Monday 29 March 2021

SENGKUANG CALIT vs AIR KELAPA MUDA

 

Anak bujang saya belikan air kelapa muda bersama ais kiub dibungkus berasingan 


Air kelapa muda ni saya buat versi mak saya buat dulu- dulu.Kampung saya agak pedalaman.Kampug kecik sahaja tak sampai 100 rumah pun.Bentuk mukabumi berbukit menjadikan kampung sata terbahagi 2.Seberang bendang sana rumah- rumah di kaki bukit & tanahnya berpasir.Pokok buah- buahan subur termasuk pokok  kelapa.Seberang sini penempatan berselerak & tanah berbatu laterit membuatkan pokok kurang subur kecuali getah.Pokok kelapa jarang tumbuh.Seingat saya pokok kelapatokwan ada 2 pokok sahaja .itupun hanya sepokok berbuah & tinggi melangit.Kami memang tak akan makan kelapa muda kerana kelapa hanya untuk santan memasak sahaja.Sesekali kalau ada orang panjant kelapa @ emak terjolok kelapa yang muda,mak akan kukur kelapa tu kasar- kasar masukkan dalam jug bersama air kelapa.Kemudian mak akan campur gula & sikit garam.Minuman ini dinamakan "Kērek".Nama ini bukan ma daya yang bagi,tapi memang orang kampung saya panggil minuman ni sebagai kērek.

Ya Allah,sedap dan nikmatnya.Penggunaan sedikit garam tu yang memberikan kelainan rasa.

Hari ni sebab rindukan kenangan itu,maka saya buat minuman kērek yang pernah mak saya buat.Sayangnya isi kelapa ni sikit sangat kerana kelapanya baru belajar tumbuh isi.Hihihi..

Kalau kelapa muda yang isinya sudah keras lagi sedap.Lagi-lagi kalau isinya "digaru" dengan penggaru kelapa macam kat Thailand tu.Kalau mak saya dulu,kelapa tu dikukur kasar.



Anak bujang saya juga beli 3 keping sengkuang calit ni.Pun sedapnya kerana ini memang kuah merah macam dulu- dulu.Ada sesetengag penjual menggunakan kuah rojak buah.Saya tak gemar yang tu sebab rasa tak sama.Saya suka sengkuang kuah merah macam ni sebab rasa masih sama macam yang dibeli di kantin sekolah rendah tahun 80-an dulu.Dulu mak bagi duit belanja sekolah 10sen sahaja.Dapatlah beli sengkuang calit masa rehat.Minuman pula bawa teh 0 dari rumah.Balik sekolah tengah panas terik berbasikal dengan adik saya Achik,kami akan berhenti di mana-mana telaga orang kampung sepanjang jalan yang kami lalu.Hihihi,dulu  telaga dikampung- kampung memang open & public.Sesiapa sahaja boleh ambil air.Paling sedap airnya jika telaga tu dalam rumpun rumbia.Airnya sejuk sangat.Kalau bukan musim kemarau,kami minum sahaja air dari alur mataair yang mengalir dari bukit disepanjang jalan tanah merah tu.Siap kutip buah kemunting & senduduk sekali.Habis biru hitam mulut makan buah senduduk.Dulu tak takut pencemaran atau keracunan.Air mineral asli la kiranya...hihihi



Dulu harganya 10 sen.Sekarang harganya RM 2.50.


10 comments:

  1. Kerek tu, kalau orang Johor sebut, maknanya berlagak, eksyen atau sombong, hihi.

    Sy masa sek dulu tak pernah makan pun sengkuang calit ni, duit pun jarang2 bawa. Jadi, cuma tengok aje kawan2 makan jajan. Tapi seingat sy memang tak ada jual sengkuang salit ni, agaknya sebelah utara aje yg ada atau tak jual di tempat sy sebab kat Johor ni skrg2 ni popular jugak benda ni, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Kērek" sebutan dia lain sikit SK....Hihihi
      Kerek kami pun memaksudkan berlagak.Tapi kērek ni ē dia ada tanda bunyi ē ēmak bukan e ekor..
      Ya la agaknyanya dulu sengkuang calit ni tak semua tempat ada.Sekrang semua makanan berkembang merata2 kesan mefia sosial & kuasa viral...kan

      Delete
  2. Air kelapa muda tu nampak sangat menyelerakan.. Kalau dapat minum masa tengah hari yang panas mesti sedap dan menyegarkan. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fairus.Kalau lagi 2 minggu tengok air kelapa ni disiang hari boleh meleleh air liur..hihi dah nak puasa dah.
      Salam kenal Fairus....

      Delete
  3. Sama la kita kenangan togok air telaga dari timba yg tuan letak je tepi.kengkadang kalu terlampau panas jirus skali air telaga yg sejuk ke badan smpi lejut sambil Jalan kaki smpi umah baju dan kering.kalu dpt buah lemba lagi la ceduk je air parit terasa sgt manis.air kelapa n sengkuang dulu sng dpt sbb tanam sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3..
      Buah lemba buat lidah kita kekal manis dalam masa yang agak lama.Buah melaka pun sama.Kalau nak feel minum air yang sejuk bagai ais,makan gula2 Hakcs @ gula2 Kiss Me ..pastu minum air..sejukkkk

      Delete
  4. Dulu masa sekolah mak tak bagi beli sengkuang calit tu, sebab sos merah tu cina yg buat, tambah2 pengusaha kantin tu pun cina, tapi curi2 juga beli sekali sekala, jgn sampai kakak nampak nanti kena adu dgn mak

    ReplyDelete
  5. Banyak kenangan Mama Cella. Kenangan lama bila dikenang semula memang semuanya jadi indah belaka!

    ReplyDelete