Thursday 18 August 2022

KACAU BUBUR ASYURA 2022: VERSI UTARA & PANTAI TIMUR

 Semalam kami mengacau bubur asyura untuk bulan Muharram 1444.Bukan wajib pun tapi tradisi yang baik ini elok diteruskan kerana  banyak perkara tersurat dan tersirat disebalik tradisi mengacau bubur asyura ni.


Kali ini kami masak dua versi iaitu versi utara dan pantai timur.

Selalunya juga masak versi utara,saya akan jadi tekongnya walaupun bukan pandai sangat oun..hihihi
Tapi kali ni jawatan tekong saya serahkan kepada Kak Izzah yang baru bertukar ke sini beberapa bulan lepas.Beliau lagi senior dan lagi cekap.Versi Pantai Timur pula,diserahkan kepada Syahir sebagai tekongnya.Walaupun Syahir ni belum 30 umurnya tapi bab masak memasak serah kat dia.Kerana Syahir ni orang Trengganu,maka kali ni kita buat Bubur Asyura Pantai Timur versi Trengganu.Kata Syahir versi Trengganu sama juga dengan Kelantan.Cuma beza toppingnya sahaja.
Nanti kita tengok ya..
Hihihi

Versi utara memang setiap tahun saya masak sendiri di rumah.Manakala di tempat kerja juga menjadi acara tahunan.Namun kali terakhir dimasak ditempat kerja beramai-ramai  ialah 2018.
Pada tahun 2019 tak ada kerana kebetulan bulan Muharram tu pertukaran pentadbiran baru.
2020 dan 2021 dalam PKP Covid  saya masak sendiri kat rumah tapi bila cari punya cari rupanya masih dalam draf..tidak publish...baru perasan draff dah lebih 200 tapi nak publish macam dah expired...hihihi

Tahun ni saya menunggu juga kot ada yang buka mulut nak buat bubur asyura @ tempat kerja tapi semua senyap.Tak boleh jadi ni...Maka pada hari Isnin terus saya tanya "Tuan" Azizi iaitu "Tuan Presiden" kami..
Beliua setuju untuk gerakkan ahli menjayakan program kacau bubur asyura 2022 ni.
Dipendekkan cerita,maka
Merewang Bubur Asyura Utara (BAU) tiada apa sangat nak dibuat kerana kebanyakan bahan kekacang sudah diagihkan tugas merebus di rumah.Pagi hanya bawa kekacang yang dah siap rebus.

Merewang Bubur Asyura Pantai Pantai Timur
( BUPT) kebanyakan dibuat di tempat masak.Nampak..lengan geng Pantai Timur penuh barang kemas kan...hihihi
Ni mereka tengah menyiat daging rebus untuk dimasukkan dalam BAPT..
Selain itu saya juga nampak mereka mayang halia,bawang dan beberapa jenis rempah ratus dan herba lain lagi.

Sebahagian daripada kekacang Bubur Asyura Utara..
Ada kacang Merah,
Kacang Buah Pinggang,
Kacang Hijau,
Kacang Kuda,
Kacang Ketupat
Ubi Keledek,
Jagung,
Pisang...


Bubur Asyura Trengganu(BAT) dimulakan dengan merebus beras hingga kembang.

Manakala Bubur Asyura Utara(BAU) dimulakan dengan membancuh tepung dengan santan 


Lebih kurang satu jam mengacau BAU mula memekat.

Sementara BAT berasnya sudah mula kembang dan sudah dimasukkan rempah khas asyura Pantai Timur.

Lebih kurang tiga jam kemudian BAU dah mula masukkan kekacang 

BAPT juga dah mula masukkan sesetengah bahan lain seperti remoah ratus,herba,kekacang,ubian dan juga daging.


Lebih kurang empat jam mengacau,masak lah sudah Bubur Asyura Utara.

BAU disendukkan kedalam bekas-bekas kecil ni untuk semua staf dan pekerja swasta.


Dapat dalam 100 bekas kecil ni...dan 10 bekas bulat besar ( yang kita selalu beli baulu tu)


Juga lima dulang/talam ni.Sengaja saya minta mereka isi dalam talam ni untuk mengenang nostalgia zaman kanak-kanak.Kalau zaman kanak-kanak setiap rumah akan bawa bahan mentah ikut apa yang ada.Kelapa,ubi,kekacang,gula dan sebagainya.Sebahagjan pula akan bawa tepung beras yang ditumbuk sendiri..Masing-masing juga akan bawa talam.Selain untuk isi bubur asyura yang dah masak,talam juga berguna untuk isi bahan yang siap dipotong dan paling penting,masa kukur kelapa,talam la senang nak buat penadahnya..

Bubur yang elok masaknya akan beku elok dan mudah lekang bila dah sejuk.Abaikan saja suara Kak Mudz dan rakan-rakan kami yang riuh rendah tu,sebab mereka tak tahu saya tengah rakam video bubur ni..hihihi

***" Untuk resipi Bubur Asyura Utara Sukatan Kawah boleh rujuk 


Kot ada yang sedang merancang nak buat sendiri kat rumah boleh rujuk 



*** Saya tiada resipi Bubur Asyura Pantai Timur yang dimasak ini untuk dikongsikan kerana tidak dapat mengikuti sepenuhnya bahan dan cara penyediaan kerana kami masak versi utara dan pantai timur  serentak.Saya fokus kepada team bubur asyura utara.

Ketika Bubur Asyura Utara sedang diagihkan,team Bubur Asyura Trengganu(BAT) sedang mendadar telur untuk topping BAT.

Telur dadar gulung yang dihiris nipis dan berjurai..


Agar-agar merah didadu halus..Orang Kelantan sebut "bledo" Trengganu sebut "blede"..
Orang Johor sebut "lengkong"(betoi dak SK dan Johorean lain?)🤭
Orang utara panggil "agaq-agaq"
Orang KL sebut "agar-agar".Budak-budak sekarang panggil " jelly".


Agar-agar hijau juga didadu halus.
Untuk makluman agar-agar ini rasanya manis seperti agar-agar old school yang mak dan nenek moyang kita buat juadah iftar tu.

Selain telur dadar,agar-agar merah dan agar-agar hijau..ini pula merupakan sambal isi ikan selayang yang sudah diperisakan.Rupa dia seperti inti kuih paung iaitu sejenis kuih Trengganu yang adik saya iaitu Achik suka.Tahu tak kuih paung?
Kuihnya macam kuih bom yang ada inti kelapa/kacang dan kat luarnya ada  bijan.Sebaliknya kuih paung intinya isinikan macam ni la.

Lebih kurang 6-7 jam mengacau Bubur Asyura Trengganu pun masaklah..
BAU diisi dalam bekas segi empat.BAPT diisi dalam bekas bulat ni.Tapi belum siap lagi ni..

Haaa ..proses make up BAPT...Biasa kalau BAPT versi Kelantan,mereka akan bedak kan dengan taburan serbuk beras goreng.
Oleh kerana  BAPT ni versi negeri Trengganu...maka ianya harus dilengkapi taburan hirisan telur dadar,agar-agar merah hijau dan sambal ikan di atasnya.

Walau sesama Pantai Timur yang kata mereka buburnya serupa dengan versi Trengganu ni...namun ramai Kelantanese pun teruja nak tengok finishing bubur ni kerana berlainan hiasannya.


Walau sesama negeri pun ,bubur asyura ada banyak versi dan bervariasi..Contohnya;

Ini perkongsian pic dari rakan saya di Rambong Pulai,Baling,Kedah.Mereka masak Bubur Asyura Utara dua versi.Satu yang lemak manis macam kebiasaan.Satu lagi versi lemak masin dengan taburan serbuk beras goreng macam taburan atas bubur asyura Kelantan.

Sebenarnya versi lemak masin ni juga ada kat daerah kalahiran saya @ Pendang.Saya pernah makan bubur asyura versi lemak masin ni di asrama dulu dibawa oleh rakan saya dari Kampung Kolam dan Bechah @ Pendang.Rasa bubur versi ini masih terasa-rasa ditekak saya.Sungguh sedap dengam rasa lemak,masin dan aroma serai lengkuas.Boleh makan begitu sahaja atau jika suka boleh cicah gula pasir.Bunyinya pelik,tapi serius saya belum move on.Sedap sungguh.
Mak saya juga pernah cerita ada sedara mara @ Tekai,Kuala Nerang juga ada masak Bubur versi lemak masin aroma  serai lengkuas ni.Bahan asasnya beras yang dimasak lama sehingga sebati seperti bubur asyura pantai timur.Warnanya putih kekuningan dan berbau harum segar aroma serai dan lengkuas kerana dicampur air perahan serai,lengkuas dan sedikit kunyit bakar yang ditumbuk.

Lebih unik lagi versi lemak masin yang kawan saya dari Rambong Pulai share ini...ianya dimakan bersama kuah laksa.Katanya lagi selain kuah laksa..bubur ini juga dimakan bersama kuah kari.
Wah ..
Yang ini saya belum pernah makan.Teringin hendak mencuba kerana betul-betul rare ni.
Terim kasih dan kredit kepada Naemah yang berkongsi pic dan info ini kepada saya.



 Beginilah warna warninya Bubur Asyura Pantai Timur versi Trengganu.

Alhamdulillah,Allah mudahkan urusan dan dapat meneruskan program mengacau bubur asyura pada tahun ini.Semoga ada barokah di dalamnya...


15 comments:

  1. Hari ahad lepas, mak di kampung pun bergotong royong mengacau bubur asyura dengan geng² surau nya. Sama meriah mcm kat ofis akak. Hihihi
    Kalau bubur asyura versi jawa, dia buat mcm bubur lambuk tu. Ade kekacang, ayam sikit, daging sikit. Lebih kurang begitu la.
    Tapi tengok bapt tu, mesti rasanya unik kan. Savouri bercampur manis².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..ya...baru ingat.
      Saya pernah join dan makan bubur asyura macam tu Jaja..
      Rakan sekerja orang Jawa Johor (Suwaibatullaslamiah namanya) Panjang namanya kan..hihihi
      Saya bantu dia masak dan dapat la tahu bahan memang bubur lambuk tapi ada tambahan kekacang.Tapi itulah sekali sahaja pernah buatnya..

      Delete
  2. sedapnya bubur asyura... mak kamek x buat lg pun hari tu ada adik request... hehehe... sy x penah rasa bubur asyura versi pantai timur tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitak buat la versi Seghawaks🤭(betul tak idghomnya?)
      Buat la kakmim versi Sarawak untuk kamek tengok.Dulu jiran saya kat kuaters pernah bagi Bubur Padas Sarawak.Unik rasa dia

      Delete
  3. Pergi rumah Kak Amie ada merewang..masuk rumah Mak Cella pun ada merewang...wah..rasa musim kenduri plak ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ..
      Dia ada musim juga entri ni pun SA..🤣

      Delete
  4. dana dah biasa rasa bubur asyura pantai timur dan utara sepanjang dana kerja di KL ni tapi tak pernah sekali pun dana rasa orang masak bubur asyura versi johor huhuhu. Rasanya last dapat rasa bubur asyura johor masa dana kerja kt johor tahun 2004 lepas tu berbelas tahun tak pernah jumpa... rindu nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kebanyakan orang buat versi utara & pantai timur .Tempat kerja saya pernah buat versi Johor berbelas tahun dulu..mecam bubur lambuk tapi mewah dengan kekacang

      Delete
  5. Unik sungguh cara masakan Bubur Asyura Utara dan Pantai Timur. Sy masih ingat lagi bila Pak Inche disuaka. Bubur Asyura Johor, bergaduh2 dia kata tak sama dengan Tok Min masak, hahahah.

    Betullah, tu, kami sebut Lengkong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. *disuakan Bubur Asyura Johor
      (Typo laaa)

      Delete
    2. Typo pun saya boleh faham maksud yang nak disampaikan...🤣

      Saya dulu pun zaman muda kalau bab perbezaan masakan selalu menjadi pertikaian dengan rakan-rakan dari negeri berbeza.Dah makin tua ni mungkin dah berakal sikit..Belajar menerima ketidaksamaan dan meraikan perbezaan.hihiji

      Delete
  6. Zaman saya belajar di universiti itulah saya berkesempatan berkenalan dengan pelbagai versi bubur asyura pantai timur dan utara. Sempat ikut gotong royong buat bubur asyura utara di Asrama Seksyen 17. Bubur asyura pantai timur pula, tak ingat yang Kelantan atau yang Terengganu punya, saya ikut serta siat-siat daging. Waktu itu saya tinggal di Kolej Ketiga UM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,kenangan mengusik jiwa tu..zaman belajar pasti banyak kenangan pahit
      manis..
      Benarlah...mengacau asyura bukan sekadar bubur semata2.
      Sebaliknya banyak kebaikan yang cuba diserapkan.Salah satunya menjadi wadah bersilaturrahim dan saling berbagian

      Delete