
xkan habisnya mak aku nak makan tu sebab aku bukan minat sangat Bubur Asyura ni...
Banyak kacang...kacau aku nak makan..
Syyyyy...
Jangan cakap ket mak aku...nanti mak aku kcik hati...
Heee..

Ni yang dah siap...
Kan aku dah cakap banyak kacang..
Yang ni dah sejuk..
Mak aku kata dah boleh potong macam puding..



Jangan xtau...
Dalam banyak-banyak ni...
Mak aku hanya simpan 1 bekas bulat tu dengan 1 lagi bekas yang 4segi kecik ket belakang tu jew..
Sebabnya hanya mak aku yang makan kan...heee..
Yang lain semua mak aku bagi kat jiran & kawan-kawan..

Bila tanya kenapa mesti buat ...kalau dah nak makan tu ciput jew...
Mak aku kata....
Bubur Asyura ni mak aku akan terus buat setiap tahun sebab mak aku kta tu yang nenek buat sejak dulu..
Lagi satu mak aku kata supaya aku..kakak & abang akan teruskan bila kitorang dah dewasa nanti..
Whattttttt..???
Agak2 aku akan buat kew..??????
Hahahaha...

Syyyyyy...
Tapi jangan gelak kuat-kuat.. nanti mak aku ingat aku xserius plak dengan pesanan tu..
Kata mak aku hari ni mungkin aku ngan kakak ngan abang xkan buat...xteringin nak makan...
Tapi kata mak aku..
Mungkin dalam 20 tahun akan datang....aku akan jadi teringin dan rindu nak makan bubur asyura ni..
Ada ke camtu.....???

Kata mak aku....banyak makanan yang mak aku x suka masa zaman kanak-kanak....mak aku dah suka dan rindu nak makan...
So..mak aku kata x mustahil nanti aku juga akan rasa macam tu...

Pulak.......????

3 comments:

  1. HEee...USB camea kiter hilang...x boleh nk upload gambar ...ni baru jumpa..heee
    Apapun tq tau

    ReplyDelete
  2. Terase nk buat plk.. Tringin nk mkn

    ReplyDelete