Friday 31 January 2020

MEE SUAH SUP


Mee Suah Sup vs Sambal Kicap Cili Padi

 Mee Suah Sup.. Menu dinner malam tadi

 Now kan malam makan sempoi2 jer
Mak aku cakap sekara g senang nak masak menu sempoi sebab semua ada time dinner
Now punya rule, weekday adalah hari semua kena dinner sama-sama....
Weekend  boleh sukahati sapa nak makan sama ke xnak ke sebabb weekend masing-masing plan sendiri

 Kalau sebelum ni weekend la baru boleh makan sama-sama. Itupun kadang x sama sebab kadang weekend pun abang kerja sampai malam
Now, sebelum maghrib semua dah ada kat rumah
Mak aku cakap senang skit nak masak menu sempoi or menu panas sebab semua makan sama-sama sebelum maghrib
Setiap kali dinner memang feel macam iftar bulan puasa lak..

 Semalam nyer semalam, mak aku masak  kue teow sup
Malam tadi nyer mak aku masak Mee Suah Sup..
Mak aku cakap sebab pagi semua dah baaa bekal heavy.. PULUT LEMAK SAMBAL BILIS... kat sini
So.. malam kena makan yang sempoi lak
Sebab kesian kat perut.. exspecially abang
Hahaha...

 MEE SUAH SUP
2 Paket mee suah (1 paket=2 pcs)
1/2 cawan bilis goreng garing
1 kiub ikan bilis ( jika tiada bilia goreng)
20 biji fishball ( xde stok)
6 cawan air
2 sudu minyak
1 sudu lada sulah
1/2 batang carrot
3 pokok sawi
3 bawang putih - ketuk & cincang

1. Panaskan minyak & tumis baaang putih cincang
2. Masukkan ikan bilis goreng & 6 cawan air. Air kena banyak sebab nanti mee menyerap kuah.
3. Bila mendidih kecilkan api & biar mendidih perlahan anggaran 15 minit supaya semua rasa ikan bilis larut dalam kuah.
4. Masukan carrot & batang sawi & fishball
5. Bila sayur sudah lembut baru masukkan daun sawi & mee suah.
6. Kacau sekajap sahaja. Nampak sahaja mee lerai terus matikan api. Mee suah memang kena masak sekejapan sahaja
(jangan masak lama sebab mee akan kembang jadi bubur & muak)
7. Hidang dengan sambal kicap cili potong

Sambal Kicap
10 cili padi hijaug hiris
1 sudu teh chilly flakes
1 sudu gula
1 sudu cuka makan
4 sudu kicap lemak manis

* campur semua bahan sambal kicap & kacau rata


Kena makan panas-panas  sebab mew suah cepat kembang..
Tengok mak aku masak sup tu awal..
Tapi xde masuk sayur...
Hanya kuah sup bilis goreng..
Pastu tutup api..
Bila semua dah balik baru mak aku suruh panaskan ssmula sup hingga mrndidih d masukan sayur bagai semua tu.

Masa makan memang hujan lebat giler
Abang balik kerja memang basah lencun.
Hujan sejak tengah malam membawa ke sepanjang hari Rabu tu memang x nampak matahari langsung..
Sampai ke malam masa tengah makan ni pun masih hujan..
Dah lama sangat x hujan..
Sekali turun... Haaa malam membawa ke malam

No comments:

Post a Comment