Tibaaaa...eh,Adah kata dia lupa keluarkan ayam dari freezer.Katanya kalau nak tunggu reheat ayam tu ,maunya maghrib belum tentu dapat makan.....
Dia cakap dah malas nak masak sebab frust lupa keluarkan ayam..Dia nak makan makan roti saja..hihihi
Selera sudah terbayang,balik nanti nak masak Sambal Cili Api Belimbing Buluh Kuning yang Mas bagi 2 hari lepas.Dah telan air liur dah sebab kalau ada stok belimbing,selain daripada masak ngan sardin atau masak asam pedas serta lemak cili api,memang sambal cili api dengan ikan bilis lah jadi gandingan belimbing ni
1 cawab bilis bersih
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
minyak
Bahan Blend:
30 cili api Bangladesh (cili api merah yang keras tu)
1 bawang besar
sejemput bilis bersih
****blend jangan halus sangat
1. Panaskan anggaran 1/2 cawan minyak & goreng bilis hingga garing.
2.Tanpa angkat bilis dari minyak terus tuangkan bahan blend & masak hingga mendidih
3.Masukkan belimbing yang dihiris memanjang ( sebiji belmbing belah 6.
4. Tambah garam & gula serta 1 cawan air kerana kita nak masak belimbing agak lama.Jangan risau, in sha Allah belimbing tidak hancur
5. Masak hingga kuah mengering & naik minyak.
6.Sesuaikan rasa
Ada pula stok 4 ekor ikan selayang lengat.Goreng garing-garing.Kebetulan memang hujan lebat & perut berkeroncong.Mandi & solat sesiap sebab nak makan dengan tenang.Saya makan dengan penuh selera.Adah taknak makan sebab dah makan roti.Dia minta saya suapkan dia sesuap.Tidak menunggu suapan kedua,dia terus bangun ,ambil pinggan & tanpa menoleh kiri & kanan dia terus menyuap sambil bersup sap sup sap menahan pedas.Kesudahannya,bila saya dah selesai makan,dia masih melayan sambal belimbing ni...hihihi
Sapa yang ada belimbing buat la wei,sedap nak habaq kat ampa...
(kalau taste kampung macam saya la) hihihihi
Mak cella... telan air liur akak ni ,baca blog dalam kereta .Tak sabar nanti balik nak buat juga sambal bilis cili ni...nak buat pedas2..sedapnyaaa
ReplyDeleteMemang menelan air liur lah pagi2 ni tengok sambal belimbing ni.
ReplyDeletePehhh, dia punya teringin macam orang mengidam, hihihi
ReplyDeleteSaya pn semenjak 2menjak ni asik masak menu letak belimbing buluh je sbb pokok tgh gila berbuah.makan sensorang je anak2 jeling pn tak.paling padu celur pucuk ubi bercicahkan sambal bilis belimbing buluh + terung cepokak.
ReplyDeleteIshhh menggugat tul ni..
ReplyDeleteSedapnyer
ReplyDelete