Mak aku ada beli Keledek manis
Keledek macam kat Cameron Higland tu
Mak aku cakap nak buat Sweet Potato Ball
Macam yang beli kat Pasar Malam Tanah Rata dalam post CAMERON HIGLAND - DAY 1... kat sini
Mak aku cakap sebab sedap..
Tapi kat KL x pernah nampak orang jual
Bebola Keledek Manis
Mak aku masak pagi Ahad
Ada 2 versi
1 versi plain
1 versi ada sesame seeds
Aku suka yang plain
Mak aku kata yang ada sesame ni lagi sedap
Tapi aku x suka
BEBOLA KELEDEK MANIS
5ketul ubi manis - rebus empuk
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan bijan ( jika suka)
Minyak untuk goreng
1. Rebua keledek manis hingga lembut
2. Kupas kulit & lenyek semasa masih panas & kemudian biar sejuk
3.Setelah sejuk baru gaul garam, gula & telung pulut. Jika lembik tambah tepung pulut. Jika keras + sikit air.
4. Gentel-gentelkan sebesar fishball.
5. Gentel hingga habis semuanya. Jikan suka salut bijan, boleh golekkan atas bijan
6.Panaskan minyak banyak & goreng bebola sambil dibalik-balikkan
7. Angkat & toskan atas kitchen towel
**Pesan mak aku.. Lenyek ubinmasa masih panas kerana lebih mudah lenyek. TETAPI jngan masukkan tepung masa ubi lenyek masih panas kerana nanti dough akan mudah lembik & akan guna banyak tepung & kuih kurang sedap.
Tips ini juga valid untuk Kuih Keria & Cucur Badak yang menggunakan keledek rebus.
Keledek rebus
Dough yang dah siap
Gentel bulat- bulat sebesar fishball
Buat sampai habis
Jika suka guna sesame...
Buat sampai selesai
Plain Sweet Potato Ball
Sesame Sweet Potato Ball
Choose ur favourite
Crispy outside
Fluffy & moist inside
Yummy for my tummy
Serve with hot tea....
Creative mom.......
ReplyDeleteteringat arwah mak.. alfatihah utk mak mak Yang dah pergi...
Al-Fatihah juga untuk sis mom & semua.. Selamat tahun baru 2020
DeleteSemoga kita semua dirahmati Allah
Macam sedap.. Sy nak try la. Thanks share resepi.
ReplyDelete