My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Tuesday, 22 January 2019

CUCUR BILIS UNTUK MINUM PETANG

Cucur Bilis vs Teh Susu

Antara kuih yang selalu mak aku masakbterutama kalau lapar time malam
Cicah sos cili
Kadang cicah mayonis
Mmmm...sedap




CUCUR BILIS
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air suam
1 sudu air kapur(yang jernih)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 tangkai daun sup
1/2 bawang besar-hiris halus
1/4 cawan ikan bilis- bersihkan.
Minyak untuk goreng

1. Dalam bekas,masukkan tepung,garam & gula.
2. Buat lubang pada tepung & tuang air kapur dan air suam sedikit demi sedikit hingga sebati..
3. Bila sebati tambah bawang,ikan bilis dan daun sup
4. Biarkan15 minit sebelum digoreng supaya kuih lembut dan garing

4 comments: