Macaroni Bakar
Breakfast & bekal semalam hari Selasa
Hari Isnin xde bekal sebab semua cuti CNY
Ni cam biasa dalam pukul 10 mak aku akan sent pic by whatsApp bagtau tengah makan bekal
Mak aku nyer bekal Macaroni bakar versi mini size
Abang nyer bekal pun sama versi mini size
Tapi pic bekal abang aku x sempat snap sebab biasanya mak aku dah masukkan makanan siap2 dalam bekas bekal
Tapi semalam mak aku suruh aku sambung bakar sebab mak aku dah lambat
Nampak mak aku cungkil beberapa ketul macaroni bakar ni dari patty tin & masuk dalam bekas bekal mak aku
Mak aku kata abang nyer jangan masuk bekas lagi sebab masih panas takut berpeluh bekal tu..
Mak aku cakap nanti abang nk gerak nanti baru isi bekal
Kakak pun sama
Mak aku pesan aku isikan bekal kakak nanti
MACARONI BAKAR... mak aku
1 pack mini macaroni - rebus lembut
10 batang sosej- hiris bulat
1 bawang holland- hiris halus
2 bawang putih - cincang
1 sudu serbuk kari
1 sudu chilly flakes
1 sudu teh garam
1 cekak daun sup - cincang
2 sudu minyak
6 biji telur + 1/2 cawan susu cair +1 sudu teh lada hitam tumbuk halus
1. Panaskan minyak & goreng sosej hingga harum.
2. Tambah bawang holand & baaang putih.
3. Masuk pula serbuk kari & masak hingga naik beberapa minit
4. Campur macaroni, garam & chilly flakes
5. Sesuaikan rasa & tabur daun sup
6. Sapu loyang@petty tin muffin dengan marjerin & isikan dengan macaroni goreng tadi
7. Pukul telur + lada hitam tumbuk d tuang kedalam bekas macaroni.
8. Bakar api atas & bawah hingga nampak garing.
9. Hidang bersama cili sos
Mac dah siap goreng
Telur + susu + black pepper
Marjerin untuk gris loyang
Sapu marjerin pada setiap lubang
Voleh guna paper cup muffin untuk lebih menarik
Isikan macaroni
Tuang bancuhan telur
Jika guna cheese..
Tabur cheese @ letak beberapa cebis cheese slice
Bakar hingga telur beku & permukaan nampak garing
Biar sejuk baru cungkil
Ni yanng mak aku soh aku sam ung bakar
Mak aku soh masuk jer dalam loyang besar d curahkan telur
Lepas bakar aku boleh tertidur
Sedar2 kakak kejut nak gi kerja dah
Eh,aku belum isi bekal kakak
Kelam kabut aku gi dapur
Rupanya kakak dah potong & dah isi bekal dah pun..
No comments:
Post a Comment