Saturday, 13 March 2021

ASAMAl PEDAS AYAM BELIMBING BULUH KUNING

 

Asam pedas ayam dengan belimbing buluh.Lauk lunch hari ni

Menghabiskan belimbing buluh kuning yang disedekahkan rakan sekerja.


Belimbing buluh kuning.

Beberapa hari lepas cerita pasal 2 spesis belimbing buluh ni.Yang hijau tu dah masak sambal tumis dengan sardin.Yang kuning tu la masak asam pedas hari ni.Cuma yang saya perasan sebelum-sebelum ni pernah simpan belimbing buluh kuning tu lebih kutang seminggu dalam peti ais.Apa yang berlaku ialah semua belimbing yang saya simpan tu  berubah menjadi tawar.Masih rangup tapi langsung tiada masam.Hanya tawar macam gigit timun.Langsung tidak sedap kerana sudah hilang identiti belimbing buluh buluh yang sepatutnya masam.Tidak tahu mengapa jadi begitu.Tapi itu terjadi pada belimbing versi kuning la.Kalau spesis belimbing hijau saya tidak pasti.Kali ini saya tidak lagi berani menyimpan lama sebab takut hilang masamnya.Namun,masa makan tadi saya perasan ada juga sebiji dua yang tawar tiada langsung rasa masam itu.Nasib baik yang lainnya masih masam.

ASAM PEDAS AYAM BELIMBING BULUH
½ekor ayam -potong 8
1 mangkuk belimbing buluh (+-20biji)
1sudu teh pes asam jawa Adabi (bancuh dengan 1 cawan air)
1 serai _ketuk
1 sudu garam
1 sudu teh gula perang
¼cawan minyak

Bahan Blend:
1 cawan cili blend halus (+-30 cili kering)
1 bawang besar
5 bawang putih
5hiris lengkuas
5 hiris halia
1 ketul kecil kunyit

1.Rebus dulu cili kering.
2. Blend cili kering ,bawang besar,bawang putih,lengkuas & kunyit.Blend sampai halus
3. Panaskan agak2 la 1/4 cawan minyak & tumis bahan yang dah blend sampai garing dan naik minyak.Masukkan juga serai
4. Masukkan ayam & biar sampai 1/2 masak.Masukkan juga belimbing.
5. Masukkan air asam jawa cair @jika tiada asam jawa gunakan  2 keping asam keping,garam,sikit gula..Kalau x guna air asam jawa..Masukkan air agak2 tenggelam ayam tu.
6. Biar mendidih hingga ayam empuk & belimbing lembut .
7. Sebelum angkat baru masukkan daun kesum supaya timbul bau asam pedas tu...(tapi hari ini tiada stok daun kesum)

**** Walaupun guna belimbing  buluh yang memang masam tapi mak aku tetap guna asam keping kerana belimbing tu tifak dibelah-belah..Belimbing tu tidaklah masam sangat sbb dimasukkan sebiji-sebiji & masak sampai betu-betul lembut...


Masukkan belimbing awal-awal & masak lama supaya belimbing lembut

Tambah air hingga belimbing & ayam tenggelam.

Seperti biasa ,saya akan masak belimbing ni agak lama supaya masamnya sebati dengan kuah  & kuahnya juga diserap belimbing.


Masak beberapa jam lebih awal sebelum makan supaya kuh lebih pekat & sebati serta belimbing menjadi lebih sedap.

Beberapa jam selepas dimasak...Kuah jadi pekat  & naik minyak betlinang


4 comments:

  1. kita telan2 ailio tengok posting ni, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...Asam pedas SK lagi mengancam.Tapi kalau belimbing tu memang akan telan ailio la sebab dah boleh bayang kemasamannya kan..

      Delete
  2. Unik hidangan asam pedas dengan asam belimbing. Sedap juga ada rasa masam asam belimbing tu. Saya pun tak pasti yang kuning tu kurang masam, kadang saya pun main ambil je yang kuning tu buat masak. Tak tahu pulak yang tu kurang masam. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ada belimbing .Masamnya buat rasa celek mata kata orang...hihihi

      Delete