Cekodok Pisang Bulat-bulat
Haaaa...ada ke cekodok pisang epat segi?
Semua cekodok pisang pun memang bulat-bulat kan...
Haaaa.....
Cekodok ni mak aku masak pagi Ahad
Untuk kakak ngan abang
Sebab apa bukan untuk aku?
Sebab hari Ahad aku x sempat nak bekpes
Kena gi sekolah awal cam biasa kerana ada hari uasahawan
Attendance lak cikgu amik sebab nanti hari Isnin Cuti Peristiwa
So,kena la gi awal
Tak sempat nak makan cekodok pun
Malas nak baa bekal sebab dah plan nak berbelanja makan-makan kat Hari Usahawan tu
Kupon setiap orang wajib beli minima RM15
Mmmm.....kalau makan kat luar dah boleh dapat Nasi Arab Lamb dah tu
Atpi dah nama pun Hari Usahawan sekolah
Memang makanan mahal la
Tapi cekodok ni aku dapat juga makan masa petang
Balik dari Hari usahawan lpas dah gi CS tengok Missio Imposobble 3 tu kan x sempat nak makan
Balik kat umah mak aku ada masak Kaeng Som Ikan Siakap
Pastu makan lak cekodok pisang ni
Heeee
Aku suka cekodok pisang yang mak aku masak sebab ringan macam bola
Hahaha....actually isi dia yang ringan macam kek..
Rasa isi dia pun mac kek pisang
Kulit diankalau masa panas mmmm rangup
Bila sejuk pun still sedap cuma x la rangup lagi
Tapi more tu lembut macam kerak kek pisang...
CEKODOK PISANG
5 biji pisang masak ranum
(jadikan 1 cawan pisang lenyek)
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar butter/ marjerin
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh bikarbonat of soda
Minyam untuk goreng
1. Lenyek pisang hingga halus berkrim
2. Tambah garam,soda,butter dan gaul rata.
3. Masuk tepung sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut TAPI bukan lembik.
***Adunan hendaklah kental supaya tidak terlalu menyerap minyak bila digoreng
4. Panaskan minyak dan jemputkan menjadi bulat2 dan goreng sambil dibalik2kan hingga garing
Mak aku cakap ada pisang yang bila dah lenyek dia jadi gelap
Ada jenis pisang yang still putih jer
Lagi 1 mak aku cakapnkalau guna pisang cavendish macam yang selalu jual kat Giant tu...isi pisang tu lebih berair...
So kena guna tepubg lebih
Tapi kalau pisang emas atau pisang awak macam ni mak aku cakap lebih padat dan kena lenyek tu lebih skit...sampai naik muscle
Hahaha...kalau nak sado...kena banyak lenyek pisang ni..
Ok....cekedaud ..
Cekodok....
Haaaa....macam sama jer bunyi dia
No comments:
Post a Comment