Thursday, 4 March 2021

TELUR DADAR HALIA UNTUK PENAWAR SEMPUT

 Minggu lepas rasa pernafasan tidak selesa. Kata Cella saya tidur berdengkur kuat. Saya pun macam perasan dengkuran sendiri sebab rasa memang sekejap-sekejap tersedar dari tidur rasa sesak nafas & sukar bernafas dengan selesa 


Teringat setahun dua yang lalu pernah sediakan telur dadar halia untuk mak saya yang semput. Halia memang antara makanan sunnah yang bagus untuk peredaran darah. Sebab tu agaknya orang-orang tua dulu sihat kerana mereka sering menjadikan air rebusan halia sebagai minuman untuk keluarkan peluh. Wanita bersalin juga digalakkan makan halia sebagai minuman atau campuran dalam masakan dengan tujuan memanaskan badan untuk melancarkan peredaran darah. Wallahu'alam... Kalau perhatikan kaum Cina memang suka masukkan halia dalam masakan mereka. Kita yang memang sudah jelas makanan sunnah pastilah banyak kebaikannya ni pula jarang nak guna. Hanya sesekali masukkan dalam masakan. 
Bila dah rasa sesak nafas macam ni baru teringat nak makan halia banyak-banyak. Cara paling mudah untuk makan banyak halia & sedap buat lah telur dadar halia. Memang berpeluh lepas makan. Pastilah banyak minum air. Alhamdulillah, dengan izin Allah, pernafasan rasa lega. Cella kata tidur saya juga lebih nyenyak & tidak dengar lagi dengkuran. Alhamdululillah
Dia jadi burung hantu, suka tidur lambat, jadi dia akan observe masa saya tidur. Hihihi.. 


TELUR DADAR HALIA
2biji telur ayam/telur itik
1 ketul halia tua (sebesar ibu jari)
¼ sudu teh garam
2 sudu minyak

1. Pecahkan telur dan pukul kembang bersama garam
2. Kupas halia & tumbuk lumat
3. Masukkan halia tumbuk kedalam telur dan kacau rata
4. Panaskan minyak hingga betul-betul panas. (tujuannya supaya telur akan mengembang dan beropol cantik)
5.Tuangkan adunan telur dan biar bahagian bawahnya garing baru diterbalikkan.
6.Perlahankan api & sentiasa balik2kan telur dadar supaya diluarnya garing rangup.


Halia tumbuk & telur

Campur juga secubit garam

Pukul hingga sebati


Panaskan 3 sudu minyak dalam kuali & tuangkan adunan telur. Bila dah garing bawahnya balik-balikkan hingga rangup kedua belah

Bolah makan begitu sahaja atau makan dengan nasi putih panas. 


8 comments:

  1. wah.. boleh cuba jugak ni nanti :)

    ReplyDelete
  2. Sy selalu masukkan halia hiris jer dalam masakan atau kalau rajin sy blend sekali. Kalau air halia tu memang susah nak telan, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer SK kalau air memang payah la ceritanya kan.. Hihihi. Tapi telur dadar ni in sha allah boleh telan

      Delete
  3. Boleh cuba nii.. Mama dengkur tapi takde tonsil kan? Macam Lon dulu dengkur sebab tonsil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau nak kata la Lin.. Saya pun tak pernah check.. Tapo selama ni tak pernah pulak berdengkur (agaknya lah🤭)

      Delete
  4. Bagus juga ni.saya kalau semput minum nescafe panas dan sapu dada dgn vicks vapor rub.ada aje ubat lelah tu tapi tak nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu vick tu menyamankan pernafasan.. Halia ni sebagai penawar alami la kiranya.. Hihihi

      Delete