Saturday, 11 January 2020

NASI LEMAK KUNING SAMBAL DAGING

Nasi Lemak Kuning Bungkus Surat Khabar...
The famous Nasi Lemak @ Kedah..
Tapi ni Nasi Lemak Kuning Bungkus Surat Khabar @ KL

Ni bukan kat kedai tau
Ni atas meja makan in my house
Haaaa....
Sarapan & bekal  semalam nyer semalam
Hari Khamis la
Sarapan tu untuk aku
Bekal tu aku dah masuk list dah
Hahahaha



Nasi Lemak Kuning

NASI LEMAK KUNING KEDAH..cara mak aku
3cawan beras( sebaikknya beras jenis nasinya lerai)
3 cawan air( ikut jenis beras)
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula( opsyen)
1sudu teh serbuk kunyit( yang ni guna pewarna kuningvtelur star brand 1/2 sudu)
1 daun pandan simpul
2 sudu minyak+ 1 sudu merjerin
Bahan Tumis:
2 biji bawang merah keecil- hiris
2 ulasa bawang putih- hiris
1 batang kulit kayu manis ( anggaran 3cm)
5 biji buah pelaga
2 kuntun bunga lawang
10 bunga cengkih
1/2 sudu besar lada hitam biji
1 helai pandan digunting2

1. Panaskan minyak+ marjerin dan tumiskan bahan tumis hingga harum
2. Masukkan 3 cawan air( ikut beras). Kalau nak cepat..masukkan air panas baru mendidih
3. Tuang kan dalam rice cooker dan biar mendidih semula.Tambah garam,gula dan pewarna kuning
4. Semantara tu basuh beras dan toskan.
5. Bila air tumis dalam rice cooker dah mendidih baru masukkan beras dan pandan simpul..
6. Tanak hingga masak dan lerai2kan nasi semasa masih panas supaya terlerai cantik

***Step by step dah pernah post NASI LEMAK KUNING BUNGKUS SURAT KHABAR.. kat sini..



SAMBAL DAGING ...mak aku
1 kg daging
1 serai
1 asam keping
1 sudu  garam
1 sudu makan gula melaka
1/2 cawan minyak
Bahan Blend:
20 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
3 hiris lengkuas
1 serai
1 ketul kunyit

1. Rebus daging hingga empuk dan hiris nipis.Simpan air rebusan
2. Panas minyak goreng kentang dan ketepikan
3.Tumis bahan blend hingga naik minyak
4. Masukkan air rebusan daging,serai,asam,garam dan gula melaka
5. Bila pekat masukkn daging rebus yang sudah dihiris
6. Masak hingga naik minyak semula dan sesuaikan rasa

Pic gelap gelita opkos by mak aku🤭
Sambal mak aku cakap masak sesiap waktu malam
So, pagi just masak nasi
Takdelah kelam kabut...
Telur pun rebus sesiap waktu malam


Nak masak nasi pun mak aku cakap kena la bangun awal..
Sebab nak masak nasi
Nak bungkus nasi lagi..
Aku tak tahu setiap hari mak aku bangun pukul berapa..
Sebab masa masih sekolah mak aku akan kejut aku pukul 6. 00 pagi
Masa tu semua bekal dah siap...
Now, sejak 2020 ni jadual lewat skit..
6.20 baru mak aku kejut aku & pastu
Bam... bam.. bam... Macam nak roboh bilik abang kena ketuk ngann mak aku....
Sambil abang bangun gosok mata cari pintu bilil air...
Biasanya mak aku dah siap nak gerak dah...
& yang pasti aku dah boleh hafal pesanan mak aku...
Ayat yang sama setiap pagi..
"Sarapan ada atas meja/atas dapur . Nanti makan
Bekal yang ni untuk abang
Bekal yang tu untuk kakak..
Apa2 hal call.. 
Kalau whatsApp nanti x dengar" 
Sambil pakai kasut sambil mak aku akan bla..bla...bla...bla..... sampai la aku tutup pintu..


 Ni la Nasi Lemak Kuning Sambal Daging

Yang dalam pinggan untuk sarapan
Yang lain tu untuk abang ngan kakak bawa bekal
Kakak nyer 2
Abangnyer 4
Mak aku cakap suruh abang bawa extra nanti bagi kawan...
Tapi masa abang gi kerja aku tertidur lepas solat..
Sedar-sedar kakak kejut cakap dah nak gi kerja...
Tengok bekal abang dah tersalah amik bekal kakak.. Yang 2 bungkus nyer
Kakak pun nak bawa 2 bungkus jer
Lepas kakak gi kerja baru aku sarapan



Buka jer bungkusan.....
Huh... Bau diaa
Harummmmm

Sambil whatsApp mak aku nak citer pasal tertukar bekal...
Mak aku sent pic ni...
Rupanya mak aku pun tengah makan bekal😅😅


Nasi Lemak Kuning Sambal Daging...

No comments:

Post a Comment