Tulang apa?
Tulang Lembu.....
Lembu apa?
Lembu Qurban......
Haaa....ni la Dalca Tulang yang mak aku masak kelmarin tu
Ala.....kan dah citer
Kisah BILA KAKAK KE KEDAI...kat sini tu
Haaa....yang mak aku suruh kakak beli barang2 nak masak Dalca Tulang
Ni la hasilnya Dalca Tulang tu
Actually Dalca tu Kari
Tapi versia campur Kacang Dal dan macam2 sayur
Haaaaa.....lately ni asyik makan Kacang Dal jerk
Hari Raya Haji mak aku masak Nasi Parpu
Parpu tu Kacang Dal la
Mak aku cakap kalau orang India dorang panggil Paruppu..
Ala....mak aku cakap yang kita makan Roti Canai Kuah Dal tu..
Guna kacang dal a.k.a Parpu
Mak aku cakap Dalca akan lebih swdap kalau guna tulang.
Tapi mak aku kata Tulang Lembu la yang sedap tu..
Kalau Tulang Ikan ker...Tulang sotong ker aku x tahu...
Tapi mak aku cakap ada juga yang masak Dalca campur ayam bahagian bertulang macam tulang rangka ayam
Ada juga yang hanya masak Dalca dorang skip daging dan hanya guna sayur sayuran
Itu versi vegetarian la
Banyak mak aku masak Dalca Tulang
Kata mak aku biar puas makan sebab tulang2 fresh ni dari lembu qurban Hari Raya Haji nyer
Mak aku cakap Dalca ni kalau kat Kedah selanya dihidangkan bersama Nasi Daging
Selain daripada tu sedap dimakan bersama Pek Nga..
Pek Nga?
Pek Nga tu mak aku kata singkatan daripada Tempek Belanga a.k.a Lempeng
Tapi yang aku perasan kalau mak aku ada beli Nasi Tomato yang ada dalca sekali
Selalunya mak aku frozenkan dalca tu untuk makan ngan Roti Canai
Sedappp....
Ni pun mak aku cakap nanti nak bungkus dan frozenkan untuk stok makan ngan Roti Canai
Mmmm....sedap baq ang..!!!
DALCA TULANG
1 kg tulang + daging- rebus empuk
1/2 cawan kacang dal- rebus 3/4 masak
2 biji kentang
1 batang carrot
1 biji terung ungu
1 biji tomato masak
1 cili merah
10 cili api hijau
2 paket rempah kari daging
1 cawan santan pekat + 3 cawan air(
(boleh tambah air ikut kepekatan kuah)
1 sudu kerisik(opsyenal)
1 sudu garam
1/4 cawan minyak
Bahan Tumis:
1 bawang holland - cincang
2 bawang putih
1 tangkai daun kari
1helai daun pandan
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1. Tulang dan daging direbus hingga daging nampak tanggal dari tulang
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga harum.
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1 cawan air dan masak hingga naik minyak
4. Setelah naik minyak,masukkan tulang dan daging bersama air rebusannya
5. Masukkan juga kentang yang dipotong wedges,carrot,terung dan kacang dal yang sudah direbus 3/4 masak
6. Setelah terung empuk masukkan garam
7. Tambah cili merah,cili padi dan buah tomato.
8. Sesuaikan rasa
Ni la bahan sayuran nak masak Dalca tu
Tulang perlu direbus dulu supaya dagingnya lembut
Cara nak tahu daging dah lembut...ialah dengan melihat daging2 mula lekang dari tulang..
Tujuan sirebus supaya dagingnya lembut dan jus dari tulang menghasilkan air rebusan yang berperisa
Haaaaa...dengar tu pesanan mak aku
Mak aku cakap rebua tulang nak bagi daging yang lembut
Bukan tulangnya..
Tulang tu xkan nak lembut..
Masa menumis....
Mmmmmm...satu rumah bau harum
Mak aku cakap bau daun kari vs pandan memang sangat ngam
Rempah Cap O
Rempah import dari Kedah ooooo
Orang utara bila cakap selalu sebut oooooo
Sedap ooooo...
Syok ooooooo...
Hahahaha...
Mak aku pesan kalau tumis rempah kena bagi naik minyak baru kari rasa sedap sebab rempah karinya sudah dimasak dengan semourna
Kata mak aku kalau nenek plak pesan..
Masak rempah kari MESTI dengan api yang sangat perlahan hingga naik mingak supaya rasa kari lebih sedap
Kerisik
Ni stok kerisik yang nenek bekalkan untuk Bulan Puasa hari tu
Kata mak aku kalau nenek masak Kari Daging atau Kari Ayam nenek akan letak kerisik
Kari ikan xde la letak
Hanya kari ayam,daging dan pajeri akan diletak kerisik
Kentang ni mak aku cakap kena guna kentang yang warna kuning
Kalau guna kentang putih jenis russet tu mak aku cakap dia terlalu lembut swlwpas empuk dan mudah hancur..
Sebab tu kentang tu lebih sesuai untuk whip potato
Haaaa....tu lah yang aku dwngar mak aku cakap kat kakak
Carrot
Terung
Pesan mak aku..
Sayur sayuran kena potong besar2 untuk mengekalkan bentuk sayur dan mengelakkan dari sayur hancur kerana dalca dimasak agak lama
Kacang dal pula mak aku pesan suruh rebua 3/4 masak sebelum dimasukkan salam dalca..
Kenapa kena rebus 3/4 masak?
Mmmm...mak aku cakap kalau masukkan kacang dal mentah nanti kuah dalca akan berubah rasa kerana bau kacang dal
Kalau rebus 1/2 masak pula nanti kacang dal z cukup empuk
Kalau rebus hingga empuk pula nanti kacang dal akan terlalu empuk sebab akan dimasakkan sekali lagi dalam kuah dalca & bila dipanaskan berylang kali kacang dal akan hancur dan kuah salca akan jadi terlalu pekat macam kuah roti canai
So,mak aku kata kalau rebus 3/4 empuk lebih sesuai kerana bila dimasak dalam.kuah dalca kacang akan masak sepenuhnya
Mak aku cakap itu petua dari Jamies Oliver untuk masak pasta
Mak aku cakap Jamies Oliver selalu pesan jika nakmasak pasta dalam sos...
Jika arahan pada pack.pasta suruh rebus 7 minit..
Kita hanya perlu rebus 5 mimit dan 2 minit lagi diselesaikan dalam kuah atau sos..
Haaaa...jangan x tahu mak aku peminat Jamies Oliver
Aku ngan kakak lebih suka Anna Alson sebab suka tengok Anna Alson masak biskut..kek..dessert yang cantik2 dan nampak sedap..
Bila kuah sudah masak mak aku pesan supaya kecilkan api dan biar mendidih perlahan beberapa minit supaya kuah jadi naik minyak dan cantik
Kata mak aku itu tips yang nenek perturunkan untauk masak kari
Tomato dan cili dimasukkan akhir sekali supaya tomato x hancur dan bau cili kekal dalam kuah
Ok dah ciap....
Mmmmm...My Mom Dalca Tulang
sedap nya.. nanti balik nak masak dalca la...
ReplyDeleteHeeeeee...cedap3..
ReplyDeleteMesti sis nor pun peminat kari ni
Masak tau...
tak sempat.. sebab makan simple dulu... sebok.....
ReplyDeleteNk tny anyone yg tau kalau sy terbuka cempedak yg baru nk masak n trus masuk bekas mcm mne ye? Nk tnggu or mmg xkn masak? Sbb hr tu nk belah sbb mcm ade bau tp bila bkk xfully masak lg🥲
ReplyDelete