Thursday, 28 February 2019

PUCUK JOHAR @PUCUK JUAQ MASAK RENDANG

Pucuk Johar Masak Rendang Dengan Ayam
Masakan nenek masa balik cuti CNY
Nenek kata ni antara makanan tradisional  yang istimewa di sesetengah tempat di Kedah
Kata mak aku kalau dolu2 pucuk johar ini menjadi hidangan istimewa pada hari raya untuk dimakan bersama Ketupat Daun Buluh..


Ni memang fully iar tangan nenek..
Nenek yang masak A to Z kecuali merebus dun tu mak aku yang tolong
Aku..?
Heee...masa ni aku tgh tolongvtampal wallpaper pada peti ais..
Tapi aku dapat la tengok dar A to Z sebab peti ais tu tepi dapur...
Mak aku pun tolong sikit jer sebab hanya nenek tang pandai masak ni..
Mak aku cakap mak aku pun x pandai nak masak macam yang nenek buat ni
Sebab ni antara makanan axotic jugak ni kata mak aku...

PUCUK JOHAR MASAK RENDANG DENGAN AYAM
3 cekak pucuk johar
1/2 ekor ayam- potong kecik2 macam untuk kari roti jala
3 bungkus kecil rempah kari ayam
1 sudu besar kerisik
garam & sikit gula melaka
1 kotak santan

Bahan Tumis:
5 bawang merah
3 bawang putih
5 hiris halia
3 bunga lawang
10 bunga cengkih
1/4 cawan minyak

1. Lurut dan ambil hanya daun pucuk johar
2. Rebus hingga mendidib dan tuangkan airnya
3. Tambah air dan rebus lagi sekali hingga mendidih dan buang airnya serta perah daunnya.
4. Panas minyam dan tumis bahan tumis hingga garing
5. Masukkan rempah kari ayam yang dibancuh dengan 1 cawan air.
6. Bila naik minyak masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut dan tuangkan 2 cawan air. airnya
7. Tambah pucuk johar rebus dan tambah santan dan masak hingga mendidih dan ayam empuk
8. Tambah kerisik,garam dan sedikit gula melaka
9. Masak hingga kering dan naik minyak macam rendang

** tak perlu letak asam..sebab nenek kata daun ni pahit- pahit tetapi ada juga rasa swdikit masam ori dari daun ni..


Ni la Pucuk Johar a.k.a Pucuk Juaq
Nenek kata ambik kat umah Mayah dikampung
Nenej balik kampung gi kebun
Tapi balik masak kat umah baru


Bau dia bukan lah wangi
Tapi bau dia macam bau peria pahit


Mak aku cakap dulu2 kalau gi Putrajaya nenek selalu ajak mak aku singgah tepi jalan dan petik pucuk johar ni..
Dolu2 kat sepanjang jalan ke Putrajaya memang banyak..
Dah la pokoknya rendang dan rendah.
Sekarang pun kalau lalu jalan Putrajaya ..mak aku akan tunjukkan deretan pokok2 johar ni..
Tapi sekarang semua dah tinggi- tinggi dah
Pekerja gardener pun pelik tengok nenek petik pucuknya
Nenek kata bukan semua orang tahu proses pucuk johar ni sebab pucuknya pahit dan baunya pun pahit.
Tak ramai juga yang tahu pucuk ni bileh dimakan...
Tapi setelah direbus dan dibuang airnya dan dimasak rasanya memang sedap
Kakak berulang- ulang makan..

Nenek sedang melurut pucuk johar untuk dibuang rantingnya..


Kemudian mak aku rebus
Bila dah rebus daunnya berubah jadi kuning coklat..


Selepas direbus 2x dan diperah airnya..
Nenek kata kalau rebus sekali sahaja nanti pahit
Kalau rebus bangak kali sangat nanti hilang rasa dia...


Tumis bahan tumis
dan masuk rempah kari

Bila rempah kari naik minyak masukkan ayam


Tambah air untuk mendidih &  empukkan ayam


Masak hingga kering dan ayam empuk
baru masukkan pucuk johar rebus


Tambah santan,kerisik,garam dan sikit gula melaka


Masak hingga kering dan naik minyak seperti rendang


Rendang ni memang sedap & rare
Aku pun suka..
Kakak pun suka..


Dah siap masak nenek soh call Achik..Pakcik..Haikal & Akil datang makan ramai2
Tapi Pakcik x datang pun ..
Haikal datang naik motor
Pastu kena tolong aku angkut pasir
Achik makan
Aqil makan ayam jer

Kalau di Kedah mak aku kata memang Kati Pekat Pucuk Johar @ Pucuk Juaq istimewa dihidangkan bersama Kerupat Daun Buluh..
Tahu Ketupat Daun Buluh..?
Dah pernah posting about KETUPAT DAUN BULUH kat sini....


Ketupat Daun Buluh ni mak aku beli kat Pasar Tani
Pasar tani hari Selasa masa beli Ubi Kemili
Sebiji ketupat tu harganya seringgit


Pastu mak aku juga ada masak LONTONG KUAH LODEH Kat sini....
Hari yang sama jugak la nenek masak Rendang Pucyk Johar ni
Dah macam Hari Raya
Ada Ketupat Daun Buluh
Nasi Impit
Kuah Kacang
Kuah Lodeh
Rendang Pucuk Johar a.k.a Pucuk Juaq ni..
Esoknya tu hari Jumaat we all pun balik KL
Tiga minggu kemudian baru siap entri about Pucuk Johar ni..!!

6 comments:

  1. salam nampak sedapnya.. best la... mcm rendang daun puding.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis nor..
      memang sedap la rendang daun yang nenek masak ni..heee sis nir mesti suka rendang

      Delete
  2. https://manfaat.co.id/manfaat-daun-johar

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, ada ek info about daun johar...
      Waa....TQ sis nor ....kiter dah baca info tu...

      Delete
  3. Tu ayaq rebuih elok minum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa...nanti kena pesan ngan nenek lah..
      lain kali rebus ..jangan buang airnya..
      Mesti nenek suka.Tapi kiter x minum kot...pahittttt

      Delete