Saturday, 25 August 2018

SAMBAL TEMPOYAK UDANG 12 PAPAN PETAI

Sambal Tempoyak Udang  13 Papan Petai
Haaa...12 papan petai...
1 dozen petai
Actually ni lauk untuk lumch kat umah Achik hari Isnin sebelum Raya Haji
Achik kata masak ingat nak lunch reramai ngan kitorang sebab dah bagitau Achik kitorang nak balik Kedah hari Isnin
Pukul 10.30 nenek call tanya dah sampai mana..
Hahahaha...10.30 belum masul Tol Duta pun lagu
Baru sampai depan Istana Negara..
Sebab pukul 10.15 baru bertolak dari rumah
Agaknya nenek dah x rindu sangat dengan aku ler tew..
Hahahaha...
Sebenarnya mungkin nenek dah terbiasa dengan jadual perjalanan kitorang sebelum ni
Sebelum2 ni memang selalunya kalau nak valik kampung mak aku akan bertolak balik Kedah pada awal pagi
Aku masih ingat masa kecik2 dolu memang mak aku akan bertolak sebelum subuh atau paling lewat pun selepas subuh.
Biasanya kitorang akan breakfast drive thru Mc D atau beli sandwich kat Shell
Sebelum tenghari biasanya kitorang dah sampai kampung..
Around pukul 9 @ 10 pagi dah sampai kampung
Mak aku cakap masa tu mak aku masih power..
Hahahaha...masih muda..
5 jam drive dah boleh sampai kampung
Now...situasi dah berubah
Lately ni dah banyak kali juga mak aku akan mula perjalanan lewat dari selalu
Macam kali ni pun pukul 10.15 baru bertolak.
Setiap R&R mak aku akan benti
Kata maka aku energy dah makin kurang
Kalau time nak bakik KL pun mak aku selalu gerak lambat jer..
Kata mak aku xde aoa nak kejar pun..
Laaaa....selama ni mak aku mengejar ker..
Hahahahahaha...
Mmmm...next year aku dah leh amik lesen kereta.....
Heeeeee....
Ok samvung citer Sambal Udang Tempoyak Petai 12 keping


Ni la Sambal Tempoyak Udang Petai 12 Papan
Semangkuk besar Sambal Tempoyak Udang Petai
Udang besar..
Perai nalla pnyer
Achik cakap guna 12 papan isi petai
Haaaa....makan puas2
Penuh ngan isi petai
Mak aku makan x pandang kiri kanan
Aku makan juga tapi sempat juga la pandang kiri dan kanan sebab kiri dan kanan pun lauk best
Hahahaha.


Masa dalam pukul 3 tu Achik call tanya dah sampai mana..
Bila cakap baru sampai Taiping...Achik kata nak makan dulu lah sebab dah lewat nak lunch dah lapar..
Laaaaa ....lupa lak x cakap ngan Achik kitorang gerak lambat dari KL
Sebelum tu yang call tu nenek
So..Achik pun mesti igt kitorang gerak awal pagi ler tew..
Mmmm.....
Pagi kat rumah mak aku ada masak breakfast Nasi Goreng untuk abang sebab abang x ikut balik Kedah
Avang hanya off sehari...1st  Hari Raya Haji jer
Abang cakap xnak balik  sebab x berbaloi dan penat jer
Aku ngan kakak breakfasr nasi goreng juga
Masa mak aku benti R&R Tapah...
Aku ngan kakak xnak turun..
Malas sebab memang nampak crowded.
Parking penuh..
Foodcourt pun nampak manusia jer penuh..
Aku plak memang dah plan nak beli cream stick bun kat Harold Bread di RTC...
So dah kenyang..
Mak aku plak plan nak makan nasi lauk kari swdap kat R&R Gurun
Tapi Achik dah cakap nasi lauk semua Achik dah masak..
So benti sekwhap jer R&R Gurun
Pukul 4 30 sampai umah Achik memang lauk makanan dah penuh meja..
Apa lagiiii....
Ngap la
Udang dan Petai ni Axhik cakap memang Pakcik beli khas untuk.masak nak makan sesama time kitorang balik
Acgik kata sekarang petai tengah musim dan kali ni sevab bekalan banyak harganya murah
Kata Achik 10 papan petai yang bijinya gumuk2 pun baru rm5 - rm6 jer
Huh...bapak murah..
Kalau kat KL.macam tu nyer biji besar mata kambing tu..mau 2 papan jer rm5
Selalu belinkat aBangla tepi simpang tu 3 papan rm5
Tu pun kadang biji mata petai tu orang Jepun & Korea jer..
Hahahaha....hanya orang yanv hantu petai cam aku jer tahu camaner petai mata korea dan petai mata kambing...
Achik siap suruh habiskan semua lauk tu..
Omak ai ...nalla punyer lauk untuk makan 15 orang nak suruh 3 orang habiskan..
Mau meletup pewut dengan gas petai dan tempoyak tu..
Hahahahaha...
Achik xde lak bagi resipi
Tapi Achik cakap Achik pun guna TEMPOYAK UPAH juga..
Haaaa....
So...sesajer jer aku c&p sambal tempoyak upah yang mak aku masak KAT SINI....
Bezanya sambal mak aku lagi pedas berapi


SAMBAL PETAI  TEMPOYAK UPAH 

3papan petai fresh
3 ulas isi durian ( 1/2 cawan tempoyak)
1/2 cawan ikan bilis belah/ boleh replace udang
1 asam keping
1 sudu teh garam
1/2 cawan minyak

Bahan blend:
1 cawan cili merah - cili bangladesh
1 sudu ikan bilis- buanv kepala dan tulang
1 bawang besar holland
1 ketul kecik kunyit
( boleh ganti 1 sudu teh serbuk kunyit)

1. Petai dipotong tepi sepanjang petai dan setiap bijinya dikerat dua
2. Bahan blend dicampur isi durian dan dikacau sebati..( jangan diblend bersama kerna nanti serat isi durian akan tersangkut pada mata blede blender )
3. Panaskan minyak dan tumis baham blend.
4. Masukkan 1 cawan air.
5.Tambah ikan bilih belah,asam keping dan garam.
6. Masak hingga mendidih dan naik minyak
7. Sesuaikan rasa dan masukkan petai.
8. Kacau dan masak sekejap sahaja supaya kulit petai kekal hijau dan isi petai kekal rangup


*** Mak aku pesan...

Kalau dalam family ada yang x makan tempoyak ...even tempoyak tipu pun x makan juga.
Tapi sambal petai makan lah pulak...
So....boleh jer masak sambal ni 2 in 1
Mak aku cakap masak jer sambal ni whitout tempoyak tu sampai dah masak..
Cedok asingkan Sambal whitout tempoyak tu dalam semangkuk..
Baki dalam kuali tu baru dicampurkan tempoyak dan tambah sikit air dan terus masak semula hinga naik minyak..
So....win win situation...



Ayam Kicap
Lauk ni pun sedapppppp


Petai lagiii...
Selain Sambal Tempoyak Petai
Achik juga serve ulam petai fresh
Petai Bakar
Jeruk Petai..
Haaaa....yang tu aku x sempat try


Petai...lagii....dan lagiiii
Ni Achik soh bawa balik kat rumah baru
Makan ngan nenek


Walaupun belum raya
Lagi 2 hari nak Raya Haji
Tapi Pakcik dah belikan lemang
Achik dah buat Daging Kerbau Masak Pahang
Makanan iconic Pahang time raya
Pak cik dan Pahangnese..
Hahaha...how to say orang pahang in english..?
Lepas makan dah x sabar nak balik rumah baru
Nak tidurrrrrrrr....
Sebab kekanyangan...
Haaaa....
Ok..bye

3 comments:

  1. Salam..dasat menu Adey Manies..

    Abangles pun Kalah.
    Variety. Of petai . And sambal petai..phew.. hebat..
    Mabuk petai.. banyak la angin..Di badan hajaja..Tu agaknya makan gearbox angin dah banyak..sampai pendip pening..

    Rajin rajin buat air halia panas Kasi buang angin..
    Lauk best ya. .
    Camni hancur diet.

    Eh tell mak shess not that old. She exercise.la weekend jalan kat park jogging few rounds.

    Kat sini nenek umur 70an Masih kerja Dan kuat. Umur 90an Masih tegap Dan kuat ingatan.
    Some kerja lagi kuat physical
    ..bukan kerja office. Ada yg hidup Dari zaman petang kedua lagi..
    Kalau kakintakde masalah nak jalan.. buat la brisks walk daily for an hour.. insha'Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...Petai season..
      Kalau kat KL jarang jumpa petai terboik..
      Dah ada depan maata...ngappp jer..angin jangan fikir dulu..hehehehe
      Ooo..Air Halia boleh buang angin ek..
      Tapi kiter x suka bau dan rasa haalia tu...bau dia semacam la..
      Mak kiter jer suka..
      Pergh..90 an still power..dahsat..
      Ni Japanese ker...sebab selalu bacaa info jangka hayat japanese lebih tinggi..

      Huhuhu...x sempat nak citer & tunjukkan nenek about trellis tu....

      Delete
  2. Salam awak dah tunjuk trellis and wall fence Tu?
    Heheh

    ReplyDelete