Sunday 12 September 2021

MEMETIK ULAM DI KEBUN BANDAR ITA

Beberapa hari yang lepas masa ke rumah Rose membeli stok bahan kisar,singgah kat rumah Ita untuk bagi buah perah kat Ita.Dah call Ita cakap nak singgaj hantar buah perah.Sampai rumah Ita,dia ajak pula ke belakang rumahnya petik ulam...Memang betul la "Pucuk Dicita Ulam Mendatang"..Lama dah tak guna peribahasa ni.Hihihi


Ita suruh petik sendiri ulam Pucuk Daun Salam ni.Ita kata dia baru pangkas sebab tu banyak pucuk.Pucuk Daun Salam ni kalau kat kampung saya ,kami panggil Pucuk Samak.Kalau kawan-kawan dari Kelantan depa panggil Pucuk Serai Kayu & selalu diguna sebagai ulaman nasi kerabu.Setahu saya daun salam ni ada dua jenis.Satu jenis daun licin & sejenis lagi daunnya macam berkedut-kedut.Saya pernah makan kedua-dua jenis.Baunya dan rasa dia  lebih kurang sama sahaja.

Seronoknya saya dapat petik sendiri ulam.Kata Ita,dia boleh saja petikkan siap-siap sebelum saya sampai.Tapi katanya dia nak saya feel petik sendiri.TQ Ita🥰

Pokok Mulberry.

Ita suruh petik buah yang hitam-hitam.Kalau yang hijau & masih merah buahnya masam.

Pokok mulberry ni masa zaman sekolah.Dulu dalam subject Ilmu Alam sekolah rendah ada satu tajuk berkenaan Penternakan Ulat Sutwra di China.Daun mulberry merupakan makanan utama ulat sutera.Kalau tak silap buku Ilmu Alam darjah 6. Masa tu dah boleh agak soalan wajib dalam ujian atau peperiksaan awal tahun & peperiksaan akhir tahun mesti naik apakah makanan utama ulat sutera.Tak pun ..akan naik soalan yang sewaktu dengannya.Hihihi...
Tapi masa tu tak pernah kenal pun pokok mulberry.Saya pun kenal pokok mulberry ni awal-awal tahun 2000an.Itupun kat tempat saya tidak dipanggil pokok mulberry tapi dikenali sebagai "Pokok Bayam Batu".Dikatakan air rebusan campuran  akar,batang/ranting serta daun bayam batu ni dapat mengubati penyakit batu karang ...Wallahua'lam...



Ita ramah bercerita.Saya pula sibok nak merakam pokok..hihihi
Tak sempat nak rakam Ita petik bunga kantan.


Pokok limau kasturi 

Sebelum balik Ita ambilkan pula serai untuk saya..Terima kasih Ita...



Pucuk Jangguih...Ini pemberian Rose..pun saya petik sendiri kat rumah Rose masa ambil bahan kisar tu.Lupa nak snap pic.Banyak Pucuk Gajus ni kat rumah Rose.
Bahasa standard sebut Pucuk Gajus.
Orang Pantai Timur panggil Pucuk Ketereh.
Sahabat kita di Indonesia biasa dengan sebutan Pucuk Jambu Monyet.Pernah tengok rakan dari Indonesia makan pucuk gajus ni bersama pucuk betik mentah.Katanya memakan pucuk gajus yang digumpal bersama pucuk betik mentah,menjadikan pucuk betik tidak lagi terasa pahit semasa dimakan.Wallahua'alam sebab saya belum cuba.Sesapa yang ada daun ni boleh la cuba..


Pucuk Samak/Pucuk Salam/Pucuk Serai Kayu memang sedap sangat buat ulam..Baunya harum.Bukan harum macam bunga tapi harum daun..rasanya hanya sedikit kelat tetapi lebih rasa lemak.Masyarakat negara seberang sering menggunakan daun salam yang sudah tua sebagai campuran dalam masakan lauk berkuah serta nasi uduk untuk ilusi rasa lemak.

7 comments:

  1. Nampaknya kita sempat belajar subjek Ilmu Alam.
    Naik sekolah menengah barulah jumpa subjek Geografi.
    Di LD jarang jumpa daun salam segar. Selalu jumpa daun salam yang dijual kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang sempat sekolah rendah tahun 80-an sempat lah mengenal Ilmu Alam,Ilmu Hisab,Ilmu Kesihatan,Tatarakyat,Tawarikh..hihihi

      Delete
  2. Wah kat bandar pun dah ada sayur2 kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ada tanah walau sekangkang kera pun pakat menanam sekarang ni Wak..lagi2 sejak PKP...

      Delete
  3. Macam macam jenis tanaman ada. Senang betul nak masak ni, petik je. Hehe..bagus tu dia bagi feel petik sendiri. Dapat juga jelajah kebun bandar. Sekali imbas macam pucuk tenggek burung. Rupanya pucuk gajus. Best bau harum daun. Yang suka ulam dan sayur je faham feel bau daun tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang macam tenggek burung tu daun samak/salam/seraikayu.
      Rasa dia pun lebih kurang tenggek burung tàpi lagi lemak & harum.Kannn...yang suka ulam ja faham fee bau daun🤭

      Delete
  4. SA kan kak..mengidam nak makan pucuk jagus tu...susahnya nak dapat kat Seremban ni..kat pasar tani pun xde...kalu pi pasar malam boleh jumpa cumanya sedikit mahal la...seronok kan rayau- rayau kebun orang sambil memetik...

    ReplyDelete