Saturday, 4 January 2020

LAKSA KUAH LEMAK UTARA vs TELUR PINDANG SELATAN


Laksa Lemak Utara
Mak aku masak ssmalam nyer semalam
Heeee... Senang cakap hari Khamis la..
Mak aku masak laksa ni untuk dinner

Hari cuti Tahun Baru tu lagi mak aku cakap teringin nak makan laksa
Pastu nampak mak aku rebus ikan kembung
Tapi x jadi laksa pun
Sebab hari Tahun Baru tu mak aku masak Padprik Ayam
Kata mak kalau masak laksa kena masak nasi juga coz abang x makan laksa
Rupanya hari Khamis mak aku masak laksa ni untuk diner

Laksa Lemak Utara vs Telur Pindang Selatan
Haaaaaa.. Panjang kan nama dia
Actually nama dia Laksa Lemak Utara je
Telur Pindang tu nak kasi panjang nama jer

LAKSA KUAH LEMAK UTARA
1 paket laksa kering jenis halus
Bahan Kuah:
1/2 kg ikan -agak-agak 5 ekor ikan selayang
(rebus bersama 3keping asam gelugur)
1 labu bawang besar
1 cawan santan pekat
9 cawan air(sebagai panduan- boleh adjust)
1paket kecil rempah kari ikan(1 1/2 sudu besar)
5 asam keping
1 bunga kantan @5 tangkai daun kesum
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu minyak
Garam secukup rasa

Bahan Ulam:(ikut pilihan sendiri)
- daun selom
- daun putat
- Timun
- bawang besar
- cili padi
- Limau nipis
1. Ikan diasingkan tulangnya..
    - Blend isi ikan dengan 4 cawan air.Ketepikan
    - Blend pula tulang2 dan kepala ikan dengan 3
      3 cawan air..tapis dan campur dalam isi ikan
      untuk mudah agak kepekatan kuah nanti.
  
2. Blend pula bawang besar dengan 1 cawan air hingga halus..ketepikan
3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.Kemudian masukkan serbuk kari dengan 1 cawan air ..Masak hingga naik minyak..
4. Masukkan bawang blend dan biar mendidih sekejap supaya sebati dengan serbuk kari.
5. Masukkan bahan isi ikan yang diblend dan masak lagi hingga mendidih.Masukkan juga asam keping,garam dan bunga kantan.

6. Masukkan santan pekat dan kacau sebati..
    Biar mendidih perlahan dan rasa asam garamnya..jika kuah terlalu pekat tambah air panas...kerana kuah x perlu terlalu pekat..Bila sejuk kuah akan jadi semakin pekat.

Sebab Laksa Lemak ni versi utara nyer
Telur tu plak mak aku kata versi selatan


Hari Khamis tu juga mak aku ada bawa balik 2 biji Telur Pindang ni
Ni mak aki
Haaaa... Minggu ni minggu telur pindang
Hari tu mak Wana bagi 5 biji telur pindamg ni...
Yang 2 biji ni plak mak aku cakap mak pengantin MAKAN KENDURI PENUTUP 2019..yang kasi..
Laaaa...naper x kasi jer hari kenduri?
Mak aku kata sebab mak pengantin tu cakap Telur Pindang tu dibawa khas dari Johor & stok x banyak
Hanya sedara mara & sesetengah jer yang akan dapat termasuklah mak aku
Oooo... Kiranya siapa dapat kira special la
Hahaha....
Biar la kalau aku x dapat pun
Aku xsuka pun telur pindang ni
Mak aku yang suka sangat
Makan penuh feeling

Siap makan ngan laksa laktu
Mak aku cakap jap lagi nak masak maggi jer untuk dinner abang...
Sebab abang x makan laksa ni


Sekali abang balik dari akademi bawa 
DURIANNNNNNNN.... 
😍😍😍😍😍😍

Abang beli 2 biji durian...
Ni dah siap kopek..
Abang masuk rumah...
Bau durian melekat kat baju
Mak aku cepat2 kopek (ops.. Bukan kopek tapi cekah durian)
Pastu terus suruh abang buang sesiap kulit durian tu..
Nanti abang juga yg pening kalau 1 rumah bau durian
Coz abang memang x makan durian mentah
Kalau kuah durian abang makan
Tapi kalau durian fresh ni abang kata busuk
Hahahaha... Yang kuah durian tu x busuk kew..?
Anyway TQ abang sebab belikan durian untuk aku
Abang tahu aku hantu durian..
Pernah sskali tu musim durian mahal
Abang tetap belikan sebiji untuk aku
Abang kata harga dia boleh cover duit minyak motor abang untuk 1/2 bulan
Hehehehe

1 comment:

  1. Terimakasih sudah berbagi info dan resepnya,.
    Kunjungi juga http://bit.ly/31z54Ax

    ReplyDelete