Wednesday, 29 August 2018

CEMPEDAK GORENG vs CEMPEDAK KERING

Seronoknya bila tiba musim buah-buahan.
Walaupun kitorang bukannya ada dusun pun..
Heeee....tapi kalau musim buah-buahan menjadi ,yang xde dusun macam we all pun dapat la makan buah puas-puas sebab harganya murah.
Paling seronok sebab tahun ni banyak kali dapat akan durian
Daat la qadho tahun lepas nyer x dapat nak makan durian pusa-puas
Bukan x makan langsung sebab tahun lepas abang ada beli 2x durian 
Tapi masa tu bapak mahal la durian
Durian kampung pun sebiji hampir rm50
Tahun ni puas dapat makan durian kampung,Durian IOI dan Durian Udang Merah pun ada sekali mak aku beli
Ok...tu citer pasal durian
Dah puas durian datang lak Buah Manggis
Pun alhamdulillah tahun ni puas makan manggis 
Sampai dah hujung-hujung musim pun masih dapat beli manggis dengan arga murah
Pastu Achik asyik post la pasa Cempedak Goreng
Mmmmmm.....yang cempedak ni memang mak aku x pernah beli
Mak aku cakap dah cari kat erea ruamh kitorang ...
Mmmm xde plak orang jual cempedak
Tapi lagi 2 hari nak balik kampung untuk Raya Haji tu bersepah plak lori jual cempedak
Cuma mak aku tetap x beli juga.
Kata mak aku alang-alang nak beli sebab agi 2 hari nak balik kampung
Nenek call bagitau kalau balik kampung Raya Haji insha Allah akan ada sikit lagi cempedak 
Selalunya tahun-tahun lepas pokok cempedak dekat rumah nenek berbuah lebat.
Tahun ni nenek kata x menjadi
Yang ada hanya cempedak di pokok kat kampung moyang
Itupun dah hujung-hujung musim


Haaaa...ni la Cempedak Hujung Musim yang sempat aku makan masa balik Raya Haji minggu lepas
Ada beberapa biji yang nenek kata les copaque
Huh...nasib baik
Alhamdulillah


Kalau x...asyik telan aitr liur jer bila Achik post kat Family Group WhatsApp


Cempedak Goreng memang sdap dan harummmmm bau dia
Aku sukaaaaaa sangat


Nenek akan kopek dan kuarkan isinya untuk digoreng


Biasaya sambil nenek kopek cempedak
Sambil aku akan makan cempedak yang belum digoreng
Manissss
Sedapppp sangat

Ni la antara cempedak hujung musim tu
Semua ada 6 biji nenek simpan
Ni dah tinggal 3 biji sebab 3 biji dah slsai goreng masuk pewut



Pagi Jumaat tu pun sebelum bertolak balik KL
Nenek kopek lagi 2 biji buat Cempedak Goreng
Lagi sebiji nenek suruh bawa balik KL untuk abang
Mmmm....bawa baliknya sbiji jer
Tapi bau dia penuh 1 bonet
Baru je hilang bau durian
Dah tukar plak bau cempedak
Hahahaha....



Nenektengah gigih mengopek cempedak [agi Jumaat sebellum we all bertolak balik KL
Nenek suruh makan puas-puas sebab dah buah yang 2nd last dah tu
Buah yang last awa balik KL


Mmmmm...sedap bai..!!!

Selain daripada cempedak goreng
Nenek juga buatkan Cempedak Kering ni
Kata nenek ni lah cara orang-orang dahulu mengawet Buah Cempedak ketika musim cempedak banyak berbuah dan masak
Nenek kata kalau dahulu buah cempedak yang terlalu banyak akan berguguguran di bawah pokok dan menjadi makanan lembu ternakan
Nenek kata lembu sangat suka kulit dah buah cempedak masak
Kata nenek kalau ada simpan buah cempedak masak dibawah rumah....
Pada waktu malam akan ada kumpulan lembu orang kampung ang tidak dikandangkan akan membuat lawatan muhibbah beramai-ramai mengunjungi bawah rumah penduduk kampung yang mempunya bau buah cempedak masak
Hahahaha...jangan ingat lembu x reti cari cempedak tu
Nenek kata kalau simpan dalam tong.alamatnya dengan tong-tong tu akan disondol oleh rombongan lembu-lembu yang tidak diundang itu
Cerita nenk lagi....
Buah-buah cempedak yang terlalu banyak masak itu akan dikopek dan diambil isinya serta dibuang bijinya dan dijemur hingga kering
Selepas beberapa hari dijemur,isi cempedak akan kering baunya sepertipisang salai
Kemudian untuk lebih tahanh lama.isi cempedakkering itu akan disimpan dalam bekas secara berlapis-lapis.
Antara lapisan isi cempedak tu plak nenek kata akan ditabur sedikit gula pasir supaya lebih tahan lama
Kalau durian dijadikan tempoyak dan lempuk
Kalau rambutan dijadikan jeruk
Kalau cempedak dikeringkan
Itulah cara orang dahulu mengawet buah-buahan supaya dapat dinikmati sepanjang tahun.



Ni la isi cempedak kering tu
Betul lah bau dia macam Pisang Salai
Tapi ni versi cempedak la
Bau cempedak la
Nenek kata Cempedak kering

Ni plak Jeruk Kulit Cempedfak a.k.a Jeruk Mandai
Haaa...abaout Jeruk Rambutan ,Jeruk Petai dan Jeruk Mandai ni boleh baca KAT SINI.....
Ok..bye

6 comments:

  1. http://budakhutankampung.blogspot.com/2013/02/cara-orang-orang-dahulu-ke-mekah.html

    sedap... sini buah nangka chip dalam pack dari vietnam. mahal... rm 30. kalau di msia murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sharing link...
      Kiter pun suka nagka chip..
      rangup..harum..
      Tapi kat sini pun mahal kalau jackfruit chip tu..dah la 1 pack tu isi dia ciput jerk..
      Haaa...kadang kiter selalu berangan ada duit USD banyak2...
      boleh beli chip tu banyak2..hahaha

      Delete
  2. salam

    sayang msia tak buat chempedak chip and nangka chip. jeruk mandai tu seperti buat nangka muda masak lemak masak kari masak goreng chili pedas....

    oh please see previous comments earlier.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jack fruit chip dah ada la.. Sedap giler... Tp mahalll

      Delete
  3. lempeng cempedak pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... Kiter lum pernah makan.. Camaner buat

      Delete