Mentarang Masak Lemak Cili Api
Tahu mentarang...??
1st time aku tahu nama makhluk ni
Mak aku yang cakap nama dia mentarang
Aku ingatkan siput
Tapi macam kerang pun ada..
Hybrid kot..
Hahaa....
1st time aku makan..
Hampir 2 kg mentarang dimasak lemak cili api oleh mak aku
Heeee.....yang ni mak aku yang masak
Kari Udang aku yang masak
Rasanya masak kari lagi senang sebab xyah nak tumbuk menumbuk cili
Just guna serbuk kari readymade
Tapi rasa mentarang ni sedap
Lebih sedap dari siput sedut
Isi mentarang macam isi lala
Tapi mak aku kata isi dia macam Siput Pepahat a.k.a Bambo Lala...
Mmm...bamboo lala tu yang mana ek..?
Macam dah x ingat la...
Tapi mak aku cakap aku dah pernah makan
Mak aku dah pernah masak beli dari Kuala Selangor
Mmm...lupa laaa
Apapun aku suka mentarang ni
Aqil pun suka
Aqil kata sedap
Ni la MENTARANG....
Macam Lala
Macam Kerang
Masa tengah beli Mentarang kat Pekan Nat Sabtu
Mak aku yang nampak ada mentarang nAku x kenal pun mentarang
Terus kaut habis sebab dah lescopaque...
Sekilo rm 12
Yang mak aku beli ni 1.8 kg
Sebab dah lasr stok x cukup 2kg
Rupanya memang berlumpur selut
Ni rupa mentarang yang belum dicuci
Berlumpur berselut
Nenek kata mentarang ni memang hidup kat lumput laut
Dah siap basuh bersih
Tapi mak aku cakap kena basuh hati2
Sebab cengkerang mentarang tu nipis dan rapuh..
Kalau gosok kuat2 nanri shell dia pecah
Cili padi dan bahan lain mak aku dah siap tumbuk nak masak mentarang
Mak aku cakap nak masak tumis pedas
Tapi x jadi sebab nak kasi ada kuah
So masak Lemak Cili Api
MENTARANG MASAK LEMAK CILI API
2 kg mentarang ( actually 1.8kg jer yang ada)
1 kotak santan
2 batang serai
2 asam keping
1 sudu garan
Bahan tumbuk:
10 cili padi merah
1/2 bawang besar
1 kunyit segar
1. Masak bahan tumbuk + 1/2 cawab air sahaja kerana nanti mentarang akan mengeluarkan air.
2. Masak hingga mendidih bersama asam,garam dan serai
3. Masukkan mentarang dan kacau perlahan supaya shell mentarang tidah pecah
4. Masukkan 1/2 santan dan biar mendidih hingga mentarang masak dan terbuka shellnya
5. Kecilkan api dan masukkan 1/2 lagi santan pekat.
6. Kacau dan sesuaikan rasanya.
salam, mesti sedapp
ReplyDeletehehe... tambah mi atau pasta dalam kuah tu mesti sedapppp
Wow..boleh masak ngan pasta ker...
DeleteKnp murah... Sy beli sekilo rm20
ReplyDelete