Saturday, 18 August 2018

BUBUR KACANG TOLO

Bubur Kacang Tolo
Haaaa...tau x Kacang Tolo?
Hehehehehe...aku pun baru tahu..

Ni la Kacang Tolo...
Eh, ni buka ke Kacang Ketupat?
Yer....ni memang Kacang Ketupat
Mak aku cakap Kacang Tolo tu nama kat Indon
Kalau kat Malaysia dipanggil Kacang Ketupat
Ada yang panggil Kacang Mata Hitam..
Tapi kalu kat Indon..
Kacang ni dipanggil Kacang Tolo
Ada juga yang Pangg Kacang Tunggak
Ada yang panggil Kacang Otok
Haaaa....bila semak balik entry BUBUR KACANG MATA HITAM kat sini...
Rupanya mak aku dah pernah citer semua tu
Siap dengan komen Aunty Ogy bagtau kat kampung aunty Ogy panggil Kacang Biji...
Mmm.....Aunty Ogy..


Mak aku la yang suka sangat masak Bubur Kacang ni..
Dan yang suka makan Bubur Kacang ni mak aku la jugak
Aku ?
Aku x minat sangat bubur kacang
X kira la kacang apa pun
Aku hanya suka BUBUR PULUT HITAM




BUBUR KACANG TOLO
1 cawan kacang hijau-
1 cawan kacang mata hitam /ketupat
¼ cawan sagu biji
1 kotak santan
1 helai pandan
½ sudu teh garam
3 sudu gula perang @ gula melaka
5 sudu gula pasir

1. Rendam kacang ketupat, kacang hijau  dan sagu berasingan.
2. Rebus kacang hijau dan kacang ketupat hingga empuk.
3.Bila kacang sudah epuk dan lembut  masukkan ½ kotak santan yang dicampur 2 cawan air.
4. Masukkan pandan dan garam.
5. Masak semula hingga mendidih dan tambah sagu
6. Bila sagu jernih baru masukkan gula perang dan gula pasir.
7. Masak hingga agak gula larut dan tambah baki santan pekat dalam kotak.


TIPS: 
* Masak beberapa jam awal sebelum makan supaya lebih pekat dan sedap


 ***Jika hendak masak bubur campuran ini secara banyak- rebus kacang hijau dan kacang mata hitam secara berasingan kerana kacang ini kerana kacang hijau lebih cepat empuk berbanding kacang mata hitam


Selain daripada masak Bubur Manis macam ni
Bila semak arkib ...
Mak aku juga pernah masakasakan Indon menggunakan kacang ni iaitu LENTO KACANG TOLO @ VADAI KACANG KETUPAT kat sini...
Selain daripada tu ada juga mak aku pernah masak SAMBAL KACANG TUNGGAK kat sini...
Kacang yang sama tapi nama lain- lain
Ceritanya juga berbeza...

Ni cara mak aku makan Bubur Kacang Tolo a.k.a Bubur Kacang Mata Hitam tu
Actually ..mak aku makan bubur apapun aku tengok mak aku memang akan makan ngam cream creaker ni
Bubur Kacang Hijau ke
Bubur Kacang Merah ke
Even Pengat Pisang bagai pun mak aku akan makan ngan cream creaker..


Aku x tahu neper mak aku suka makan camtu
Mmmm...mak aku cakap kalau kat Kedah bukan takat makan bubur dengan cream creaker
Tapi ada juga sejenis lagi biskut yang memang dijadikan bubur..
Mak aku cakap biskut tu orang Kedah panggil  "ROTI KAPAI"
Haaaa....kalau kat Kedah "Roti"  mean roti atau biskut..
Mak aku cakap kalau kat Kedah biskut pun panggil ROTI
Contoh...biskut cream creaket ni dipanggil ROTI LEMAK @ROTI 4 SEGI
Kalau Biskut Marie dipanggil ROTI MERI
Roti pun panggil ROTI
Macam Roti Kaya..Roti Bakar...Roti Sandwich
Mmmmm...aku pun pelik naper macam tu..
Habis tu camaner nak bezakan ROTI dan BISKUT???
Haaa....mak aku kata hanya biskut kedai runcit yang dalam tin tu jer yang dipanggil ROTI
Kalau Biskut Raya...tetap dipanggil BISKUT
xde la plak dorang panggil ROTI
xde lah plak Roti Sampret ke @ Roti Almond London ke..
Hahahaha....
Mmmmm....
Ok....bye!!

3 comments:

  1. Mana derian tak Pon lempok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe....durian dah lama x beli..
      Lempok..ha..ah la ....mana lempok?..Lupa nak tanya mak kiter

      Delete
    2. selalu letak lempok dalam bubur kacang.. terus makan ulang ulang

      Delete