Kenduri ke - 2 sepanjang balik Kedah kali ni
Selepas KENDURI 1 ..kat sini... tu hari Isnin balik rumah kampung nenek kait jering dan ambil sirih pinang
Pastu follow kereta Pakcik & Achik ronda2 tengok kampung lain sesambil Pakcik kata nak servey rumah kenduri hari Selasa...
Kawan Pakcik punya kenduri
Ronda- ronda tengok kampung orang
Ni mak aku kata namanya Kampung Guar Kepayang..
Kata mak aku ni lah kampung Pesuruhjaya SPRM sekarang ni iaitu Dato' Sri Mohd Shukri Abdull
Haaa....mak aku siap hafal wei..!
Aku...?
Kalau x masuk dalam axam...xde la aku nak fahal
Kampung ni cantik ada sungai...
Sawah padi luas...
Kampung pun bersih dan cantik..
Tapi jalan dia sempit la sepanjang sungai tu
Kalu time berselisih dengan kenderaan lain aku akan pejam mata sebab sriau wei..
Sebelah kiri tu sungai penuh airnya
Tengah2 lalu jambatan ni nampak sekawan lembu
Banyaknya lembu2 tu
Apa lembu- lembu ni buat...?
Semua lembu2 tu sedang menuju ke tebing sungai
Ada yang dah turun tebing dan berdiri teli sungai
Alamak...lembu2 tu nak berenang macam kerbau ker...?
Haaa...mak aku cakap lembu2 tu semua tuannya bawa kesungai untuk diberi minum..
Lepas minum air..lembu2 tu akan dibawa balik ke kandang atau ditambat di padang rumput
Itu semua peristiwa hari Isnin
Masa servey rumah kenduri
Ni plak lembu2 ditengah jalan pada hari Selasa masa nak gi kenduri ..
Pun banyaknya lembu berkeliaran diatas jalan...
Selamba badak jer lembu ni nak cross jalan
Persoalannya....kenapa lembu yang lintas..badak yang dikatakan selamba..?
Hahahaha
Semalam tu lembu2 yang bertuan
Tuan dia bawa minum air kat sungai
Yang ni x nampak tuannya..
& yang ni bukan lembuw semalam
Semalam tu mak aku kata lembu kat Kampung Guar Kepayang
Ni dah kat Kampung Paya Rawa..
Kenduri ni kat Kampung Paya Rawa
Nama2 kampung kat sini jarang aku dengar
Guar Kepayang tu apa maksudnya.?
Mak aku kata Guar tu maksud Bukit
Kepayang tu sejenis buah yang memabukkan tapi boleh diproses untuk dimakan..
Mak aku cakap Buah Kepayang tu juga dikenali sebagai Buah Kluak..
Mmm....pernah baca info about buah kepayang lepas sis nor selalu sebut dalam komen..
Mak aki cakap maybe dolu2 kat bukit dikampung tu ada pokkk kepayang kot..
Kot.....mungkin betul mungkin x betul..!
Kampung Paya Rawa...
Apa maksudnya pulak..?
Paya tu mak aku cakap kawasan tanah yang sentiasa berair dan biasanya tanahnya jerlus..
Rawa plak maksudnya hampir sama..
Kawasan yang sentiasa digenangi air bertakung
Tapi mak aku cakap tak tahulah asal usul sebenar nama kampung tu..
Mungkin betul mungkin salah apa yang mak aku cakap ni
***update- nenek kata Guar tu mean cave la...Gua
Maksudnya Gua Kepayang
Paya Rawa tu plak..nenek cakap Paya tu dah betul..
Rawa tu nenek kata nama pokok.. Pokok Rawa aku nenek kata buahnya seakan buah asam kumbang..mmm..aku dah search just jumpa pic buah asam kumbang..Pokok Rawa x jumpa pic.
Tapi aku pernah naik feri kat Penang..Nama feri tu Pulau Rawa
Kenduri ke -2 ni Kari Kerbau + Batang Pisanv
Sayur Campur
Ada Ikan Masin..
Sambal Belacan dan Ulam
Ada juga Meehun Sup
Tapi malu nak snap pic sebab kenduri ni nampak Islamic sangat
Pengantin pun pakai baju Melayu dan berkopiah putih
Masa kami sampai pun tuan rumah xde kat situ
Pengganti tuan umah cakap tuan umah gi solat
Masa nak balik nampak menddr ni kat pokok nangka depan pintu pagar rumah kenduri tu
Apakah ini...??
Haaa...gigi la..
Gigi palsu siapa la besar sangat ni...?
Tersangkut kat pokok nangka lak tu
Haaa...nampak x....?
Tu kat kat tepi buah nangka tu...
Kepala Kebau wei...!!!
Gigi tadi tu kerbau yang punyak
Siap ada mata.. & tanduk kerbau
Kalau kat Kedah mak aku cakap almost memang akan masak daging segar
Paling biasa akan semebelih lembu
Tapi ada juga yang sembelih kerbau macam i
Goodies kenduri ke-2
Dalam paperbag tu berisi1 paket Serbuk Kopi
Haaa...goodies kat Kedah memang banyak yang rare..
Ada yang bagi serbuk kari..kicap...sos...meehun ..bagai..
Kalau mereh bulan puasa pun Achik cakap jemaah yang datang solat terawikh akan diberikan air botol...gula...meehun..laksa dan sebagainya menggantikan makanan moreh..
Semuanya kerana nak mengelak pembaziran
Rasionalnya kalau bunga telur kebanyakan akan terbazir sebab tidak dimakan kerana mudah rosak
Bila diberi bahan kering macam ni...
Boleh simpan dan guna bila2 perlu
Kopi Cap Songkok ni mak aku cakap antara yang terkenal di Kedah..
Dapat 3 pack...
Haaa....mak aku cakap boleh stok sebulan dah
Ok...nanti sambung citer kernxuri 3 plak...
Bye
salam,
ReplyDeletebuah kluak nama kepayang juga?
nice.. tak jumpa buah pula?
anyway menu sedap...
Mak kiter yang cakap camtu..
Deleteabout buah kepagang kiter x jumpa pun..
just jumpa lembu..hahaha