Sunday, 19 August 2018

SANDWICH vs KOPI CAP GANTANG

Sandwich vs Kopi O Cap Gantang
Siap ngan coffee brand sekali
Hahaha....sebab mak aku cakap Kopi Cap Gantang tu sedap
Kataak aku Kopi Cap Gantang ni memang kopi import...
Bukan import dari oversea pun
Import dari Kedah ja..
Hahahaha...


Chicken Slice Sandwich
Makan 1 set ni pun dah kenyang giler
Hari Jumaat pun bawa bekal Chicken Slice Sandwich ni jugak
Bawa 3 set
1 makan dalam kereta buat breakfast
2 lagi buat bekal waktu rehat
Tapi cam biasa la waktu rehat aku hanya makan 1 jer..1 lagi kawan2 aku la kongsi ramai2
Tapi yang xleh blah diorang siap merungut lak..
Sebab sandwich ni mak aku buat 2 layer
Dorang cakap susuah nak koyak2kan untuk bahagi sebab inti dia tebal
Haaaa......nasib la..
Yang satu lagi aku makan sengsorang  ok jer..
Hihihihi.....


Hari Jumaat breakfast sandwich ni
Hari Sabtu pun breakfast sama gak

SANDWICH AYAM(1 set)
3 keping roti
2 chicken slices
2 helai daun salad
2 slice tomato
1 sudu mayonis

1. Sapu mayo nipis2 pada roti
2. Ambil sekeping roti letak chicken slice,tomato dan salad..tambah sikit lafi mayonis supaya lembab
3. Lapiskan sekeping lagi roti dan letak inti yang sama
4. Akhiri dengan sekeping lafi roti..
   Roti...
   Inti
   Roti
   Inti
   Roti



Sos yang warna oren tu cheese mayo
Mak aku campurkan mayonis dengam Jelopeno cheese powder dan simpan dalam botol..
Aku suka cheese


Chicken Slice Sandwich vs Kopi Cap Gantang


Ni la Kopi Cap Gantang fav mak aku tu
Mak aku cakap kalau kat Kedah ..
Ni antara kopi yang famous la
Ni stok kopi beli kat Pekan Rabu masa balik Raya Puasa
Mak aku cakap dah tinggal sikit..
Yer lah....nanti balik Raya Haji boleh beli lagi buat stok..
Sebab kakak pun dah suka kopi tu


Kata mak aku Air Kopi O lebih sedap dibancuh dengam brown sugar
Mak aku kata rasa dia lagi pekat dan manis dia x tajam...
Haaaa......aku memang xleh nak faham apa yang mak aku cakap about taste kopi tu
Pekat tapi x tajam ...
Camaner tu..?
Ntah....aku rasa sama jer..
Heheeee.....

KOPI O GULA PERANG(1 mug)
2 sudu teh serbuk kopi
1 mug air panas baru mendidih
2 sudu gula perang

1. Dalam bekas lain masukkan serbuk kopi dan gula perang..Kacau rata

  • 2. Tuangkan air panas dan tutup bekas.Biar 2 minit supaya rasa kopi terseduh supaya rasa dan bau kopi terperangkap dalam air

3. Kacau dan sesuaikan rasa
4. Tapi ke dalam mug



Sampai sekarang aku masih x berani nak bancuh kopi sendiri
Sebab aku rasa mac susah..
Kalu teh...milo..susu..horlick..bagai tu aku memang bamcuh sendiri
Kalau kopi memang aku x pernah buat..
Kalau tingin nak minum aku hanya akan tumpang cawan mak aku..
Lagipun kalau tumpang minum jer untung skit..
Takyah basub cawan..
Hahahahahahahahahahahaha..
Ok..bye..!

2 comments:

  1. salam,

    selalunya kalau sebut chicken sandwich dah cukup. Tak yah slice.. lgipun nak buat sandwich tu memang kena potong potong etc. bukan terus letak sekor terus.

    omputih kalau dia panggil ayam panggang roast chicken aja.Lain contoh...
    roast potatoes,roast beef, roast pork, roast nuts and etc.
    Dia tak tulis title roasted potato etc etc.

    Btw "Tapi yang xleh blah diorang siap merungut lak.. "

    Ceit sungguh kurang sopan...kalah anak anak piranha..

    setiap bandar di negeri malaysia ada penanam kopi ...maka setiap negeri ada special kopi produced locally. Melaka cap tupai, muar 434(can remember the number to be exact hahah),taiping, kedah dan macam macam lagi hasil keluaran...

    "Kalau tingin nak minum aku hanya akan tumpang cawan mak aku.."- la ni pun nak kira cuci cawan ka?



    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak ...
      teacher nor dah masuk class la..
      Hahaha...tq sis nor betulkan bi kiter...
      Hehehe....
      Cawan kopi leceh nak basuh....heeee
      Kiter baru sampai kampunggg....

      Delete