Wednesday 10 March 2021

KARI KEPALA IKAN + KELEDEK MANIS & BENDI

 

Kari kepala ikan * keledek manis & bendi.Ada ke keledek yang tak manis?Hehehehe.Kari antara lauk yang selalu saya masak kerana mampu membuka selera .Kalau takdak kari pun,selera ni terbuka memanjang pun..hihihihi


Hanya guna kepala ikna tongkol.Bahagian isi sudah digoreng dimasak sabal.Bahagian kepala dimasak kari.Capur keledek manis untuk rasa kuah yang sedap & bendi untuk sayur.Guna keledek madu a.k.a 

 

 KARI KEPALA IKAN + KELEDEK & BENDI

2 kepala ikan tongkol

2 ketul keledek Jepun
2 asam keping
10 bendi
1 kotak santan + 4 cawan air
4 sudu minyak
3 sudu rempah kari ikan
garam secukupnya

 

Bahan Tumis:
1/2 bawang besar cincang
2 bawang putih cincang
1 sudu teh halba campur
1 pelepah daun kari

 

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis hingga harum dan bawang keemasan.
2. Masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan 1 cawan air .
3. Masukkan asam, garam dan masak hingga naik minyak
4.Bila rempah naik minyak baru masukkan ikan dan balik- balikkan hingga ikan 1/2 masak.
5. Masukkan santan,keledek dan masak hingga mendidih
6.Setelah kuah menggelegak baru masukkan bendi. Masak hingga mendidih sekali lagi
7.Sesuaikan rasanya
8. Perlahannkan api paling kecik dan biar beberapa minit supaya kuah naik minyak dan cantik

 

 

 

 

4 comments:

  1. Eh sama lah kita.saya pun semalam masak kari kepala ikan tenggiri dengan bendi.Jodohkan dia juga dgn ikan pekasam gelama.sedap ya amat

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish...Baca pun dah tau sedap tu..ikan gelama masam tu memang ngam gu dengan gulai ni

      Delete