Tuesday, 19 February 2019

BAKSO BEBOLA DAGING RAMLY

Bakso...mak aku masak untuk lunch hari Ahad
Sedap...aku suka..
Tapi makan berdua nvan mak aku jer...
Semua pun cuti weekend ni
Tapi semua ada aktiviti sendiri


Abang gi Sungai Congkak
Tengok abang post pic ni kat Family Group..
Bestya panas2 ni dapat mandi sungai
Abanv kata reunion ngan kawan2 kat sana..
Takkan aku nak ikut plak
Kakak plak kuar ngan kak Ziha
Tinggal aku ngan mak aku jer

 Mak aku lak sibok mengukis..


Hahaha kalau BM pu  salah..
BI pun salah..
Mana ada perkataan kukis
Cookies ada la...
Mmm...mak aku mengadao oven..
Aku mengadap mangkuk bakso


Ssbab tu pic  cantik skit
Aku yang snap..
Heeee...

Resipi just C&P jer dari entri  sebelum ni
Bezanya yang ni mak aku cakap guna meatball Ramly's brand
Ala Pak Ramly Burger tu..
Hahaha...


BAKSO BEBOLA DAGING RAMLY

Kuah:
1/2 kg tulang lembu
30 biji bebola daging Ramly
10 bawang putih
1 ketul halia
1 bungkus rempah bunjut sup tulang
2 camt serbuk lada sulah
Garam,gula
 Mee /meehun/kuey teow


Bahan Sayur Tabur
kobis hiris halus2
taugeh
limau nipis
daun sup+ daun bawang

1. Buat kuah..Rebus tulang2 dengan semua bahan kuah sampai empuk.
2. Kalau meatball tu buat sendiri @ yang mentah...masukkan skali
3. Biar sampai meatball tu masak & timbul.Bubuh garam &gula & rasa...
4. Meehun tu rendam & celur sekejap...
5. Bubuh meehun sikit je dalam mangkuk..tambah sayur2 mentah  tu & tuang kuah yang panas...
6. Hidangkan bersama Sambal Bakso


Nak makan Bakso mesti.kena ada Sambal Merah ni..
Baru up..!


SAMBAL MERAH BAKSO
1 cawan cili padi merah Bangladesh
1 bawang besar holland
2 bawang putih
1/4 cawan cuka
1/4 cawan gula
2 sudu teh garam halus
1/2 cawan air

1. Rebus cili,bawang besar dan bawang putih dengan 1/2 cawan air hingga mendidih dan bawag nampak jernih
2. Biar sejuk dan bllend  semua bahan rebus bersama airnya serta cuka,garam dan gula
3. Simpan dalam botol bertutup[.
4. Untuk tahan lebih lama simpan dalam peti ais.Lebih lama lebih sdap kerana semua bahan menjadi sebati
5. Bila jhendak makan perahkan limau nilis atau limau kasturi

Step by step buat sambal ni ada  KAT SINI....



Aummmmm...

No comments:

Post a Comment