Mulakan dengan Air Sirap Laici dulu lah......
AIR SIRAP LAICI
1. Masak 2 cawan gula dengan 2 cawan air sampai larut dan mendidih
2. Tambah perisa Ros & sikit pewarna merah jambu untuk dapatkan warna yang cantik..
3. Sejukkan & guna secukupnya untuk buat sirap laici
4. Sirap dicampur dengan air masak & air laici.tambah buah laici & air batu.
5.Siappppp
Sebenarnya laici ni baki yang buat Air Laici semalam tu...Sirap tu plak lebihan buat Sirap Selasih hari tu..Gabungkan dua tu jadilah Air Sirap Laici...slruppppppppppppppp...sedap..!!!!!
Popia ni plak mak aku buat ....Pun sedap
Guna kulit popia yang dah siap...sebab mak aku kata dia x pandai nak buat sendiri..
INTI POPIA MAK AKU
10 cendawan kering-rendam & hiris halus
1 bawang besar- dadu halus
3 bawang putih dadu halus
1 keping dada ayam- dadu halus
sikit minyak zaitun,garam & lada hitam serbuk
1 telur untuk jadikan gam masa gulung popia
1. Panaskan sikit minyak sekadar untuk tumis dalam 1 sudu sahaja
2. Tumis bawang putih & bawang besar sampai layu.
3. Tambah isi ayam & kacau sampai warna ayam jadi putih
4. Tambah carrot & cendawan racik halus
5. Tambah garam & lada sulah.
6. Jika suka tambah telur & goreng hancur..
7. Biar sejuk dulu baru guna untuk isikan dalam kulit popia & siap untuk digoreng
Ni plak Masak Lemak Cili Api Ayam & Bayam....Mak aku kata kena makan bayam baru la kuat macam Popeye ....hahahahaha
MASAK LEMAK CILI API AYAM & BAYAM
5 ketul ayam
1 cekak bayam
10 cili padi
1 ketul kunyit
garam & sikit gula
1 kepin asam keping
1 cawan air
1 kotak kecil( 1cawan) santan pekat
1. Tumbuk kunyit,garam & cili padi.
2. Masukkan ayam & bahan tumbuk dengan 1 cawan air sampai mendidih & ayam masak.
3. Tambah garam,sikit je gula & asam keping.
4.Tambah bayam & santan pekat & siap...
Mak aku kata lebih baik guna ayam yang bertulang macam leher ayam & rangka ayam baru kuah dia rasa lagi sedap sebab stok dari tulang ayam tu manis.Bubuh la juga iasi ayam... sebab abang suka isi ayam...
Selain lauk ni mak aku juga buat Ayam Goreng...Telur Dadar & Ikan Pekasam Goreng..Telur dadar tu sebab lebih telur yang buat gam popia....
Semua aku rasa sedap....terutama Air Sirap Laici sebab puasa memang la dahaga.....heeeeeee
No comments:
Post a Comment