Saturday 4 September 2021

LEMPENG GULUNG ALA ROTI KERCA


Lempeng Gulung 
Cicah Asam Pedas Daging

Buat minum petang merangkap makan malam..Nak buat sarapan pagi pun ngam ja ni.
Buat side dish untuk jamuan pun ok.
Saya pernah buat jamuan raya kat tempat kerja.Dulu la,zaman kerajinan tahap gaban.Setiap tahun saya akan buat jamuan raya kat tempat kerja.Orang lain buat open house.Saya buat open mat( bentang tikar) sahaja kerana sedar rumah sekangkang kera & rumah saya paling jauh dari tempat kerja.Ada pondok tepi pondok jaga tu.Situlah saya susun makanan. Bentang tikar bawah pokok ajak kawan- kawan sarapan.Sapa bz,boleh tapaw...
Biasanya saya akan buat pada hari Jumaat sebab ada masa panjang.
Sanggup malam tak tidur demi nak masak jamu kawan-kawan.Masak nasi impit,rendang,kuah kacang,laksa,pulut ikan masin,aneka kuih pun sanggup masak sendiri. Bila kita suka buat kerja tu memang seronok walau penat.Esok paginya subuh- subuh dah ajak anak2 hangkut semua masuk bonet dah macam orang berniaga.Antara menu paling laris lempeng kelapa cicah sambal bilis.Guna portable stove.Bawa kuali dari rumah.Sapa nak makan self service termasuk lempeng.Kena melempeng sendiri sebab saya hanya bancuh tepung.Air kopi 0 panas saya bancuh secerek.
La ni..?
Memang tak la,saya dah tak rajin!

Ni lempeng cair sahaja.Tapi buat bentuk gulungan ala nak buat  Roti Kerca. 
Pernah makan dak Roti Kerca?
Haaa...saya cari dalam blog ni...ada dalam oldpost 2014

Dulu selalu juga posting tu dok atas .Lepas tu dah tenggelam bawah diganti roti kerca mak iti yang viral...hihihi
Nampak roti kerca mak iti lagi menarik sebab kuah daging cincang ala sos pasta.Saya  buat Roti Kerca makan dengan kari ayam atau kari daging sahaja.Nanti boleh try masak macam mak iti pula.


Cuma,dari pengamatam saya,kalau nak buat lempeng gulung ni elok guna tepung gandum cap  sauh,cap bunga cempaka kuning,cap kunci,cap kapal atau Faiza.Hasil kenyal & mudah nak handle.Kalau guna cp bunga rose merah tu kena kurangkan sukatan air sebab kalau melempeng nipis macam ni dia mudah koyak.Mungkin tepung cap ros tu dirumus kha  untuk baking ..not for lempeng.
Apapun ini pengamatam saya sahaja.Mungkin juga saya yang tak pandai nak mengolah...hihihi..

LEMPENG GULUNG
2 cawan tepung gandum 
3 cawan air 
Sikit air kapur
1 biji telur
½ sudu teh garam
2 sudu minyak

1. Blend semua bahan hingga creamy.

2. Biar ½ jam sebelum melempeng supaya bijian tepung mengembang & lempeng  jadi lembut.

3. Sapu pan dengan tisu yang dicelup sikit minyak.

4 Masukkan sesenduk  atau sukatan yang sesuai untuk dapatkan lempeng yang nipis.

5. Angkat dan gulung ketika masih panas.

Gunting serong ala Roti Kerca sebab nak feel makan Roti Kerca...
Tapi tu la,hanya Roti sahaja Kerca..
Kuah nya derhaka...
Makan dengam asam pedas daging🤭

Balik anak bujang tu semalam....Memang dia ulang- ulang la makan sampai ke malam.Suka betul dia..Bangun pagi ni nampak periuk asam pedas eloh dah berbasuh & bertelangkup..
Maknanya walau pun roti kerca versi Jebat Derhaka....Tapi licinnnnnn la kan....hihihi


15 comments:

  1. Wah! Roti kerca.... teringat Dato' Siti Nurhaliza buatkan Datuk Khalid roti kerca. Tumpang semulut ya Mama Cella...aduh aduh enak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah viral kan beberapa tahun lepas roti kerca mak iti.Mesti sedap air tangan mak iti.Pernah baca dalam majalah,masa Hetty Keos Endang bertamu ,mak iti masak sendiri sebagai hidangan tetamu.Bukan kaleng-kaleng mak iti kan..

      Delete
  2. Pertama kali sy tahu tentang Roti Kerca ni apabila dikongsikan oleh penyanyi Azie (isteri Syed Sobrie). Lepas tu sy ada cuba buat. Lauknya Daging Kisar yang dimasak ala kacang pool. Tapi, dah namanya sy, memang apa2 pun cuma dimasak sekali aje lepas tu taubat 😜😜😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..pasaipa taubat?
      Dulu minat sangat lagu Syed Sobri -"Cinta Yang Terhumban"Azie tu oun terbayang lagi senyuman manis dia mengacarakan Selamat Pagi Malaysia dulu2..Juga ternampak2 wajah isteri pertama Syed Sobri yang tak kalah cantiknya.Semoga mereka bahagia hingga ke Jannah..

      Delete
  3. Pernah jugak buat resepi tengku zawiyah cicah bersama Kari dagin cincang


    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti sedap kan...Suka tengok wajah lembut Tengku Zawiyah sejak beliau bertudung,manis & ayu sekali

      Delete
  4. PH tak pernah buat/makan roti kerca tapi kalau lempeng tu selalulah...
    Anak2 suka makan cicah gula je, macam arwah Tok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..cicah dengan gula pun sedap.Mat saleh pun makan lempeng ni kan yang depa panggil crepe makan dengan golden syrup la letak cream & friut la..Tok nenek kita dah lama makan crepe kan🤣🤣

      Delete
  5. Nk cte psl minum ptg smlm.. kak lin buat cucur jawa resepi 2 mak cella.. anak2 kata sdp & bole buat lg.. utk 1st timer, perfect la..tp ropolnya xde la secantik ropol mak cella.. tq mak cella.. 💃
    Hrini xde minum ptg sbb check-in Everly.. kat rmh xde air.. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh...
      Alhamdulillah..1st time buat dah perfect,bukan kaleng2 tu..hihihi
      Semalam pagi saya buat juga cucur jawa pandan resipi 3 pula..Tungguuuu resipinya....

      Seronoknya dapat tido hotel..Syoknya nak buffet breakfast..
      Nak ikut jugaaaaa ..huhuhu

      Delete
    2. Perfect kat mata kak lin, 1st timer.. ikut exactly mcm mak cella sharing.. tq sgt2 mak cella..
      Even da bole dine-in tp kak lin masih belum bersedia nk buka face mask n mkn.. tetap tapau mknan.. tunggu la kes kurang sikit kot.. 🤗

      Delete
  6. pkp tahun lepas pernah buat roti kerca..
    sbb tgk CTDK buat.. haha..

    tetiba teringin pulak.. esk blh buat breakfast kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom..jom..buat lagi...
      mak iti punya kuah daging menarik..
      Kalau melempeng elok menjadi ,seronok nak buat kan...Tapi kekadang dia buat perangai melekat la,kayak la...rasa nak merajuk jer..hihihi

      Delete