Friday 24 January 2020

NAAN PARATHA KUAH DAL SARDIN


Naan Paratha vs Kari Dal Sardin..
Semalam  nyer breakfast & bekal


Semalam sekolah dah start cuti untuk CNY rupanya..
Hmmm... Sejak dah habis sekolah.. tarikh pun dah x hengat..
Apa lagi cuti
Sebab setiap hari pun cuti kannnn
Hahahaha..
Eh.. CNY kan Sabtu..?
Awalnya sekolah cuti..
Heeeeee....
Dolu masa sekolah memang nak cuti banyak
Sekarang boleh buat-buat tanya la plak.
Heeeee

Mak aku masak Naan Paratha


Kuah dia Mak aku kata ni kuah Kari Sardin +dal..
Sedap wei...

Aku makan sampai x hengat
Eh... Masih hengat lagi la
Aku makan 2 keping jew
Sebab bila dah kembang dalam pewut
Rasa kenyang giler



Banyak gak mak aku simpan untuk aku
Mmm memang x habis la nak makan wei


Pergi dapur  tengok mak aku tengah gelek roller  pin nak  flat kan dough ni dah macam mak Arab
Hahaha...

Ni mak aku cakap untuk bekal abang..
Aku baru jer sudah iron uniform abang..
Hmmm.. Huntong la abang tu
Baju mak aku basuh
Pastu aku yang iron...
Hari tu masa belum dapat uniform.. tei pun aku yang ikatkan
Abang kata abang x reti nak ikat tei..
Kalau abang ikat mesti senget benget.
Tapi tu la..
Kalau ngan abang ni aku malas nak berkira sangat
Coz setiap kali gaji abang akan belanja aku. Belanja makan..
Tengok movie...
Kalau balik kerja pun abang selalu call tanya aku nak apa..
Kadang aku paw jer burger la.. tealive bagai
Hehehehe...
Win win la kan...

Mak aku selalu isi extra untuk bekal abang..
Mak aku cakap sebab orang lelaki selalunya makan ramai-ramai
Bukan macam pompuan, selalu makan sendiri-sendiri..
Ye ker macam tu??
Mmmm.. whatever lah


Kuah pun banyaknya mak aku isi untuk abang
Abang kata memang makan ramai-ramaipun...
Abang kata macamana nak makan sorang sebab dalam kelas x boleh makan..
Kena makan waktu break jer kat cafe..
So.. Share la bekal
Nasib la siapa yang duduk sebelah abang dapat la share bekal

Ni bekal kakak...
6 keping



Abang nyer 7 keping


Resipi & step by step dari old post
KAT SINI.....



ROTI PARATHA.... by mak aku
3 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin/ butter/ minyak – untuk dough
1 sudu teh yis mauripan
1 cawan air suam
2 sudu susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu marjerin/ butter- untuk glis
1. Campur tepung,garam,dan yis mauripan serta gaul rata
2. Tambah marjerin dalam tepung tadi dan gaul ramas hingga jadi berbiji halus
3. Bancuh susu pekat dengan 1 cawan air suam
4. Guna susu suam tadi untuk uli tepung hingga dapat dough seperti dough roti
5. Biar dough mengembang lebih kurang 15 minit
6. Bahagikan kepada 10-12 ketul. Bulatkan doh dan biarkan lagi selama 15-20  minit
7. Gelekkan setiap bagaian doungh  tadi hingga agak nipis anggaran ½ cm
8. Panaskan kuali dan sapu sedikit sahaja marjerin supaya tidak melekat
9. Bila sudah panas,letakkan sekeping adunan tadi dan tutup kuali
10. Bila nampak roti semakin naik dan bawahnya nampak garing,balikkan sbelah lagi dan masak kedua-dua belah roti hingga bewarna keemasan,
11. Sapu marjerin pada kedua-dua belah permukaan roti dan  hidangkan panas-panas bersama kuah

KARI DAL SARDIN
1 tin kecil sardin 
1 cawan dal - rendam semalaman
1 paket kecil rempah kari ikan
1/2 kotak santan + 4 cawan air
1 sudu garam
1 asam keping
2 sudu minyak
1/2 bawang holland cincang

1. Rebia dal dengan 2 cawan air hingga empuk. 
2. Panaskan minyak & tumis bawang cincang
3.Masukkan serbuk kafo yang dibancuh dengan 1/2 cawan air & masak hingga naik minyak
4. Masukkan sardin. Ersama sosnya, garamd asam keping. 
5.Masukkan dal bersama air rebusan dal & kacau rata
6. Tambah santan + air &. biar mendidh hingga sebati
7. Sesuaikan rasa & siap

**Tips.. Kuah lebih sedap jika dimasak sejak beberapa jam lebih awal atau dimasak waktu malam untuk hidangan gi supaya rasa lebih sedap


4 comments: