Wednesday 11 July 2018

GULAI PISANG MUDA + IKAN HARUAN KERING


Gulai Pisag Muda + Ikan Haruan Kering
Actually ni bukan hari ni nyer lauk
Bukan juga semalm nyer lauk
Ni Lauk mak aku masak kat umah Kedah hari tu
Tapi sebab banyak sangat Q dalam draff
Dah x tahu nak post yang mana dulu
Tapi sebab lagi bnayak entry about raya
So,baikpost pasal raya dulu
Sebab kalau simpan post raya nanti basi
Hahahaha
Kalu post lauk camni xpe
Bila-bila pun boleh



Pisang yang belum masak
Nenek kata ni bukan Pisang Muda
Tapi Pisang yang dah tua
Nenek tebang pokok pisang ni sebab nenek kata dah cukup matang
Matang tu tua la
Kalau pisang muda memang kulitnya hijau juga tapi isi dia kelat
Kelat tua apa?
Kelat tu bila kita makan...kita akan rasa lidah kita tebal dan kesat
Mmm...kalu nak tau macammana kelat...gigit la kulit pisang ni
Haaaa...baru tau
Aku dah buat..!
Sebab tu aku tahu
Haaa...pisang tu nenek kata kalau dibiarkan 2 atau 3 hari akan mula masak lah
Nenek kata pisang ni sebenarnya memang nak jadi rezeki kitorang
Mungkin sebab pokoknya tersorok bawah pokok kuini yang tidahk berbuah
Sebab kata nenek ..pokok pisang yang lain memang buahnya habis menjadi rezeki monyet
Kat kampung nenk banyak monyet
Nenek kata bukan takat buah pisang yang akan dimakan monyet
Pokok pisang yang x berdosa tu pun monyet akan koyak-koyakan untuk makan umbutnya
Buah kelapa pun banyak yang menjadi rezeki tupai
Yang x boleh blah..
Nampak macam banyak buah kelapa atas pokok
Tapi bila nenek kait atau buahnya gugur
Tengok buahnya sudah berlubang..
Sudah kosong dalamnya
Air dan isinya sudah dimakan tupai
Nampak cantik buahnya tapi hampeh..?
Haaa....mak aku cakap tu la digunakan perbandingan oleh orang-orang tua dahulu  terhadap perempuan cantik yang tidak menjaga maruah diri
"Seperti Kelapa ditebuk Tupai"
Eiii....kalau kelapa yang ditebuk tupai tu gugur ada juga sesetengahnya masih ada sisa air dan isinya yang tidak habis dimakan tupai
Tapi bau dia....
Ashammm


Makaku cakap isang yang belum masak jer sesuai buat gulai ni
Lagi satu ...makaku pesan...
Bukan semua pisang sesuai dimasak gulai ni..
Hanya pisang yang selalunya dimakan mentah sebagai dessert ja yang sesuai diasak kari
Contohnya yang ni Pisang Lemak Manis..
Kenapa pisang lain x sesuai..?
Mmm ...mak aku cakap pisang lain macam Pisang Nangka...Pisang Nipah...etc .. yang selalunya dibiarkan masak dan dijadika Pisang Goreng tu x sesuai sebab kulitnya susah nak siat .
Hanya piasang yang kulitnya senang nak siat sesuai dimasak gulai ni...
Siat tu macamana..???



Ni haaa.....
"Siat tu macam ni la nak oi...! " Kata ibuku kepadaku sambil menunjukkan caranya.
(sila baca dengan sebutan yang jelas  dan intonasi yang betul)
Hahahaha....macam baca petikan ...
Cikgu kan selalu pesan camt masa baca buku BM sekolah rendah dulu..!
Siat tu maksudnya buang lapisan kulit yang luar tu
Kulit yang dalamnya tidak dibuang..
Mak aku cakap kulit yang dah disiat juga JANGAN dibuang
Sebab kulit tu la yang sedap bila dah siap masak gulai..!!
Habis tu...kalau dah sedap..... kenapa perlu siat kulitnya...?
Pastu dah siat amik semula..!
Haaaa....mak akucakap tujuan disiat kulitnya kerana kulit nipis kat luar tu licin dan macam berlilin.
Jika tidak disiat nanti kuah gulai x dapat nak meresap dalam pisang.
Pisang jadi x berapa sedap  la sebab ada lapisan tu
NAnti dah jadi macam pisang rebus la kalau x siat...
Kalau nak bagi faham lagi...
Mak aku pesan masa masak  gulai ni
Cuba la tinggalkan sebiji pisang dan potong tanpa disiat kulitnya
MAsukkan bersama dalam gulai tu
Bila dah masak .....amik dan makan  yang x siat kulit tu
Baru boleh faham kenapa kena siat dulu..
Heeee....mak aku ni marah ke..?
"Bukan marah...tapi nasihat..!" Jawab mak aku..
( itu ayat dalam filem P.Ramlee)
hihihihi...


Gulai Pisang Ikan Haruan Kering ni sedap tau
Kalau ada bakinya ...esok tu makan lagi..
Mmm....bau dia memang melekat kat tangan..
Leas makan...dah basuh tangan pun ko boleh cium lagi bau kat tangan..
Pastu  ulang-ulang cium tangan..
Hahahahaha..


GULAI PISANG MUDA DENGAN IKAN HARUAN KERING ..mak aku
1 sikat pisang lemak manis muda
4 hiris ikan masin
1 asam keping
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk:
10 biji cilibpadi
1 ketul kunyit sebesar ibu jari

1. Siat kulit pisang dan ambil semula kulit yang dah siat tu
2. Pisang dan kulitnya direndam dalam air bercampur garam utuk elakkan pisang jadi hitam
3. Campurkan santan cair dengan bah tumbuk dan juga pidang bersama ikan haruan kering.
4. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan asam keping
5.  Bila pisang sudah empuk sesuaikan rasa

2 comments:

  1. Sedap....pisang muda ikan kering, ikan masin goreng dan sambal belacan.


    tak pun nangka muda masak gulai ikan masin...sambal belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...tapi kiter suka makan time balik Kedah sebab lagi feel makan ngan nenek semua..heee

      Delete