Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Friday, 24 January 2020
MACARONI SARDIN
Macaroni Sardin.
Sarapan& bekal hari Selasa
Sarapan aku pun sama la
Makan Mac sardin ni
Tak dapat Mac & Cheese
Dapat Mac & Sardin pun boleh laaaa
Kan.....
Rezeki..
Alhamdulillah..
Bekal abang
Bekal mak aku
Bekal kakak
MACARONI SARDIN
1pack mini macaroni
(guna mini mac lagi cantik
Kalau mac biasa tu nanti kembang besar)
2 tin sardin/macerel
2 pokok daun sup:cincang
1 sudu garam
1 sudu lada sulah
1 sudu chilly flakes(boleh tambah jika nk. Lg pedas)
3 sudu minyak
1 bawang holland-cincang
3 bawang putih - cincang
1. Jerang air untuk rebus macaroni
2. Panas minyak & tumia bawang holland & bawang putih.
3. Bila harum masukkan sardin & sosnya. Sementara tu rebua macaroni hingga lembut
4. Tambah garam, lada sulah ke dalam sos sardin & masak hingga naik minyak
5. Tapis macaroni & masukkan kedalam sos yang sedang mendidih
6. Gaul rata & taburkan chilly flakes..
7. Sesuaikan rasa & tabur daun sup cincang
Cam biasa dlam pukul 10 mak aku akan callupdate tengah makan bekal & tanya dah makan ke belum.. Dah mandi ke belum....
Mak aku mesti lupa yang aku dah habis sekolah la
Mak aku selalu ingat aku masih tadika..
Swlalu ingatkan suruh mandi bagai
Hahahaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wah dok bayangkan ada cheese atas tu, pasti lagi sedap 😍
ReplyDeleteKannnn...
DeleteKalau ada cheese leleh
Mmmm... Yummy
Dia ingat cuma anak anak tak buat...
ReplyDelete🤭😁😁😁😁......
Delete