Kari Ikan Lengat + Ubi Kemili
Ikan Lengat mean ikan yang dah diawet dengan cara merebus bersama sedikit air dan extra asam keping dan extra garam
CARA BUAT IKAN LENGAT & CERITANYA ada di sini...
Actually ni kari masak kat Kedah 2 minggu lepas lagi. Masa balik cuti CNY hari tu..
Kati Ikan Lengat ngan Ubi Kemili ni mak aku kata makanan nostalgia
Mmm...nostalgia lagi....!
Mak aku cakap ikan lengat tu sebab dulu2 zaman letrik belum ada kat kamoung nenek...kata mak aku nenek akan uat ikan lengat untuk stok beberapa hari kerana ikan akan tahan lebih lama....walauoun tiada peti ais
Ubi Kemili tu plak mak aku kata nenek pernah tanam dolu2..
Mmmm...macamana pokok ubi kemili?
Mmm...mak aku kata daun Pokok Ubi Kemili macam daun pudina
Pastu ditanam dalam tapak tanah yang digembur bentuk bulatan sebesar dulang hidang lauk..
Mmm.....aku x pernah tengok pun..
Mak aku cakap dah lebih 30 tahun dah nenek x tanam pokok Ubi Kemili ni ..
Nak makan beli jer..
Tapi nenek kata Ubi Kemili ni bukan macam ubi keledek yang sentiasa ada sepanjang tahun.
Nenek kata pokok ubi ni hanya akan dituai hasilnya setelah pokoknya mati pada musim kemarau..
Mak aku tengah masak Kari
KARI IKAN LENGAT + UBI KEMILI
3 ekor ikan lengat
1/2 kg ubi kemili- kupas kulit
1 asam keping
1 sudu teh garam
3 sudu minyak
2 sudu aerbuk kari ikan
1/2 kotak santan
2 cawan air
Bahan Tumis
3 bawang merag - hiris
2 bawang putih hiris
¹ tangkai daun kari
1. Panaskan minyam dan tumis bahan tumis
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1/2 cawan air
3. Bula naik minyak masukkan ubi kemili dan 2 cawan air
4. Bila ubi empuk baru masukkan asam,garam dan santan.
5. Masukkan ikan lengat dan biar mendidih perhan supaya kuah cantik
Nenek kata hari tu Pak Long cakap Pak Lobg teringin nak makan Gulai Ikan Lengat
Tapi nenek kata masa Pak Long baljk tu xde stok ikan lengat...so, x dapat la nenwk nak masak untuk Pak Long..
Mmmm....betul la kata maka aku ni makanan nostalgia kot
Tengok, Pak Long pun teringin
Mesti Pak Long pun ada nostalgia juga
Nostalgia Ikan Lengat kot..
Hahaha..
Ubi Kemili ni mak aku cakap selalunya ubinya kecik2 jer sebwsar ibu sahaja
Mak aku kata jarang jumpa yang ubinya besar macam ni..
Tapi lepas dah makan ..
Mak aku kata ubi yang kecik lagi sedap rasanya..
Cuma leceh nak kupas sebab kecik
Ikan Temenung Lemak Pangkor
Kat Pasar Tani
Mak akunkata Ikan Temenung mean Ikan Kembung la..
Tapi Ikan Temenung Lemak Pangkor ni lagi sedap dari ikan temenung a.k.a ikan kembung
Apa bezanya..?
Mak aku kata ikan temenubg lemak Pangkor ni datangnya dari Pulau Pangkor dan isinya lemak berminyak..!
Mmmmm....
Ni masa nak beli Ubi Kemili
Tapi yang sedang dicedok penjual tu ialah Kacang Tanah Mentah
Kacang Tanah untuk direbus
Sebelah Kacang Tanah tu yang bulat2 tu mak aku kataa namanya Kacang Poi..!
Mmm...mak aku pernah beli dan rebus tapi aku x minat...!
Haaa...yang sebelah Kacang Poi tu barulah Ubi Kemili..
Mak aku kata Ubi Kemili ni juga dikenali sebagai Ubi Keling..!!
Hahahaha....
Kari Ikan Lengat + Ubi Kemili....
Tengok gambar baru tahu..kalau kat kelantan ubi kemili ni dipanggil ubi keling...jangan tanya kenapa sebab saya tak tahu kenapa ubi tu dipanggil macam tu..
ReplyDeleteJolo doh..mak kawe oyak..memey di Klate demo panggil Uni Keling...hahaha...ok dop kawe kecek Klate..?
DeleteNama rare2 gak masakan... Mmg bonda cella ni otai masak
ReplyDeleteKalu kembung lemak pangkor ni... Ikan pelaling. Saiz kcik dr kembung biasa. Mmg femes lemak bersari... Menitis2 myk kalu kita kita panggang hihi
ReplyDeleteHi..... Sy suka resepi awak. Sy prnh juga try resepi2 awak sbb nk merasa sendiri hasil tu. Yg ubi kemili ni juga adalah resepi penemuan baru sy.... Dh beli ubi ni..... Tunggu masa yg sesuai utk buat.... Sbb nk masak juga ada mood. Selamat berkenalan awak.
ReplyDelete