Sunday, 28 March 2021

MALAM NI MALAM NISFU SYA'BAN

 Berbaki kurang lebih  15 hari lagi,in sha Allah jika diizinkanNya ,kita akan bertemu Ramadhan.Bulan penuh barokah yang dinantikan seluruh umat Islam.Malam Nisfu Sya'aban iaitu pertengahan Sya'ban,selalunya menjadi penanda aras untuk kita mengingati semakin hampirnya Ramadhan.


Cahaya bulan 14 Sya'ban ketika azan subuh pagi ini @ KL.Sungguh cantik sekali.Patutlah perempuan yang cantik diumpamakan bagai bulan purnama.

Ketika dikampung zaman sekolah ,saya memang menantikan bulan purnama kerana kampung saya agak pedalaman & tiada elektrik.Cahaya bulan penuh akan menerangi seluruh alam,& itulah peluang kali menikmati pemandangan malam yang indah.Paling penting cahaya bulan 15hb hingga 25hb mengikut calendar Islam sebab tarikh- tarikh tu bulan lambat tenggelam & masih terang waktu pagi.Dapatlah berbasikal ke sekolah berteman cahaya bulan.Kalau tiada bulan penat kena guna tenaga lebih nak kayuh basikal yang ditekan dynamo pada tayar basikal untuk menyalakan lampu basikal.Hihihi zaman saya dulu dynamo tu untuk nyalakan lampu basikal .Budak sekarang Dynamo tu depa hanya tahu sabun cecair basuh kain.

 Jika bulan tiada,seluruh kampung kami gelap gelita namun indah dihiasi kerdipan cahaya kelip- kelip yang sungguh banyak pada ketika itu.  Tahun 1988 baru ada bekalan elektrik.


Menjelang 6.30 pagi bulan kian menghampiri ufuk barat.Berakhirlah cahaya 14 Sya'ban & sama- sama kita nantikan & mengimarahkan malam nisfu Sya'ban bermula maghrib nanti iaitu sebaik sahaja terbenamnya matahari


Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]

 

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

إنَّ اللهَ تعالى يَنْزِلُ ليلةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا ، فيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعْرِ غَنَمِ كلبٍ


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing pengawal”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 670] Al-‘Aini mengatakan hukum hadith ini adalah munqathi’. [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 11:116]

 Sumber info:

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1121-irsyad-al-hadith-siri-ke-70-kelebihan-malam-nisfu-sya-ban






10 comments:

  1. Terima atas perkongsian info yg dpt menafaatkan kita semua.marikah kita sama2 mula persiapkan diri utk menerima kehadiran bulan Ramadan Almubarak.mmg zaman kita kecik sgt bergantung pada cahaya bulan manakala skrg kengkadang smpi tak sedar bulan mengambang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.Sekarang kalau tak perati memang tak perasan kehadiran bulan kerana cahaya neon lebih mendominasi.
      Untung sikit sebab bilik tidur saya mengadap kiblat ,kalau bulan mengambang memang cahaya terus dari jendela menyuluh muka yang sedang tidur.Hihihi

      Delete
  2. Allahu Akbar! Semakin dekat dengan Ramadhan Al-Mubarak.

    Cantik sungguh gambar bulan dari lensa kamera handphone itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah semoga kita dipertemukan Ramadhan kali ini.
      Gambar cantik sikit sebab try phone baru hadiah dari anak bujang.Katanya kesian tengok handphone lama saya gambarnya dah macam orang rabun malam..hihihi

      Delete
  3. Dah dok bau2 ramadhan.

    Tak sabar nak gali pahala di bulan yg berkah ini..❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah...
      Semoga Ramadhan ini menjadi Ramdham terbaik untuk kita

      Delete
  4. Replies
    1. Salam juga untuk Fairus..
      Semoga ada rezeki bertemu Ramadhan

      Delete