Monday, 25 February 2019

KEK SANDWICH VICTORIA - KEK NOSTALGIA

Kek Sandwich Victoria
Mak aku kata ni kek  nostalgia..!
Mmmm..nostalgia lagi...
Apa yang nostalgianya...?


Mak aku kata nostalgia sebab mak aku kata pernah masak Kek Sandwich Victoria ni masa form2
Kata mak aku masa tu ada sunject Sains Rumah Tangga
Ada topik Kek
Mak aku kata mak aku kena masak Kek Sandwich Victoria ni
Mak aku cakap lagi ada yang kena masak Kek Sandwich Victoria ni
Ada yang kena masak Kek Paun
Dah pernah cerita about POUND CAKE kat sini...
Ada yang kena masak Kek Permaisuri
Dah post dan cerita  about KEK PERMAISURI ...kat sini....



Mak aku cakap kalau Victoria Sandwich Cake versi sekarang memang lagi rich la
Ada berries & cream yang menarik dan sedap
Tapi yang ni mak aku cakap just versi basic seperti yang diajar oleh cikgu masa tu
Masa tu bila..?
Mmmm...mak aku cakap masa form 2 tu tahun 1980-an
Hahaha....lamanya...


Kek ni dipanggil Sandwich Cake mungkin sebab dilapis macam sandwich
Ada dua lapis kek


Lapisan pertama disapu strawberry jam


Pastu letak plak lagi 1 kek



Potong dan makan lah....!
Serve with a cup of tea..
Perasan la makan cake sambil minum teh panas tepi tingkap sambil tengok snow..
Heaven..!
Hahahahaha....
Ni kalau Aqil tengok mesti Aqil suka
Aqil suka masak kek dan makan kek




Mak aku cakap mak aku just ikut resipi Butter Cake jer
So...C&P jer lah resepinya dari post sebelum ni

KEK MENTEGA SUKATAN CAWAN
1 cawan butter ( =1 ketul butter 250gm)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung + 1 sudu teh baking powder
( boleh ganti 2 cups self raising flour- tepung kek)
4 biji telur
1 sudu esen vanila

1. Kacau butter & gula hingga nampak sebati dan berubah warna menjadi keputihan
2. Pecahkan telur kedalam mangkuk lain dan pukul kembang bersama esen vanila
***Telur dipukul terlebih dahulu supaya mudah sebati dan udara dalam telur membantu kek lebih ringan.
3. Masukkan 1/4 telur pukul tadi ke dalam adunan butter dan kacau sebati..
4.Ulang tuang telur dan pukul sebati.
***Jangan dimasukkan telur sekali gus kerana  
      nanti adunan susah nak sebati dan kelihatan 
      seperti tairu yang diperah limau..iaitu tidak
      bercampur rata
5. Ayak tepung dan masukkan agak2  1/4  bahagian dan kacau lembut.Ulang hingga tepung habis.
***Tepung mesti diayak supaya tidak berketul dan sebab yang penting ialah supaya banyak udara terperangkan semasa mengayak terpung dan akan membantu kek naik cantik dan menjadi ringan .
6. Sapukan butter pada loyang kek dan masukkan adunan kek kedalamnya
7. Panaskan oven (180°) selama 5 minit dan bakar kek anggaran 45 minit hingga 1 jam.
8. Setelah nampak masak...guna lidi atau pisau kering dan çucuk dalam kek sampai ke dasar loyang..Tarik lidi dan lihat jika lidi bersih maksudnya kek dah masak
Jika masih ada kesan adunan melekit pada lidi..tambah masa memasak.
Jika permukaan kek sudah nampak mula hangus tapi dalam kek belum masak..tutup atas kek tu dengan aluminium foil dan teruskan mambakar


1 adunan tu dapat 2 bekas untuk Sandwich Cake
Loyang kek tu hari tu bulan lepas beli 1
Bulan ni beli 1
Kata mak aku x boleh beli dua-dua sekali
Naper..?
Nanti lari badget..!
Hahahaha....ingatkan ada pantang larang apa ker...!
Baki adunan tu aku minta mak aku masukkan dalam paper cup
Untuk bawa bekal sekolah
Actually ni mak aku masak hari Khamis malam Jumaat
So bekal hari Jumaat aku bawa Cup Cake ni la
Sabtu gi execise kat the Park sebab Ahad dah Sukan
Ahad sukan kat Stadiun UPNM
Heeee...malas nak citer..!
Masuk 2 x100m kalah
Masuk 4x 200m pun team aku kalah
Aku pelari ke-2
Cikgu kata aku lari dah laju
Cuma sebab relay ...kalau salah sorang pancit pun..
Habisla effect yang lain..!
Cikgu kata sepatutnya cikgu letak aku pelari ke-.....ops kalau cakap nanti kecik plak hati pelari tu
Takpe....xde rezeki nak dapat madle
Nasib baik juga bukan salah aku
Kalau salah aku yang lambat
Lagi la rasa bersalah..
Huhuhuhu
Sib baik Isnin C.U.T.I...!!!!
Yeayyyyy...!!!




Dapat 7 cup
4 Aku bawa
3 untuk kakak bawa
Abang...?
Abang makan jer Sandwich Cake tu
Hahaha
Tapi bila balik rupanya kakak x bawa pun cupcake tu
Kakak kata kalau bawa x cukup nak makan ramai-ramai ngan staff lain
Kakak kan tengah intern sekarang
So dah kira kerja la
Walaupun dipanggil inter a.k.a pakticticle


I like cake
Plain Buttercake

No comments:

Post a Comment