Monday 22 March 2021

BEBOLA KELEDEK GORENG MEMORI CAMERON HIGLANDS


Bebola keledek gorwng ala Cameron Higlands..
Hihihi...sekadar mengenang kali terakhir bercuti di Pangkor & balik tu Achik belanja pula sambung cuti kat Cameron Higlands bulan Disember 2019.
Mac 2020 start PKP  sampai la sekarang dah setahun dah tak kemana-mana kecuali sempat balik kampung 2 kali..Raya Haji & awal tahun hari tu sebelum PKP 2.0
Sempat la jenjalan sekejap ke Trengganu sesambil hantar Cella hari tu.Itupun sambil menyelam jer dapat la minum air sikit..Hihihi

Bebola Keledek Goreng Ala Cameron Higlands ni  dulu- dulu selalu sahaja buat.Bila cari dalam old post ada sahaja pernah dimasukkan dalamnpost  Tapi dulu buat  sebagai CEKODOK KELEDEK.


Sejak makan sweet potato balls kat Cameron Higland tu rasa sedap dia lain macam.Kalau biasa saya buat cekodok keledek guna tepung gandum & sikit yis mauripan.Tapi masa makan kat Cameron Higlands tu rasa dia sedikit kenyal.Guna tepung gandum rasa dia macam kuih keria,tapi kalau terlebih tepung ,kuih jadi keras & kurang sedap.Pernah try & error guna tepung ubi,hasilnya boleh tahan tapi macam liat sikit.Bila guna tepung pulut,baru kenyal yang sedap.Masa panas garing diluar & lembut didalam.Bila dah sejuk pun masih lembut.Kalau terlebih tepung pun rasa dia masih ok.Sebab dah pernah buat & sukat bahan,saya c&p dari old post BEBOLA KELEDEK MANIS ...kat sini


BEBOLA KELEDEK MANIS
5ketul ubi keledek manis - rebus empuk
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan bijan ( jika suka)
Minyak untuk goreng

1. Rebus/kukus keledek manis hingga lembut
2. Kupas kulit & lenyek semasa masih panas & kemudian biar sejuk
3.Setelah sejuk baru gaul garam, gula & telung pulut. Jika lembik tambah tepung pulut. Jika keras + sikit air.
4. Gentel-gentelkan sebesar fishball.
5. Gentel hingga habis semuanya. Jikan suka  salut bijan, boleh golekkan atas bijan
6.Panaskan minyak banyak & goreng bebola sambil dibalik-balikkan
7. Angkat & toskan atas kitchen towel

**Tips..
Lenyek ubi masa masih panas kerana lebih mudah lenyek. TETAPI jngan masukkan tepung masa ubi lenyek masih panas kerana nanti dough akan mudah lembik & akan guna banyak tepung & kuih kurang sedap. Sebaliknya ,masukkan tepung setelah adunan ubi lenyek sejuk

Tips ini juga valid untuk Kuih Keria & Cucur Badak yang menggunakan keledek rebus. 


Keledek ni saya tak rebus,sebaliknya masa saya kupas kulit & potong kasar.Masa tanak nasi,bila nasi dah nak kering ,saya letak sahaja atas nasi & bila nasi masak,keledek pun masak.Sebab tu nampak ada beberapa biji nasi pada keledek tu.Hihihi
Sebaiknya guna keledek Jepun yang kulit merah & isi kuning.Tapi saya pernah sahaja buat guna keledek ungu.Pun sedap & warna menarik

Lenyek sementara masih panas.Lenyek panas-panas lebih mudah sebab keledek lembut.

Kemudian,campurkan sikit garam & sikit gula ( jika nak extra manis).Campur tepung setelah keledek lenyek sejuk.Kalau campur masa keledek panas,tepung akan masak.Nak kena tambah banyak tepung sebab lembik.


Uli sebati hingga jadi doh yang boleh dibentuk


Bulat- bulatkan sebesar fishballs



Buat bebola hingga adunan habis

Saiz boleh adjust ikut suka.


Kemudian goreng dalam minyak yang banyak .Selalu kacau supaya warna perang sekata

Angkat & toskan

Kuih akan kembung bulat cantik.Kulitnya rangup masa panas & bila sejuk lembut kenyal


Kalau untuk sarapan & bekal anak- anak sekolah ,ibu- ibu boleh cucuk pada lidi macam sate.Mudah anak nak makan & nampak lah modern sikit.Hihihi

Saya suka sangat tekstur kuih ni.(Sebenarnya jarang saya tak suka kalau namanya maknan)Hihihi

Sesuai untuk hidangan minum petang,bekal anak sekolah & jamuan kecil.




14 comments:

  1. Comelnya! Bulat, halus, mulus. Ni terus masuk sebiji ke atau kena gigit dua kali heheee.

    ReplyDelete
  2. Eh, suka pulak tngok bebola keledek tu, cicah sambal kicap pun sedap tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Johorean dengan sambal kicap berpisah tiada🤣

      Delete
  3. Resipi ni boleh simpan buat juadah berbuka puasa

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap ,boleh try ni.Cantek bulat2 nya terbentuk

    ReplyDelete
  5. Cantiknya kejadian bebola keledek ni. Hidangan yang menyelerakan buat kudapan minum petang sedap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...memang selesai la kalau dijadikan gu minum petang...hihihi

      Delete