Saturday, 27 March 2021

SAMBAL BERLADO IKAN TONGKOL,KAILAN IKAN MASIN & TELUR DADAR

 Semalam Adah wasap.Dia tanya dia nak masak ikan tongkol yang saya lengat tu,boleh tak? Alhamdulillah...boleh sangat aih ceq oii....

Walaupun plan asal saya ikan tongkol lengat tu saya nak masak nasi dagang weekend nanti,tapi bila anakanda offer nak masak pastilah saya dengan senang hati sanggup beli lain ikan tu untuk plan weekend nanti.Hihihi


Adah kata ikan tu dia buat masak berlado.Kailan ikan masin & telur dadar untuk abangnya


Inilah 3 lauk yang Adah siap masakkan.

Telur dadar ni kalau saya yang masak haruslah saya buat telur dadar garing rangup ala kedai tomyam tu.Tapi sekarang saya perasan anak-anak dah tak suka telur dadar yang saya masak.Depa lagi suka buat sendiri telur dadar kurang minyak & yang saya tak boleh terima depa langsung tak letak garam.Kata depa tak payah letak garam sebab lauk lain dah masin.Saya memang tak boleh terima alasan tu.Tapi dah depa yang nak makan,biarlah.

Kailan ikan masin ni memang sedap sungguh.Tapi ikan masinnya ada yang bertulang sebab Adah guna ikan gelama masin yang dikerat-kerat.Mungkin dia tak jumpa isi ikan talang dalam laci peti ais tu.Adah kata dia letak kiub ayam sebab tu sedap.Hihihi

Sambal berlado ikan tongkol ni saya nampak macam dia guna cili  merah + cili padi merah,sebab walaupun merah menyala tapi tak la sepedas menggigit lidah sangat.Kalau fully cili padi merah Bangladesh tu memang mengalir air mata.Ada serai juga.Adah kata dia terlebih masukkan air asam jawa.Tapi saya rasa ok sahaja.Dah dia kata saya komen tak telus.Dia kata komen tu saja nak ambil hatinya sahaja..

Pulakkkkkk......
Ok,Sambal tu tak sedap!
(walaupun sebenarnya sedap sangat)

6 comments:

  1. Dilemma seorang ibu kalu komen telus rugi sendiri bila anak merajuk dah tak nak masak.kesimpulan nak komen ikut mood chef masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kadang serba salah nak komen dengan anak- anak sekarang.Nak kena jaga hati .dalam masa yang sama nak tegur.Kita dulu memang mak bagu komen tak bertapis dah.Paling berlapik pun kalau masin sangat dikatakan nak kahwin.Merah muka kita menahan malu.Hihihi

      Delete
  2. Wah.. sekarang Adah dah rajin masak, bolehlah emak goyang kaki 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut mood juga la SK.Kadang goyang kaki.Kadang goyang tangan juga kena masak.Hihihihi

      Delete