Thursday 9 January 2020

NASI GORENG CILI PADI vs SUP SAYUR SEDAP

Masuk 2020 mak aku cakap dinner makan simple2 jerk
Sebabnya now semua ada
Abang sejak masuk akademi dah office hour
Kakak pun dah kerja sementra nak tunggu konvo.
Aku..?
Heee... tanam anggur jer ler sebab  xleh nak kerja lagi.. tengah proses nak amik lesen
So... now semua dapat dinner sama-sama.
Pagi2 semua bawa bekal
Sebelum maghrib semua dah sampai rumah...
makan sama-sama
Dah macam zaman sekolah lak...
Bezanya masa sekolah.malam pakat buat homework
Jaman now, lepas makan semua masuk masuk bilik layan handphone


Nasi Goreng Cili Padi
Malam  semalam nyer dinner
Isnin malam


Nasi Goreng Cili PAdi vs Sup Sayur Sedap
Haaa...namnya Sup Sayur Sedap
Sebab Sedapppppppp
Hahahaha


Nasi Goreng Cili Padi
Nampak budus jerk
Tapi dia nyer aura
Hahahaha...sedap giler baq hang..!!!
Kakak sampai bertambah makan
Aku pun kalau ikut hati nak tambah
Tapi ngenangkan muka dah mola bolat,x jadi la
Hihihihihi
Badan aku x naik pun
Tapi pipi aku dah macam pau
Semua yang dimakan naik jadi kologen kat muka
huhuhuhu

NASI GORENG CILI PADI
4 cawan nasi
3 sudu minyak

Bahan tumbuk
15 cili padi hijau
1/2 cawan bilis
1/2 bawang besar
3 bawang puti1 sudu teh garam

1. Panaskan minyak & tumis bahan tumbuk
2.Masukkan nasi & gorng & gaul hingga berasap
3.Sesuaikan rasa

Bahan Tumbuk untuk Nasi Goreng Cili Padi


Seperiuk Sup Sayur Sedap
Pun nampak budus jerk
Tapi dia nyer sedap
Takleh bawa bincang


SUP SAYUR SEDAP
15 biji bebola daging
1 ikat sawi putih
1 bawang holland
3 bawang putih
1sudu teh garam
1 sudu minyak
1 sudu serbuk lada sulah

1. Panaskan minyak & tumis bawang hollad & bawang putih
2. Masukkan bebola daging & goreng sekejap
3. Masukkan 4 cawan air & masak hingga mendidih
4. Tambah garam,lada sulah & masukkan sawi
5. balik-balikkan sawi sekejap sahaja & sesuaikan rasa



3 pinggan nasi goreng
Haaa...abang xnak makan
Sebab abang nak gi main badminton kat akademi


Sup pun 3 jer
rugi abang x makan sedappp


Sorang sepinggan nasi goreng cili padi
Sorang semangkuk sup sayur

No comments:

Post a Comment