Saturday, 8 September 2018

RESIPI NASI DAGING UTARA GUNA REMPAH SUP

Nasi Daging Utara Simple Sedap
Nasi Daging ni salah 1 makanan iconic orang  Kedah..
Kata mak aku bila sebut Nasi Daging akan dikaitkan dengan Kedah..
Macam gak Nasi Dagang senonim dengan Trengganu
Nasi Kerabu dengan Kelantan..
Nasi Ambeng sudah sebati dengan Johor



Kalau kat Kedah Nasi Daging memang terkenal tetutama untuk majlis perkahwinan...Kenduri Akikah dan juga Kenduri Qurban..
Tapi mak aku cakap kalau dalam majlis perkahwinan....Jika ada disediakan Nasi Daging selalunya oleh keluarga berada atatu orang kaya- kaya yang ada banyak cicncin berlian  macam Mak Jeton dalam Bujang Lapok tu..."
Kalau orang kebanyakan macam Mak Sudin tu akan hidangkan nasi putih
Hahahaha....ingat x citer tu..?
Aku memang ingat dan boleh hafal dialog lagi..
Hhihihi...."
Sebabnya mak aku kata kalau sediakan Nasi Daging memang memerlukan daging yang banyak dan wajib menggunakan Daging Fresh..
Biasanya jika majlis perkahwinan  tu disediakan Nasi Daging memang ada sembelih 2 ekor lembu....Sebab Nasi Daging memang hanya menggunakan daging terbaik dari lembu..
Isinya dimasak bersama nasi ..
Tulang2 dan reja2 daging akan dimasak kari dan dihidangkan bersama Nasi Daging berserta dagingnya dan juga Air Asam Kerisik.
Haaa...tu kata mak aku la..
Tapi selalunya time aku balik Kedah masa cuti ..
Kalau ikut Achik dan Pakcik gi Kenduri ...
Aku x nampak pun Nasi Daging ni..
Aku x tahu sama ada memang xde Nasi Daging@ aku yang x nampak..
Sebab kalau gi kenduri kat Kedah aku akan jadi bapak excited tengok stesen makanan ala2 stall yang memang macam2 makanan sedap2...
Kalau balik Kedah time cuti memang aku akan tulis about Kenduri2 di Kedah...
Antaranya....
MAKAN 3 KENDURI kat sini....
MAKAN KENDURI DI RUMAH TEPI SUNGAI

Tapi kalau xde keduri yang sediakan Nasi Daging..
Boleh jer makan kat gerai..
Contoh ...
NASI DAGING HAPAQ ORI kat sini...

Kalau x jumpa gerai camtu..
Tapi tingin sangat nak makan Nasi Daging ..
Minta la mak masak....
Kalau mak xnak masak...masak lah sendiri...
Camana nak masak Nasi Daging?
Boleh tengok...
RESIPI NASI DAGING & REMPAH NASI DAGING kat sini...

Mmm.....malas nak buat rempah nasi daging...?
Takpe ..mak aku cakap boleh jer shotcut...guna Rempah Sup..
Boleh guna Rempah Sup Tulang yang siap ada bunjut dan rempah tumis kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan cengkih tu..
Bukan Sup Bunjut tau...!
Tapi REMPAH SUP TULANG
Sebab mak aku kata kalau Sup Bunjut just ada bunjut tu jer
Kalau Sup Tulang...dia dah pack siapw dalam bungkus tu ada 1 sup bunjut kecil dan dipack bersama rempah rumis..
Takde snap pic...
Malas nak selongkar cari kat dapur
Jap nak cari kat google..

 Ni Sup Bunjut Adabi

 Ni la Rempah Sup Tulang Adabi tu
Dah siap ada bunjut dan rempah tumis


Ni Perencah Sup Adabi tu
Mak aku panggil Rempah Sup
So..kalau mak aku soh gi kedai beli Rempah Sup tu...mean Perencah Sup la tu..
Haaa...kena alert...

Ok...dah jumpa dah semua rempah kat kedai..
Kalau gi supermarket..cari la tempat rempah ratus. .
Haaa...aku dah ada skill dah nak cari barang kat supermarket sebab memang selalu escort mak aku belanja barang dapur



Actually Nasi Daging ni masak minggu lepas lagi
Masa baru balik dari Kedah sebab Raya Haji
Sebab stok daging qurban banyak lagi masa tu
Mak aku kata nak masak Nasi Daging sebab semua ada...abang..kakak ada kat umah baru feel nak masak dan makan yang special skit
Kalau selalu makan berdua jer ngan mak aku..
Itupun kadang makan sorang2..
Time mak aku nak makan...aku nak tidur
Time aku nak makan mak aku lak tengah mandi.
Tapi selalunya aku tunggu jer mak aku siap mandi semua tu..walupun mak aku suruh makan jer dulu.."
Sebab x best ar nak makan sowang2..


Air Asam Kerisik..dengan Nasi Daging ni kira cam  Loving couple
Kalau xde ...kira siang tanpa matahari .
Malam tanpa bulan...
Irama tanpa lagu...
Hahaha...kan dah kata .....


Dalca Tulang..
Mmm...yang sedapppp
Untuk Dalca Tulang dah post dalam entri
 DALCA TULANG kat sini....


NASI DAGING GUNA REMPAH SUP JER
Bahan Nasi Daging:
1 kg daging- potong besar
1kg beras basmathi- rendam 15 minit supya nanti nasi gembur cantik
( Kalau beras biasa pilih beras yang agak keras)
4 cawan air rebusan daging  ( Ratio- 1 beras: 1 air)
1/2 cawan susu cair
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan sos tomato
(lagi sedap gantikan dengan 1 tin sup tomato  Cambell)
1 sudu penuh serbuk REMPAH SUP

Bahan Tumis:
1 bawang besar- hiris
1 ketul kalia- mayang
2 daun pandan -simpul
2 sudu marjerin + 1/2 cawan minyak
1 bungkus REMPAH SUP TULANG
( ambil remah tumis sahaja...
  bunjutnya dibuat rebus bersama daging)

1. Rebus daging dengan air yang banyak bersama bunjut sup hingga empuk
Air biar banyak sebab nanti nak guna air tu untuk sup dan nak masak nasi
2. Panaskan butter dan minyak dalam kuali....
3. Tumis semua bahan tumis
4. Bila harum..Masukkan  Perencah Sup Serbuk dan sos tomato atau kalau nak lagi sedap guna 1 tin  Campbell  Tomato Soup
5. Tambah 4 cawan air rebusan daging...
6. Tuang semua bahan dalam kuali tadi ke dalam Rice Cooker..Masukkan juga garam dan gula..
    Tekan Cook dan masak hingga mendidih...
7. Masukkan susu cair dan beras yang sudah dibasuh dan direndam sekejap.Kacau supya rata dan biar cook ..
Bila air kering gaulkan sedikit supya rempahnya rata.

8. Letakkan juga ketulan daging rebus tadi ..Tutup dan biar nasi masak sepenuhnya



Daging Qurban...
Guna daging fresh untuk hasil yang lebih sedap
berbanding daging import


Daging direbus ssketul - seket ul besar..
JANGAN HIRIS
Ini supaya kuah lebih manis dan nanti daging yang sudah empuk juga lebih sedap


Lepas daging sudah masak dan empuk baru dihiris...


Bahan Tumis...
Bawang,halia,pandan dan rempah Sup Tulang


Panasakan marjerin + minyak..
Kalau guna minyam sapi lebih harum tapi cepat muak..
Marjerin dicampur minyak supaya lebih tahan panas dan tidak mudah hangus.


PERENCAH SUP...a.k.a serbuk sup


Masukkan pula sos tomato ..
Jika guna Sup Tomato Campbell

Masak hingga naik minyak
Angkat dan tuangkan dalam Rice Cooker


Tambah air rebusan daging dalam  rice cooker bersama bahan tumis tadi dan cook sehingga mendidih.Tambah garam dan gula


Bila sudah mendidih masukkan susu cair.


Terus masukkan beras  yang sudah dibasuh  dan direndam 15 minit tadi..
Jika guna beras biasa tidak perlu rendam dahulu..lepas basuh terus masukkan.


Kacau supaya rata dan beras tenggelam sahaja...
Jangan dikacau lama2 nanti nasi akan lembik


Biar mendidih  dan sesekali  buka penutup rice cooker untuk pastikan mandidih..
Jika belu. sempat mendidih airnya sudah kering itu menandakan tidak cukup cecair..tambah sedikit lagi kuah sup mendidih @ air panas mendidih..Jangan tambah air sejuk..


Bila nasi sudah mula kering....

Susun daging hiris diatasnya dan tutup semula rice cooker sehingga nasi tanak sepenuhnya



Bila sudah masak...taburkan daun sup cincang
Nasi Daging Sedap dimakan bersama Air Adam Kerisik dan Kari pekat atau Dalca Tulang..
Ada juga dihidangkan bersama Sup  Kosong


Untuk Versi Nasi Daging Homemade  Rempah Original dan versi Sup boleh tengok..
RESIPI NASI DAGING & REMPAH NASI DAGING kat sini...




AIR ASAM KERISIK


Bahan Air Asam Kerisik:
1 tomato masak - untuk blend
1 biji tomato masak - untuk hiris
1/2 bawang besar- untuk blend
1/2 bawang besar - hiris
1 limau nipis
1 sudu kerisik
¼ cawan santan pekat


Bahan Blend:
10 cili pasi
3 cili merah
1 ketul kecik belacan
1 cawan air asam jawa cair
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 bawang besar

- Blend semua bahan blend dan gaul dengan tomato serta bawang hiris dan kerisik...Perahkan limau dan tuangkan santan pekat..


** Rasa Air Asam Kerisik ni Macam kuah kerabu


Bahan Air Asam


Basuh cili sebelum dipatah2kan dan
Blend cili mereh,cili padi dan  separuh bawang besar dan 1 cawan air asam jawa cair
Tambahkan juga garam dan sedikit gula


Kerisik
Tuang bahan blenda dalam mangkuk dan tambah kerisik


Tambahkan juga buah tomato hiris,bawang besar hiris  dan perahkan limau..
Sesuaikan rasa


Taburkan daun Ketumbar untuk rasa ala - ala Pencicah Thailand...
Yummmy....
Mmm...tapi dah habis....!!!!!
Ok..bye...!!!

6 comments: