Wednesday, 31 March 2021

RENDANG HIJAU AYAM PENCEN CILI API

Aroma raya lagi.... dalam rumah ni...Hihihihi

Bau rendang satu rumah


Rendang Ayam Pencen Cili Api..Hari Ahad minta anak bujang singgah pasar beli ayam pencen.Dia beli sekali dengan ayam daging.Katanya ayam pencen takdak isi..Hihihi

Bersama nasi impit Adabi..
Memang feel raya la.Tak tahu lah raya kali ni masih dalam PKP @ dah boleh rentas negeri.Kalau raya dalam PKP dah pasrah terpaksa beraya di KL lagi.Kalau dapat rentas negeri ,Alhamdulillah dapatlah balik kampung.Sekarang ni tak boleh nak jangka..

Rendang ayam pencen ni kali ni masak versi rendang hijau cili api pula.

Sebabnya ayam pencen ni bau  hamis dia agak kuat berbanding ayam daging.Rendam dalam air bercampur sikit tepung gandum nak kurangkan bau dia.Bila masak yang pedas berapi tak la terasa bau dia


Kali ni hanya dapat 2 biji telur tak jadi dalam perut ayam tu.Selalu dapat banyak telur dia.Saya suka tapi anak-anak semua tak makan.Alhamdulillah....
hihihihi...

RENDANG AYAM PENCEN CILI PADI

1 ekor ayam pencen- bersihkan dan rebus empuk

2 asam keping

2 sudu teh garam

1 sudu besar gula melaka

1 kotak kecil santan

2 sudu minyak

1 daun kunyit


Bahan Blend:

2 cawan cili padi hijau

1 bawang besar

3 serai

2 hiris lengkuas

1 ketul kunyit


1. Rebus ayam pencen hingga empuk

2. Panaskan  minyak dan tumis bahan blend

3. Masukkan ayam yang dah direbus bersama air rebusan ayam

4. Masukkan garam,gula dan asam keping.

5. Masak hingga mendidih dan kering baru masukkan santan dan daun kunyit

6. Bila pekat dan naik minyak,sesuaikan rasa dan tabur daun kunyit hiris halus

Macam masak lemak cili api sebab masa ni baru masuk santan


Saya rebus dulu ayam sebab nak singkatkan masa memasak..Guna santan pekat supaya cepat kering

Satu rumah bau rendang.

Saya rebus ketupat segera Adabi dalam 20 biji.Eh,ketupat Adabi sekarang dah tak keras macam dulu.Sekarang berasnya dah dikurangkan ke?
Ni agaknya Kak Saniah dah komplen kat Adabi suruh buat versi lembut kot..hihihihi..
Happy advance hari raya...hihihihi
Yang belum habis ganti puasa,cepatttttttttt....tak sampai 2 minggu dah nak masuk Ramadhan...



14 comments:

  1. Saya pun baru mencuba ayam pencen buat gulai,sedap isi ayam ni kenyal2..cuma masa memasak agak lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kan..saya pun suka sebab isinya macam fibre

      Delete
  2. Ayam pencen memang sesuai dibuat rendang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu try buat masak ungkep pun sedap juga

      Delete
  3. Kita belum pernah cuba masak rendang cili padi ni, mau berdesing telinga Pak Inche ni karang, hahaha. Tapi dia suka makan rendang daging kering2 stail mak dia, layannnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna cili padi hijau @cili burung tu tak pedas pun SK.Kalau cili api merah Vietnam tu memang pedas la

      Delete
  4. Naak.Sedapnya rendang ayam pencen tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai la raya ni.Kalau boleh rentas negeri mai Kedah.Kalau tak bileh rentas negeri mai KL..hihihi

      Delete
  5. Ayam pencen skrg dah tak seliat dulu sbb semua dipencenkan awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah...kira bersara pilihan la ni...hihihihi

      Delete
  6. Sedap rendang ayam pencen, daging tak hancur, rempah rendang meresap!

    ReplyDelete
  7. Hihii...lawak lah mak cella ni.Tapi sejak dah terbeli ketupat Adabi keras tu akak dah beli jenama lain.
    Yang pasti rendang ayam pencen memang sedap walaupun nak menunggu empuk sampai berjanggut lama nya😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila makan ketupat adabi ni dah lembik,auto teringat akak...hihihihi

      Saya rebus dulu ayam dalam rice cooker.Biar mendidih dalam 1/jam.Matikan suiz & biar ayam bertutup dalam rice cooker tanpa buka penutup.Biar hingga agak suam baru masak rendang.In sha Allah ayamnya lembut

      Delete