Saturday 20 March 2021

BUKAN KEK HARI JADI

 Cerita semalam ...Jumaat


Ada kawan kepada anak bujang tu bagi hadiah sebiji homemade cake..Kebetulan saya ada orde karipap 240 biji karipap  frozen darinya.Isteri kepada kawan anak bujang saya tu dulu bakers kat hotel.Sejak pandemik Covid 19 banyak hotel tutup.Dia ambil inisiatif berniaga kek & pastry dari rumah.Cantik-cantik & sedap keknya terutama kek marble jelita.

Semalam suaminya hantar pesanan karipap frozen tu ke tempat kerja saya.Diberi juga 1 kotak beribbon yang cantik.Katanya isterinya hadiahkan untuk saya,Bukan saya sahaja yang dapat.Semua yang order karipap darinya juga dapat sorang 1 slice percuma kek marble jelita.

Balik rumah buka kotak ,rupanya sebiji kek butter cream yang siap berhias cantik..
Terfikir ,nasib baik juga masa dia bagi saya tak terus masukkan dalam kereta yang diparkir ditengah panas.Puncanya masa nak letak kek tu dalam kereta,saya pula tertinggal kunci kereta di bilik.Terpaksa bawa kek tu naik ke bilik di atas kayangan sana & dah malas nak turun semula.Maka kek tu bawa masuk bilik.Nasib baik bilik sejuk ada air cond.Kalaulah tifak kerana kunci kereta tertinggal,haruslah kek tu saya tinggalkan dalam kereta sampai balik.Bayangkanlah berlinang- linanglah kek tu mencair.Alhamdulillah....syukur atas perancangan Allah....
Balik rumah ,baru tahu isi kotak tu kek krim..Sukanya hati mokcik dapat hadiah ni.Walaupun birthday mokcik lambat lagi,tapi happy macam dapat kek hari jadi.Semoga pasangan muda itu dikurniakan rezeki yang melimpah & juga rezeki zuriat yang soleh.

Sedap kek ni.Perisa blueberry.Ada cerita lucu ni masa potong kek ni.Adah kata jangan potong dulu sebab dia bak rakam video..Beria-ia saya potong elok-elok .Sekali dah siap letak dalam piring,Adah cakap.."Haaaa...lllaaaaaa tak tekan rakam..!"
Hahaha...sia-sia jer...Kikikiki..
Tak apalah,yang penting mokcik suka. Kadang untuk dapat hadiah kek tidak perlu pun syarat menyambut hari jadi..kan...hihihi.


9 comments:

  1. Patutlah takde tulisan 'Happy birthday' kat kek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya dia tulis " Saja Nak Bagi” Hihihihi

      Delete
  2. Seronok la dapat sebiji kek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...semoga Allah kurniakan kegembiraan juga yang memberi tu

      Delete
  3. Alhamdulillah, rezeki.. nampak sedap betul kek tu.

    Hurmmm.. banyaknya order karipap frozen, nak buat makan2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..takde buat makan- makan pun sk.tu tolong order untuk kawan-kawan

      Delete
  4. Alhamdulillah..rezeki dapat sebiji kek. Sedap tu kek blueberry. Ala, takde rezeki nak merakam moment tu. Takpelah, jangan bersedih :)

    ReplyDelete