Monday, 8 March 2021

NASI DAGANG ATAS TOL-SEDAP LA...

 Pagi-pagi Ahad dah gerak gi cari Nasi Dagang Atas Tol. Malam sebelum tidur lagi Adah dah cakap esok nak sarapan nasi dagang atas tol.. 

Tahun lepas masa daftar Cella bulan 8 tu tak dapat makan sebab tutup. Kesian mak, masa ikut tak banyak gerai tak  buka sebab baru lepas PKP 1.Kali ni PKP 2 memang meriah sahaja sebab gerai makan boleh buka macam biasa. Sayangnya mak tak dapat ikut sebab tak boleh balik ambil mak bawa sini. Masih PKP & tak boleh rentas negeri.. 


Seawal 6.30 kami dah gerak. Tengok Google, gerai tu buka 6.30 pagi. 

Bulan di Kuala Terengganu.... Masih pagi benar lagi. Tapi demi visi mencari Nasi Dagang Atas Tol... Hihihi

Belum pukul 7 pagi kami dah sampai. Lampu jalan pun belum padam.. Kami ke Nasi Dagang Atas Tol branch Padang Negara



Gerai masih berlampu sebab pagi lagi

Tak ramai lagi pelanggan sebab belum pukul 7 pun

Hanya ada beberapa meja yang ada pelannggan 


Patuhi SOP Covid 19.jaga jarak

Beratur untuk pilih menu. 


Antara menu & harganya.. 

Kalau ikutkan setiap meja hanya boleh hantar 1 @ 2 wakil sahaja untuk membuat pesanan & mengambil makanan di kaunter sebab nak jaga SOP. Tapi sebab kami datang awal, orang tak ramai, boleh beratur semua sekali untuk pilih menu. Untung datang awal. Tak berebut, tenang & banyak kelebihan.. 

Antara menu... 
Nasi Dagang berlauk ikan aye, lauk ayam, pulut kuning lauk ayam, nasi minyak.. 


Semua nampak kemas dan bersih

Minuman pun order, bayar & terua pick up kat sini. Pekerja ramah & mesra pelanggan

Pilihan kami 3 beranak. Adah & Cella pilih nasi dagang lauk ayam goreng berempah panas-panas. Saya pilih ikan aye.. Dapat semangkuk kuah gula ikan. Pekerja siap tanya nak tak kepala ikan aye percuma. Uish, memang nak la.... Katanya selalgi ada stok dorang akan bagi jer kepala ikan tu bersama kuahnya. Kalau kepala dah habis, hanya dapat kuah. Isi ikan memang dah letak sesiap atas nasi dagang dalam setiap piring tu

Kuah dia memang pekat 


+ kepala ikan aye percuma


Tunggu minuman sampai


Piring saya. Nasi Dagang Ikan Aye

Pinggan Cella. Chicken rib


Adah pilih bahagian breast. 


Minuman trademark kat sini... 
Teh Ais Ombak Rindu.. 
Buih dia memang macam ombak

Dah jadi trend sekrang.Sebelum makan snap pic..hihihi

Jom makan
Mmmm.. Kuah dia memang pekat melekat.. Manis, pedas & cili padi hijau tu memang kesukaan saya. 

Cedok kuah gulai dulu.. 

Tudiaaa.. Ombak rindu



Nak makan teringat mak saya pasti suka ni. Tapi apakan daya. 

Harga untuk menu yang kami pilih tadi.. Time kat resit tu pukul 7.11 pagi.Awal kan....
Tea Peng Ombak Rindu yang kecik tu Cella punya. Gelas kecil tu bukan la kecil pun.Gelas berkaki yang selalu kita order minuman berais kat gerai tomyam tu. Adah order Tea Peng Ombak Rindu saiz sedarhana.Saya share dengan Adah. Tapi saya hanya sedut 2 kali sahaja sebab Adah kata sedap sangat. Biar la dia minum puas-puas. Saya sambung sedut gelas cella pula sebab cella  dah tak nak. Perut dia alah dengan susu pekat


Tengok teh ais ombak rindu ni teringat anak bujang saya. . Abang Cella  tu nak ikut tapi tak boleh mohon cuti sebab kena mohon 2 minggu awalApakan daya, Cella dapat surat panggilan hanya beberapa hari sebelum tarikh daftar ni.

Baru sedut teh ais tu & makan beberapa suap nasi, Cella kata dia sakit perut. Mmm dia memang, kalau minum minuman yang ada susu pekat dia akan sakit perut. Nasib baik ada toilet kat sini.. 

Tapi baru beberapa minit  pergi toilet, Cella dah datang kat meja. Ingat apa. Rupanya dia cakap dia tak sempat berry  sebab toilet tu ada katak... 
Terus saya ajak gi toilet semula, saya nk halau katak tu.. Ingat anak katak jer.. 


Sekali.... Katak Puruuuuu
Uish dah berbelas tahun tak bertemu kata puru. Dulu - dulu selalu la jumpa dalam kasut sekolah.. Hihihi
Nasib baik staf dia datang tolong kais katak tu dengan penyapu. Pastu dia pakai sarung tangam plastik & pegang katak tu campak jauh-jauh.. 

Cella pun masuk dalam toilet, sambil saya berbual dengan stafnya tepi toilet tu. Ramah budak  bujang tu melayan saya berbual. Beberapa minit Cella dah keluar. Katanya dah siap.. Terus kami ke meja makan semula.. 

Rupanya kata Cella dia tak berry pun sebab saya berbual dengan staff tu tepi toilet. Katanya terbantut dia nak membuang sebab takut tebunyi & terbau berry dia.. Laaaaaa
Yang saya pun tak terfikir la pula macam tu.. Hihihihi

Sudahnya semua makan laju-laju sebab Cella kata kena cari toilet juga. Dia dah tak tahan... 

Adah waze tengok ada petrol pump  dalam 5 minit dari  situ. Terus kelam kabut la Adah speed cari Petronas  tu. Bukan nak isi minyak. Tapi nak berry.... Hihihi
Timing dah cantik, gi awal tak kaluit. Boleh makan tenang-tenang..... Tapi kita hanya merancang..... Hahahaha



8 comments:

  1. Hilang selera ya nak berry sebab ada orang borak tepi toilet. Teringat cete Cella pasal mak dia menari2 pasal nak berry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ada ek cete saya.. Saya cari juga tapi tak jumpa..

      Delete
  2. Katak puru pun pandai menyakat.eh memang betul lah lama tak jumpa katak puru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ..agaknya katak puru pun dah nak pupus dah..hihihi

      Delete
  3. Teh ais ombak rindu tu memang rare! Pi Ganu memang tak leh lepaskan nasi dagang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang saya terfiikir juga depa buat macamana ombak buuh tu..macam best cantik

      Delete
  4. Pegi jugak nasik dagang atas tol ni. Memang sedap nasik dagangnye. Keropok lekor panas² pun sedap. Lembut gebu. Order teh tarik ombak rindu tu, tp boleh minum sikit je.. manissss 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi Jaja...nasi dagang dia sedap..minuman tu memang manis la..tapi kalau tak manis macam tak kaw la pulak..minum la jugak sikit jangan tidak ..kan...hihihi

      Delete