Tuesday, 12 February 2019

KUAH KACANG SIMPLE SEDAP

Kuah Kacang Simple Sedap
Makan ngan Nasi Impit
Minggu lepas nyer
Mak aku masak untuk brunch hari Khamis
Kat Kedah


Kakak ngan nenek la paling suka Nasi Impit Kuah Kacang ni
Kalau time bk bakik kolej kakak selalu request nk bawa nasi impit vs Kuah Kacang
Kadang Nasi Impit vs Rendang Hijau
Mak aku citer dolu2 nenek hanya makan kuah kacang vs Cucur Udang & sate jer.
Pastu mak aku cakap sejak lebih 20 tahun lalu nenek dah mula suka kuah kacang makan ngan Nasi Impit  lepas mak aku selalu masak setiap kali raya



Mak aku kata sampai sekarang Nasi Impit,Kuah Lodeh,Kuah Kacang menjadi makanan favourite nenek

KUAH KACANG SIMPLE SEDAP
1 cawan kacang tanah
1 asa keping
1/2 ketul gula melaka
1½ sudu teh garam
1 batang serai- ketuk

Bahan Blend:
20 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
segenggam ikan bilis bersih

1. Basuh kacang tanah dan masukkan dalam kuali bersama 2 sudu minyak dan sentiasa kacau hingga kacang garing.
2. Angkat kacang dan biarkan suam sekejap & blend dalam blender basah + 3 cawan air hingga agak halus
3. Panaskan anggaran 1/4 cawan minyak dan tumis bahan blend Masukkan asam,garam dan serai & masak hingga naik minyak
4. Masukkan pes kacang blend tadi dan gula melaka.
5. Masak hingga mendidih.
6. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan supaya kuah naik minyak dan cantik
7. Sesuaikan rasa


Mak aku cakap just guna Kacang Tanah Putih sebab nak cepat & malas nak buang kulit.
Pastu goreng dengan sikit minyak supaya cepat garing..
Kemudian boleh blend dengan air..
Lebih mudah dan cepat serta kacang tetap rangup walaupun diblend dengan air kerana terus dimasak segera.
Rasanya tetap sedap.
Dah nama pun Kuah Kacang Simple Sedapnkan...
heeee

Kuah Kacang sedang dimasak


Selepas mendidih ...mak aku kata masak dengan api perlahan supaya kuah naik minyak dan cantik

4 comments:

  1. salam,

    kuah kacang saya suka yang letak asam keping atau asam jawa sselain sebab pedas lemak ada masam masam.. balance..kacang punya lemak.. dgn flavour serai...


    makan dengan roti pun sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..mak kiter cakap letak asam keping untuk ballance rasaa..
      Waa..boleh try makan ngan roti..leh bawa bekal rare

      Delete
  2. Spicy peanut butter haha more like a paste..cicah dengan roti kosong...

    ReplyDelete