Saturday, 6 March 2021

KE TRENGGANU KITE!!

Tandatanya bila boleh balik kampus sudah terjawab. Minggu lepas sudah keluar surat panggilan secara berperingkat. Anakanda saya dan semua rakan yang dama kos ditetapkan tarikh daftar ialah 7 Mac 2021.Maka siang tadi bertolaklah kami ke Negeri Penyu

Pastinya wajib bawa surat kebenaran dari dari universiti terlibat sebagai syarat rentas negeri. 2 sekatan jalanraya kami tempuhi. Tol Bentong Pahang & R&R Ajil. 

Tol pun sunyi sahaja.Maklumlah hanya yang mempunyai surat kebenaran polis & yang memenuhi syarat sahaja boleh rentas negeri

Sepanjang Lebuhraya Pantai Timur(LPT) pun lengang


Sesekali dapat merasa seat penumpang dapatlah menikmati pemandangan. Kali ni pun Adah juga yang drive

Sunyi & lengang sepanjang jalan


Kehujanan 

Pemeriksaan polis


Ada tempat yang mendung. Alhamdulillah, tidaklah panas sangat



Lapar.... Pukul 1.00pm tiba di Losong

Beli keropok lekor rebus & keropok lekor goreng

Keropok kat sini memang sedap
Dah pernah beli tahun lepas masa balik dari hantar Cella daftar tu. Saya suka keropok rebus. Adah nak keropok lekor goreng

Cella kata teringin nak rasa keropok rebus
Kerana kelaparan, kami terus makan depan gerai tu sampai  30 batang keropok lekor.. Hihihi kalah hantu raya. Lagi bako 10batang dah tak tertelan.. Kekenyangan macam perut ular sawa menelan anak lembu.. Hihihi


Ni visi mencari makan. Nanti kita sambung

Alhamdulillah Allah mudahkan urusan

5 comments:

  1. Moga dipermudahkan urusan pendaftaran. Tahniah dapat teruskan pelajaran.
    Rasanya belum pernah makan keropok rebus. Tu yg habis sampai 30 bungkus tu memang penuh sesaklah perut hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhdulillah. Terima kasih cikgu... Aduh, sampai hari ni masih terfikir macamana kami telan 30 batang keropok tu... Hihihi

      Delete
  2. YaAllah.. permudahkan segala urusan Cella dlm jihad menuntut ilmu.. kurniakan anakanda dgn akal bijaksana, waras & lindungi anakanda Cella dlm kasih sayangMu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. Semoga Allah ganjarkan pahala atas doa yang baik itu & mengurniakan darojah kepada pengirim doa ini

      Delete