Saturday 19 January 2019

GULAI SIPUT BELITUNG vs IKAN LENGAT GORENG

Gulai Siput Belitung
Haaa...baru tahu namanya Siput Belitung
Selama ni aku panggil Siout Sedut jer..!
Mak aku cakap namnya memang Sipit Belitung
Tapi selalu sebut Siput Sedut sebab nak bagi mudah faham
Siput ada macam2..
Yang ni dipanggil siput sedut sebab masa nak makan kena sedut keluar isinya..
Takde cara lain ke nak kuarkan isinya..?
Mmmm...mak aku cakap kalau dolu2 kanak2 yang x pandai nak sedut siput...nenek akan sediakan pin @ lidi tajam untuk cungkil isi siput keluar..Bila dijolok lidi tajam dalam molot siput ..kena hatiw tarik kuar isinya..
Mmm.....lupa nak try masa makan tadi


Mak aku kata kalau dolu2 kat kampung nenek pun ada jer siput
Tapi siput dalam sawah padi
Mak aku cakapnkalau musim menuai padi..
Kawasan yang masih berair ...siput2 akan bertenggek pada pangkal pokok2 padi
Tapi mak aku cakap siput sawah selalunya berlumit hijau dan perlu randam dalam bekas bertutup beberapa bari supaya lumut dan kotoran lumpur pada siput tu tanggal
Mak aku cakap siput sawah lebih bulat dan cengkerangnya licin..xde corak macam siput laut
Mak aku kata siput laut lebih cantik dari siput sawah..
Huh....ni kalau siput laut dengar ni ...mau riak siput  laut...!!
Hahahaha...



Siput ni tengah mahal sekarang
Mak aku cakap beli juga sebab hari tu kakak request nak makan siput sedut ni

GULAI SIPUT ..mak aku
1/2 kg siput belitung
1 kotak santan
1 asam keping
1 batang serai
1 sudu teh garam

Bahan Tumbuk:
7 cili padi merah
2 bawang merah
1 ketul kecik kunyit

1. Potong ekor siput dan basuh beberapa kali hingga airnya jernih
2. Masukkan bahan tumbuk dan serai serta siput dalam kuali
3. Tambah 1 cawan air dan 1/2 kotak santan.
4. Masak hingga mendidih dan masukkan azam dan garam
5. Masak lagi hingga mendidih
6. Tambah lagi 1/2 santan dan kacau sentiasa supaya kuah cantik tidak berkeladak
7. Sesuiakan rasa


Siput dah cacat..
Dah jadi SKU...Siput Kurang Upaya
Kerana ekornya dah dipotong.
Mak aku cakap kena basuh banyak kali untuk buang pasir lumpur dan serpihan cengkerang siput .Masa potong ekornya banyak serpihan cengkerang


Mak aku cakap masak dalam kuali lagi senang nak urus
Kari,sayur atau gulai mudah nak kacau
Tapi kalau sup mak aku cakap better masak dalam periuk sebab mudah nak tutup dan mendidih...


Kata mak aku nenek selalu masak siput dengan batang keladi
Tapi ni mak aku x masak camtu pun...
Mak aku kata sebab mak aku x suka siput.
Mak aku cakap xnak masukkan batang keladi ni dalam gulai siput sebab aku ngan kakak x suka batang keladi ni
Abang lak memang x makan siput ni


Sambal Sardin ngan Kentang..


Ikan Lengat fav mak aku
Semalam mak aku pilih 10 ekor ikan selayang
Mak aku cakap nak lengat a.k.a rebus dengan extra asam keping dan garam..
Kata mak aku sekarang dah dapat tune cara bjat ikan lengat yang sedap..
Kena extra asam keping dan garam & lebih sedap digoreng smkeesokkan harinya kerana rasa az dan garam telah diaerap isi ikan.
Tapi kena ulang panaskan
Haaaa....tugas panaskan tu aku akan buat
Hidupkan api jer biar sampai air dalam periuk ikan rebus a.k.a ikan lengat tu mendidih
Pastu matikan api
Tak perlu kacau
Tak perlu balik2an
Kadang aku x buka penutup periuk pun
Nampak asap wap dah keluar dari penutup periuk dan ada bau mendidih jer...
Terus matikan api
Tu jer..


Ikan Lengat Goreng Cili dan Bawang
Mak aku jer berselera dengan lauk ni
Mak aku cakap ni laul nostalgia
Sebab dolu2 nenek selalu awet ikan dengan cara merebus a.k.a melengat ikan  sebab xde peti ais..
Kata mak aku ...ikan lengat lah yang nenek selalu goreng dan masak kari..
Mak aku cakap air rebusan ikan tu juga dijadikan kuah jika tiada lauk berkuah..
Mmmm....
Nampak mak aku makan dengan lauk ni jer..
Aku ngan kakak makan siput & sambal sardin
Tapi pedas sangat la plak gulai siput mak aku masak...
Rasa bibir dah macam J Lo dah..
Hahaha...agaknya J Lo makan cili banyak cili padi kot..
Hahahaha....

No comments:

Post a Comment