Friday 1 December 2017

VADAI KACANG KETUPAT ( LENTO KACANG TOLO)

Vadai Kacang Ketupat
Nama asalnya Lento Kacang Tolo
Salah satu masakan dari Indonesia..
Haaaa...minggu Kacang sedunia
Asyik menu kacang sahaja sejak minggu lepas
Mmmm...mak aku cakap sebab nak clearkan Kacang Mata Hitam yang sudah mula dimasuki Kutu Beras
Minggu lepas mak aku masak BUBUR KACANG MATA HITAM..kat sini
Sebelum ni pun mak aku ada masak BUBUR KACANG KETUPAT kat sini...
Dua hari lepas masak SAMBAL KACANG TUNNGGAK DENGAN HATI DAN LIMPA kat sini
Hari ni lak masak  LENTO KACANG TOLO 




Lento Kacang Tolo nama salnya
Vadai Kacang Ketupat mak aku yang bagi nama sebabbau dia dah berubah macam bau vadai
Kalau di Malaysia Kuih Vadai Kacang Dal memang popular
Walaupun itu kuih istimewa kaum India
Tetapi kat Malaysia kan berbilang kaum
Makanan menjadi salah satu cabang perpaduan..
Haaa...ni ayat yang cikgu ajar untuk buat karangan "Cara Menyemai Semangat Perpaduan Dalam KAlangan MAsyarakat Berbilang Kaum di Malaysia"
Tapi hari tu soalan tu x naik pun..
Yang naik ialah Faedah Buah-buahan Tempatan..
Haaa...makanan juga tu



Lento Kacang Tolo
Yang dah jadi Vadai KAcang Ketupat ni aku hanya makan seketul jer
Sebabnya ada bau cekur dalam tu
Aku dah la x minat sangat kacang
Pastu mak aku letak lagi bawang putih dan cekur
Mmmm...aku rasa sedap
Tapi x boleh nak makan lebih bila ada bau cekur
Mak aku lak cakap...bau cekur tu yang sedap...
Mmmm aku x gang ar bab tu
KAta mak aku mungkin  dalam resp Indon dimasukkan cekur dalam Lento ni kerana makanan jenis kacang biasanya makanan berangin
Cekur dan bawang putih pula manjadi penawar herba untuk buang angin dlam badan
Mmmm...mak aku cakap orang Indon memang kreatif dalam mempelbagaikan makanan dari hasil pertanian
Banyak jenis juga nama makanan exotic Indon yang mak aku cakap dah pernah makan
Antaranya Tewol Ubi Kayu..Gadungan..Tahu Bacem dan apa lagi entah,,,aku pun x pernah dengar nama maknan yang mak aku sebut tu..

Kacang Tolo
Selain daripada Kacang Tolo  ..kacang ini juga dikenali sebagai :

1. KACANG MATA HITAM-
     Tu nama dalam mykad dia kot..ha3

2. KACANG KETUPAT-
     Mak aku cakap nama ni mungkin sebab
     dicampur dalam ketupat pulut

3. KACANG TUNGGAK
     Itu panggilan dari sesetengah orang Indon.
     Mungki  tumggak tu ada maksud lain dalam
     bahasa Indinesia

4. KACANG OTO
    Pun nama yang dipanggil oleh sesetengah
    tempat di Indenesia..Mungkin oto tu ada
    maksud lain

5. KACANG PUTIH
    Mungkin sebab warnanya putih

6. KACANG BIJI
    Itu panggilan dari orang kampung Aunty Ogy

7.  BLACAK EYE PEAS
     Tu nama in English


Resepi Lento Kacang Tolo asalnya idea LENTO DARI KACANG TUNGGAK disini...
Tetapi mak aku cakap dah ubahsuai sikit bahan campurannya iaitu tepung ,cili  kering,daun limau purut diganti daun kari
Sebab it nama pun dah jadi VAdai Kacang Ketupat
Kerana baunya dah berubah bau vadai versi Malaysia



VADAI KACANG KETUPAT a.k.a. LENTO KACANG TOLO
1 cawan kacang ketupat- rendam dan rebus
1/2 cawan tepung ubi ( boleh ganti tepung gandum)
1/2 sudu teh garam1/2 sudu teh gula
1 tangkai daun kari-gunting halus
3 cili kering-gunting halus
2 biji cekur - tumbuk ( jika x suka abaikan sahaja)
2 ulas bawang putih - tumbuk
Minyak untuk goreng



 

1. Kacang Tolo a.k.a Kacang ketupat direndam semalaman dan direbus  hingga mendidih.
    (Jangan sampai terlalu empuk)

2. Tumbuk kacang tolo agak-agak hancur tetapi masih kasar



3. Tumbuk pula cekur dan bawang putih


4. Daun kari dan cili kering digunting halus

5. Campurkan kacang tolo tumbuk,garam,gula,cekur dan bawang putih tumbuk,daun kari dan cili kering gunting,tepung ubi dalam 1 bekas yang agak besar supaya senang digaul


6. Gaul semua bahan tadi sehingga agak-agak boleh dikepal



7. Bahagikan kepada bebola yang sama saiz sebesar limau nipis



8. Leperkan seperti vadai kacang dal



9. Panaskan minyak dan goreng kuihi sehingga garing kedua-dua belahnya




MAkan panas-panas bersama minuman panas

No comments:

Post a Comment