Tuesday 2 March 2021

MUSIM KUNDANG SIAM & GHEMIA KAMPUNG

 Dah tiba musim dia.. Harga mengalahkan durian, tapi tetap nak makan. Tak dapat bamyak, sikit pun jadi. 


Kundang Siam. Kalau kat kampung saya dipanggil Buah Ghemia Siam. Siam mean Thailand. 


Ghemia Siam lebih menarik berbanding ghemia tempatan. Ghemai Siam warna lebih terang, buah lebih besar & rasa lebih manis (tapi ada juga yang masam) 


Sebiji buah ghemia Siam ni saiznya sebesar sudu makan. Buah ni musimnya awal tahun sama musim dengan buah genuak (kerdas) & musim ghemia kampung. Ghemia kampung tu bauh kundang la. Kami panggil buah ghemia. Ada sejenis lagi yang buah lebih bulat sama jenis juga dipanggil Buah Setar(Alor Setar tu katanya sempena nama pokok setar la) Wallahua'alam. 

Minggu lepaa Achik share pic kebun getah kat kampung. Mak baru upah orang bersihkan kebun sebab musim daun getah luruh & musim ni orang jarang menoreh kerana musim ini hasil pokok getah kekurangan susu. Kata mak pokok getah dah mula sua bunga. Sua tu bahasa kampung saya yang bermaksud hulur. Sua bunga maknanya macam sedang berbunga la. Bila mak cakap pokok getah berbunga, auto saya akan teringat pokok ghemia kampung. Pokok ghemia @ remia akan berbunga serentak dengan bunga getah. Itulah pengecaman orang-orang tua & saya memang ingat akan hal itu. Bila tanya emak, baru mak pun teringat untuk meninjau pokok ghemia kampung

Pokok ghemia tu dalam kebun getah.. Nun dihujung sana... 

Pic by Achik. Achik kata ghemia sudah mula berbunga & ada yang sudah mengeluarkan putik sebesar hujung jari kelingking. 
Kebanyakan baru berbunga. Sayangnya pokok kundang Siam depan rumah pula nampaknya  lebih selesa galak  daun daripada berbunga. Sudah bertahun mak tanam tapi belum pernah berjasa dengan buahnya. Hanya berjasa sebagai tempat berteduh di depan halaman rumah. 


Harap-harap ghemia kampung ni berbuah lebat & dapat lah saya rasa nanti. 

Buah ghemia muda memang masam(ni pic oldpost). Kalau zaman kanak-kanak memang jadi rebutan untuk menyicah (colek)lebihglebih lagi mak buyung. Kalau musim buah ghemia berputik, semua pakat bawa bekalan garam belacan (macam kuah rojak homemade) waktu bermain. Lepas bermain pakat kait buah ghemia menyicah ramai-ramai kat bawah 2 batang pokok ghemia milik tokwan kami di tepi surau dekat kubur. Mak-mak pun ramai yang menjadikan bawah pokok ghemia tu port membawang sambil menyicah . Yang lelaki memanjat, yang perempuan mengait dengan galah. Kalau pokok yang banyak kerengga depa ambil abu dapur kayu tu tabur pada tempat yang ada kerengga. Lari kerenga tu bila ditabur abu dapur. Tak tahu apa sebabnya. Kalau yang ada pokok banyak, musim buah masak, panjat pokok awa naik baldi atas pokok. Buah yang dipetik dimasukkan dalam baldi & diturunkan dengan menggunakan tali supaya buah tidak pecah @ rosak. 

Itu antara sebahagian kenangan saya zaman kanak-kanak & zaman remaja bersama pokok & buah ghemia. 

Sekarang hanya mampu membeli sekadar merasa. Zaman kegemilanagn ghemia kampung sudah berlalu. Yang ada pokok akan jual buahnya, Tiada lagi sesuka hati orang lain boleh menyicah macam dulu. Yang tiada pokok, belilah kalau nak merasa. 

Harg bokeh tahan


Tak apalah... Tak mampu beli banyak, kita beli sikit. Selera pun bukan macam dulu lagi. Dulu sebakul kecik boleh sekali hadap. Siap telan bijinya. Asuh, bila dimenang ngeri rasanya macamana umur 8-9 tahun boleh telan biji ghemia. Sekarang makan 2 biji pun seriau gigi. Biji memang tak telan la. Takuttt

12 comments:

  1. Dua tiga minggu lepas, Pak Inche beli sikit buah ni. Lepas tu dok gaduh sebutannya, inilah masalah kutub utara kutub sekarang, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Kalau dah kutub utara kutub selatan, ada sahaja benda sama lain nama dan sebutan. Kalau Johor vs kedah opkos asam pedas pun berbeza. Kalau Kedah asam pedas tu asam rebus. Asam pedas dioanggil asam tomeh. Dulu la. Sekarang dah pakat faham dah.. Hihihi

      Delete
  2. Arwah mak saya buat sambal belacan buah kundang ni dan adakalanya di buat jeruk, tapi jeruk yg di jual di kedai dalam balang tu lagi sedap dan manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi.. Betoi.. Sama macam kami. Mak saya oun buat cabai tumbok boh asam ghemia. Jeruk yang dijuai tu maneh sebab depa kata boh ibu gula
      Ibu gula tu kami panggei "gula marekan".. Hihihi

      Delete
  3. Kenangan kta serupa... terlioq sangat2 nak menyicah buah ghemia... dimana blh dpt?? 5 biji pun cukuplaaa.. buah ghemia siam boleh beli walau harga kayangan.. beli untuk tekak sendiri 🤣🤣🤣..
    kalau ada akk bak beli.. akk dok bangi.. kot ada bgtau yaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AllahuAkbar.. Semoga ada rezeki akak. Saya ada tanya mak tadi katanya ada juga menjadi buah ghemia ni kat kampung. Tapi tu la tak balik kampung. Thn lepas ada nampak orang jual dalam FB. Kalau saya nampak lagi. Insha Allah saya update. Swmoga ada rezeki akak.

      Delete
  4. Wah kecur tengok buah ghemia..hihii akak tau buah kundang je.Kat mana lah nak beli ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Zaman kanak-kanak saya hantu asam-asam ni. Dah tua-tua ni alah pula makan asaman. Gigi jadi ngilu walau sekadar makan apple hijau. Tu yang lemak taknak cair tu. Hihihi
      Tu la buah ghemia siam ni kan dari Thailand. Agaknya sejak PKP memang stok terhad.. Agak jarang jumpa. Semoga ada rezeki akak nanti

      Delete
  5. Sedap tu ghemia kg masam.buat cicah cabai kicap.kaum ibu dulu2 petang2 sambil dok membawang depa menyicah buah kg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi Naz. Ghemia kampung kalau tak betul-betul masak memang masam. Tapi kat kamoung saya ada yang masak jenis manis. Ada juga yang masak pun still masam

      Delete
  6. Kecur terus bila nampak buahh ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan/wanita & asam jarang yang tidak suka kan cikgu.. Hihihi

      Delete