Monday 6 September 2021

CUCUR JAWA TEPUNG UBI LEMBUT SAMPAI ESOK!


Cucur Jawa 
Kuih yang tak pernah saya jemu..
Yang kerap saya masak.Kadang naik membukit &  lembut elok berserat.Kadang naik ala-ala busut anai-anai belakang rumah sahaja...Hihihi

Biasa saya buat cucur Jawa guna resipi yang biasa mak saya buat ..
Inilah resipi yang mak saya guna zaman berzaman.Sukatan tepung beras & teoung gandumnya sama banyak iaitu 1 cawan teoung beras +  1 cawan tepung gandum.
Saya namakan sebagai Resipi Cucur Jawa 1

RESIPI CUCUR JAWA 1:

1cawan tepung beras

1cawan tepung gandum

1/2 cawan gula perang

1/2 cawan gula putih

1 1/4 cawan air suam

sikit garam

minyak masak

1. Campur dua2 tepung dan gaul dengan garam dan dua2 jenis gula.


2. Bancuh dengan air suam sikit demi sikit hingga sebati


3. Biarkan semalaman atau beberapa jam supaya kembang


4.Panaskan 1/2 cawan minyak hingga panas dalam kuali yang dalam


5. Perlahankan api bila minyak sudah panas.


Tuang sesenduk adunan & ia akan membentuk seperti ropol sekeliling kuih,


Biar garing & terbalikkan.Toskan minyak & siap...


Kemudian,saya ada dapat resipi dari Sarawak yang  sukatannya melebihkan tepung gandum.Resipi itu menggunakan sukatan 1 cawan tepung beras + 2 cawan tepung gandum.Gulanya pula guna gula apong,tapi saya gantikan dengan gula melaka/gula merah.
Saya namakan sebagai Resipi Cucur Jawa 2

RESIPI CUCUR JAWA 2:

1cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
3/4cawan gula perang
3/4cawan gula putih
 2 cawan air suam
sikit garam
minyak masak

1. Campur dua2 tepung dan gaul dengan garam dan dua2 jenis gula.
2. Bancuh dengan air suam sikit demi sikit hingga sebati
3. Biarkan semalaman atau beberapa jam supaya kembang
4.Panaskan 1/2 cawan minyak hingga panas dalam kuali yang dalam
5. Perlahankan api bila minyak sudah panas.
Tuang sesenduk adunan & ia akan membentuk seperti ropol sekeliling kuih.Biar garing & terbalikkan.Angkat


Kali ni saya buat Cucur Jawa Resipi 3 pula.Resipi ni lebih kurang resipi 2 cuma ada penambahan tepung ubi.
Dapat inspire daripada kuih Bika Ambon iaitu salah satu kuih dari seberang.Bika ambon kuihnya berserat swpwrti bahagian dalam Cucur Jawa.Tapi Bika Ambon menggunakan sagu tani/ tepung ubi.Dari situ saya cuba gantikan ½ cawan tepung beras kepada ½ cawan tepung ubi.

Hasilnya kuih memang lembut berserat.Walau dah sejuk masih lembut.Sengaja saya biarkan sebiji nak tengok jika dibiar sampai esok.Ok,lembut tidak keras kejung.Cuma macam agak menyerap minyak.Saya rasa macam masih perlu try & eror untuk dapatkan nisbah tepung yang lebih tepat.Untuk lain kali saya akan cuba untuk kekalkan 1 cawan tepung beras tu.Sebaliknya,tepung gandum yang akan dikurangkan ½ cawan & gantikan dengan tepung ubi.Jadi nanti mungkin jadi Resipi Cucur Jawa 4 pula kot...hihihi..
Yang ini masih kira Resipi Cucur Jawa 3

RESIPI CUCUR JAWA 3:c

2 cawan tepung gandum

½cawan tepung beras

½ cawan tepung ubi

1 ½cawan gula putih

1 sudu pewarna hijau perisan pandan

2 cawan air suam
sikit garam

minyak masak

1. Campur ketiga-tiga jenis tepung dan gaul dengan garam dan  gula.
2. Bancuh dengan air suam sikit demi sikit hingga sebati.Tambah pewarna hijau pandan.
3. Biarkan semalaman atau beberapa jam supaya kembang
4.Panaskan 1/2 cawan minyak hingga panas dalam kuali yang dalam
5. Perlahankan api bila minyak sudah panas.
Tuang sesenduk adunan & ia akan membentuk seperti ropol sekeliling kuih.Biar garing & terbalikkan.Angkat


Bibir dia tak seksi sangat.Tapi kembong dia ok la..Nanti nak alter resipi lagi supaya dapat yang bibir dia seksi.
(Buat-buat la tak nampak kuali lagend tu..hihihi..
Bukan takdak kuali yang putih tapi kuali tu juga yang best nak buat cucur jawa ni.Bukan semua kuali boleh berikan kerjasama bila mencucur jawa) Kuali dah 7 keturunan tu...Hihihi
Bagi saya Cucur Jaya yang ni memang sedap dan lembut sangat walau dah sejuk.Cuma sedikit kelemhan sebab dia macam agak menyerap minyak.Setakat ni dari segi kemenjadian,resipi 2 adalah terbaik.Tapi resipi 3 lebih kenyal & lembut.





8 comments:

  1. Rajinnya Mak Cella cuba macam-macam resepi cucur jawa. Hari tu, Iman ada tunjuk gambar cucur ni, katanya teringin nak rasa. Harap sy tak dengar2 bisikan suruh buat cucur jawa ni 😭

    ReplyDelete
  2. Betul betul rajin buat cucur jawa. Versi hijau pulak. Menarik warnanya.

    ReplyDelete
  3. Bolehlah pinjam resepi ketiga tu. Nak try yang bubuh tepung ubi pula. Memang nampak cantik.

    ReplyDelete