Saturday 29 September 2018

NAAN CHEESE PANAS- PANAS

Naan Cheese
Homemade Naan Cheese
Untuk dinner semalam

Naan Cheese
Raita Salad
Hot Tea...
Mmmmm....havent...!

Kisah  petang semalam...
Hari Khamis..
Dah 4 hari mak aku kena gi Permaisuri.
Takkan 4 hari aku xgi sekolah lak..?
Kalau 3 hari berturut2 x gi sekolah
Kang dapat surat cinfa dari Mr Seweng lak.
So...Isnin dah Rabu terpaksa ponteng
Selasa  & Khamis aku gi...tumpang Loushi Zalikha..
Terpaksaa...sebab takut kena surat tunjuk sebab..
Khamis tu patutnya mak aku cakap balik awal
Tapi balik dari permaisuri ....mak aku cakap nak sambung kerja kat Bilik Kerja mak aku..
Mak aku buat kerja..aku tidur la kat sofa tu
Haaa..Bilik Kerja mak aku memang dah jadi rumah kedua aku sejak kecik..
Heee.....nanti lain kali citer about Bilik Kerja tu...
Aku dah lapar giler dah..
Pagi memang mak aku masak Bekal Nasi Goreng
Tapi makan waktu rehat lagi
Ni dah pukul berapa dah......
Mmm...memang lapar la
Mak aku kejut aku cakap kerja dah siap
Nampak kat luar hujan dan mula rintik..
Mak aku cakap kena balik cepat sebab tadi pagi lupa nak tutup tingkap
Pagi tadi tu mak aku cakap banyak jemur baju
Walaupun ada owning tapi kalau hujan lebat basah juga baju2 tu..
Tapi baru jer tutup langkah keluar pintu...
Selebat2 hujan macam air dicurahkan dari langit..
Sudahnya ...mak aku redah juga hujan lebat..
Sepanjang jalan jalan sampai OCBC bank tu memang cuak nak lalu bawah2 pokok tu sebab banyak juga ranting2 pokok
Sebab pokok2 tu memang menyeramkan kalau lalu time malam & time hujan
Mak aku cakap nak singgah beli Nasi Ayam Penyet  untuk aku
Tapi aku xnak...
Malas aku nak turun beli time hujan macamni..
Sejukkk..
Aku cakap ngan mak aku...
Teringin nak makan Naan Cheese
Tapi kalau gi AJ Maju tu ..lepas pukul 5 baru ada menu Roti Naan..
Itupun silap2 dorang baru nak hidupkan api dalam tempayan oven tempat masak naan tu..
Nak pusing2 cari parking lagi....
Nak cantik...kena gi lepas pukul 6 baru bangak parking..
Tingggggg.....!!!!!!
Haaa....kalau minta mak aku buatkan pun lagi sedap...leh makan panas2
Hujan2 ni makan naan panas2...
Walllaaaa....
Tapi mak aku cakap nak buat naan tu lambat juga...dalam 1 jam baru boleh makan...
Mmmm.....xper aku sanggup tahan lapar kalau takat 1 jam jer..!!!
Tapi mak aku cakap cheese xde kat umah
Kena singgah Speedmart dulu la..
Hmmm...sebab nak sangat makan naan cheese aku sanggup jer redah hujan lari masuk dalam Speedmart tu beli cheese
Basah juga la baju sekolah aku sebab aku malas nak guna payung .
Leceh nak buka payung
Nanti nak tutup payung..nak masuk kereta dengan payung basah..macam xde function jer guna payung tu kann....!
Heeeee..
Sib baik sampai erea rumah aku..
Hujan tak lah lebat sangat





Haaa.....masa azan maghrib....
Aku tengah menikmati Naan Chees With Hot Tea
Nikmatnya makan naan cheese panas2 time hujan masih lagi renyai
Makan time azan maghrib
Rasa macam tengah iftar lak..
Heeee.....


See......
My Mom Naan Cheese...!
So.....sexy..!
Very tempting..!!!
Hehehehee.....


NAAN CHEESE
3 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin/ butter/ minyak
1 sudu teh yis mauripan
1 cawan air suam
2 sudu susu pekat
1/2 sudu teh garam halus

Bahan Lain:
3/4 cawan grated cheese
/ slice cheese
1 sudu marjerin


1. Campur tepung,garam,dan yis mauripan serta gaul rata
2. Tambah marjerin dalam tepung tadi dan gaul ramas hingga jadi berbiji halus
3. Bancuh susu pekat dengan 1 cawan air suam
4. Guna susu suam tadi untuk uli tepung hingga dapat dough seperti dough roti
5. Bahagikan kepada 3 bahagian dan biar dough mengembang lebih kurang 15 minit
6. Uli semula setiap bahagian dough secara berasingan
7. Leperkan setiap dough dan tabur 1/3 cawan cheese.Jadikan seperti inti
8. Bulatkan semula dough dan biarkan lagi selama 10 minit
9. Gelekkan setiap bagaian doungh berisi cheese tadi hingga agak nipis anggaran 1cm
10. Panaskan kuali dan sapu sedikit sahaja marjerin supaya tidak melekat
11. Bila sudah panas,metakkan sekeping adunan tadi dan tutup kuali
12. Bila nampak roti semakin naik dan bawahnya nampak garing,balikkan sbelah lagi dan masak kedua-dua belah roti hingga bewarna keemasan,
13. Sapu marjerin pada kedua-dua belah permukaan roti dan  hidangkan panas-panas bersama kuah pilihan


Sampai rumah jer mak aku terus uli tepung
Mak aku cakap kena terus uli sebab nanti kena biarkan adunan tu kembang dalam 1/2 jam baru boleh masak
So, kena terus uli tepung baru boleh gi mandi bagai
Sambil mak aku uli tepung aku angkat kain baju..
Tapi ada juga yang lembab terkwn tempias hujan



Haaaa....tadi tepung dia menggerutu jer
Sekarang sudah macam pau


Tapi kenapa kena tumbuk2 buang angin dia..?
Mmmm....ntah..
Nampak mak aku buat macam tu..
Ada 9 ketul tapi mak aku guna 4 ketul jer
Itupun dari 4 ketul tu mak aku combindkan jadi 2 ketul jer..sebab mak aku kata ketulan tu kecik
Lagi 5 ketul mak aku masukkan dalam plastik dan simpan dalam chiller
Nak buat apa..?



 Ketulan dough dah dileperkan dan disusun cheese
Hari tu mak aku buat naan cheese ni guna grated cheddar cheese..

Yang ni guna slice cheese jer
Beli kat Speedmart dalam hujan tadi.
Struggle juga nak makan Naan Cheese ni
Hahahahaha...



Dah masuk cheese dalam tu kena tutup semula
Kiranya cheese tu jadi feeling dia lar..



 Gelek kasi leper skit
Pastu mak aku cakap kena biarkan dia rehat 10 minit..



Ok...lepas 10 - 15 minit dah boleh masak
Kalau naan cheese kat mamak...
Warna dia xdelah golden camni..
Mak aku cakap yang versi mamak dorang masak dalam tempayan oven..
Seronok tengok mamak yang masak naan tu gelek2 dough pastu tampalkan dalam tempayan panas...
Boleh lak tu naan tu lekat cantikkkk jer
Bertepek dalam tempayan tu..
Makan lak ngan tandoori chicken..
Teh Tarik...
Sambil tengok gelagat manusia dalam restoran mamak...
Ada yang ketawa
Ada yang cakap kuat2
Ada yang makan slow2
Ada yang sedut air sekali nafas sahaja..
Ada yang serius
Ada yang tengah discus
Ada yang acah2 manja makan suap menyuap
Haaa...ada juga yang look lonely di sudut dinding..
Hahahaha...aku lak yang feeling..!


Ok...dah masak sekeping naan cheese
Kasi sapu sikit butter masa panas2


 Potong ....


 Melting  cheese dalam dia...
Masa panas2 la
Kalau dah sejuk xde lah lagi melting cheese tu
Tapi bila kunyah still rasa cheese

Mak aku kata sambil tu boleh buat deep dia..
Buat Raita nak cicah Naan Cheese ni..
Hari tu mak aku buat nan cheese ni cicah ngan kuah kari..
Hari ni xde stok kuah kari.
Mak aku cakap buat Raita

RAITA INGREDIENTS
  • 1/2 cup plain yogurt
  • 1/2 cup chopped seeded English hothouse cucumber
  • 2 tablespoons chopped fresh cilantro
  • 2 teaspoons chopped green onions
  • 1/4 teaspoon ground coriander
  • 1/4 teaspoon ground cumin

PREPARATION

  1. Mix all ingredients in medium bowl. Season to taste with salt. Chill raita, covered, until ready to serve.
  2. Raita recipi ni sumbernya dari SINI.....


 Raita ..




Mak aku jer suka naan cicah raita ni
Aku x suka sebab masammmmm
Aku makan naan x cicah apa2
Makan naan...minum teh O..
Mmm....
Brrrrr..
Alhamdulillah...!

Pagi tadi maka aku masak lagi Naan Cheese untuk sarapan dan bawa bekal
Haaa....yang baki chiler  dough tu rupanya mak aku nak simpan buat sarapan dan bekal pagi ni
Mmm...cheese dia xdelah meleleh sebab sah sejuk tapi roti dia still flufy..
Bawa sekeping Naan Cheese..
Mak aku dah potong jadi 8 keping
Masa rehat....aku dah malas nak duty pengawas..
xde mood...
Aku ikut jer group aku gi rehat...
Danial tanya aku bawa bekal apa..?
Aku cakap la bawa Naan Cheese
Danial x caya...
Tapi bila aku buka bekal...dia yang capai dulu..
Makan sambil pejam2 mata felling..
Hahaha....
Haikal Hassan memang jenis selamber
Auni lak amik 1 jer konon2 dah xnak dah...
Tapi bila aku cakap kalau xnak aku habiskan..
Sambil mengeliat malu2 miaw dia capai sambjl sengih2 macam kerang busuk..
Hahaha....macam citer P.Ramlee
Yang 3 orang Bujang Lapok sewa rumah Cik Normah tu..
Tuan rumah kasi duit suruh gi cari kerja..
Mula2 xnak..xnak...
Tapi sambil molot cakap xnak..
Tangan dah capai duit..
Hahahaha....citer P.Ramlee semua best..!
Sudahnya....dari 8 slice tu...
2 aku makan.
2 untuk Haikal Hassan
2 untuk Danial
2 untuk Auni..
Haaa...now sejak project Seni hari tu
Memang kami berempat jer kalau gerak ke mana2..

3 comments: