Wednesday 15 February 2017

KELEDEK PANGGANG ROSEMARY

Keledek Panggang Rosemary..
Bekal aku ngan mak aku hari ni..
Sebenarnya Keledek dan Kentang Panggang Rosemary
Sebab kentang pun ada juga tu..
Tapi sebab nak inteprem Keledek tu lebey sikit..
Kerana Keledek tu lagi sedap..
Hihihi..cian kentang..!!
Mmmm..Kentang pun sedap juga...



Bekal mak aku....


Dua bekal jer hari ni..
Bekal mak aku yang ijau tu
Bekal aku yang terqoist tu..
Asalnya yang turqoist tu biasa ar... tu bekas bekal abang
Bekal pink aku lum isi lagi..
Tengah nunggu turn dalam oven..
Tapi tadi pagi abang bangun awal pagi tadi abang cakap abang cuti hari ni..
Kakak plak hari ni nak gu Hospital Kuala Lumpur..
Kakak kata nak buat Medical Check-up
Sebab minggu depan kakak nak daftar kat UiTM..
Sebelum ni kakak kat UiTM Johor.
Tapi kakak kata dah habis diploma..
Ni kakak dapat offer sambung degree kat UiTM  lain plak..
Minggu depan kakak dah start study semula  la...
So,kakak kata kena buat medical check-up semula..
So,isi bekal tu mak aku masukkan dalam bekas pink aku..
Sebab dah kelam kabut aku pun lupa bekas pink aku x sempat posing..
Hihihihi...
Tu lar...sapa suruh liat nak bangun kan...
Mak aku kejut pukul 5.45..
Tapi pukul 6 baru aku bangun..
Haaaa...memang kelam kabut ar..

Sebelum ni mak aku dah pernah buat..

KELEDEK PANGGANG ROSEMARY KAT SINI...
 Yang kat situ lagi mengancam ar sebab mak aku kata yang tu buat x kelam kabut..
Yang ni bangun pagi baru nak buat..
Memang kena potong nipis sikit nak bagi cepat masak..
Pastu x sempat nak garing sangat...
Dah kena angkat masuk bekal...
Pun tetap sedap do..!!!

 KELEDEK DAN KENTANG PANGGANG ROSEMARY 

5ketul keledek oren

5 biji kentang
Bahan Rosemary:
2 sudu besar rosemary
1 sudu teh garam
1 sudu besar serbuk lada sulah
1/2 cawan minyak olive( minyak masak pun boleh)


1. Pilih keledek Oren lagi sedap dan cantik

2. Kupas kulit keledek dan kentang


3. Potong wedgwes keledek dan kentang...( yang ni potong agak nipis sebab nak cepat masak)
    Seeloknya potong tebal supaya bila panggang nanti garing diluar dan gebu isinya.
   

4. Tumbuk rosemary dan garam..
    Sepatutnya jangan halus sangat baru terasa rosemarynya..


5. Tambah serbuk lada sulah..( kalau guna lada hitam pun sedap..)


6. Dalam bekas besar,gaulkan keledek,kentang,bahan tumbuk dan minyak serta gaul hingga rata.
    ( Patutnya buat dari malam lagi supaya pagi x kelam kabut dan rasa juga lagi sedap)



7. Selerakkan dalam tray pembakar bersama minyaknya dan bahan tumbuk ..
   ( Kalau banyak @ tray kecik....buat 2x supaya masak cantik)


8. Panggang dalam oven suhu 180 hingga masak agak-agak dalam 45 minit


9. Setelah nampak masak pasang api atas sahaja supaya keledek dan kentang garing



1 tray dah masak untuk bekal..
1 tray lagi untuk sarapan abang ngan kakak masih dalam oven..
Biar kakak & abang panggang sendiri..
Hihihihihi..

2 comments:

  1. Sedapnya....aunty x pernah panggang keledek or kentang apa lagi guna rosemary.....he...he...pandai la mak dik cella...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la aunty..
      Sedap..kawan- kawan kiter pun suka..
      Hari ni pun mak masak Ayam Panggang Rosemary wat bekal kitee

      Delete