Wednesday, 9 July 2014

IFTAR 8 ....NASI AYAM ROSEMARY... & AIR LYCHEE

Juadah iftar Ramadhan 8 hari Ahad.....Nasi Ayam Rosemary dengan rakan-rakannya..heheheheSup,kicap & Thai cili Sos...

NASI AYAM ROSMARY..... MAK AKU

1/2 ekor ayam = 2 peha ayam
sikit garam
sikit kunyit
1 sudu rosemary kering
sikit lada hitam serbuk
3 sudu minyak olive
sikit tepung gsndum

1. Ayam hendaklah dimasukkan dalam kuah sup & rebus 1/2 masa.
2. Angkat & perap dengan rosemary,kunyit ,garam & lada hitam yang ditumbuk halus
3. Resjis minyakm olive & perap
4. Panggang sampai masak
5. Sisa-sisa dari bekas panggang ayam ditambah sedikit air & sikit tepung gandum & panaskan semula hingga pekat.Curahkan keatas ayam...

Nasi :
2 cawan beras wangi
2 cawan sup ayam
2 daun pandan
1/2 sudu butter
sikit sebuk kunyit

1. Cuci beras & masukkan semua bahan & masak dalam rice cooker seperti nasi biasa

SUP:
2 bawang putih
2 bawang merah
sikit halia
1 sup bunjut
garam
lada hitam
sikit minyak
5 cawan air
1. Panaskan minyak & tumis bawang putih,bawang merah & halia
2. Masukkan ayam (1/2 ekor ayam untuk ayam rosemary)& biar ayam kecut
3. Masukkan air,sup bunjut,garam & lada hitam...
4. Bila kuah mendidih,keluarkan ayam & pera ayam dengan rosemary.
6. Kuah yang ada digunakan 2 cawan untk masak nasi & selebinya untuk sup.
Siap......tunggu azan dulu la baru makan...

AIR LYCHEE-Ready Made
1 tin lychee in syrup
1 kotak minuman laici

Tuang air lychee dalam jug & tambah air batu & lychee in syrup....siap  sempoi tapi pure sedap..


Tengok gambar buah laici pada kotak air laici tu memang mengancam...tapi laici yang maka kau beli x la secantiktu...Apapaun memang sedapppppppp....

No comments:

Post a Comment