Wednesday, 5 September 2018

GULAI BIJI CEMPEDAK IKAN KERING

Gulai Biji Cempedak Ikan Kering
Lauk rare nih
Bukan hari-hari mak aku nak masak lauk ni
Lauk yang hanya da musim Cempedak jew kot
Haaa....bukan takat isinya digoreng...
Dimakan bersama pulut  lemak..
Kulitnya mak aku buat jeruk
Bijinya dah pernah rebus makan macam kacang makan sambil minum kopi O..
Haaaa....klasik kannn...


Ni mak aku masak plak Gulai Biji Cempedak plak...
Gulai Biji Cempedak dengan Ikan Kering...
Sedap....
Tapi aku banyak makan kuah dia jer
Sebab kuah dia sedap...
Pekatttt....pedasss...
Berapiii....


Mak aku cakap dolu2 nenek x pernah masak pun biji cempedak untuk dijadikan lauk..
Tapi mak aku cakap pernah makan kat asrama kerana ada kawan bawa lauk ni..
Mak aku cakap duduk asrama kalau weekend  ramai jer parents yang datang hanyar makanan untuk anak2..
Termasuk nenek...tapi bukan selalu nenek hantar makanan
Kata mak aku selalunya nenek datang hantar kalau nenek masak special jer...
Contoh makanan special..?
Mak aku kata makanan special tu macam Kari Burung Sitar...
Burung Sitar...?
Bukan ke Sitar tu sejenis alat muzik yangacam gitar besar tu..?
Mak aku cakap Burung Sitar tu sejenis burung liar.
Mak aku cakap burung tu cantik..
Mmmm....aku tak pernah tengok pun..
Mak aku cakap sekarang burung tu mungkin dah pupus
Mmmm....no wonder la aku x pernah tengok...


Ni Gulai Biji Cempedak ni mak aku cakap dimasak bersama ikan kering..
Mmm...patut la kuah dia bila makan...
Bau kuah dia still melekat kat tangan walaupun dah cuci...
Hahahaha....aku suka bau tu..
Boleh ulang2 cium tangan woooo....
Hahahaha...



GULAI BIJI CEMPEDAK IKAN KERING
30 biji biji cempedak- rebis dan kupas kulit
2 ekor ikan kering
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu teh garam

Bahan Tumbuk
5 cili padi merah
1 sudu ikan bilis
2 bawang merah
1 ketul kecik kunyit

1. Rebus biji cempedak dan kupas kulitnya
2. Masukkan bahan tumbuk kedalam periuk bersama 2 cawan air
3. Mask hingga mendidih.
4. Tambah ikan kering dan asam keping serta separuh daripada santan kotak
5 . Masak hingga nampak pekat dan tambah separuh lagi santan..
6. Sesuaikan rasa


Selain daripada menggunakan biji cempedak rebus..mak aku lata boleh juga terus guna biji cempedak tanpa rebus..
Boleh masak biji cempedak mentah tu bersama kuahnya sehingga biji cempedak empuk..
Cara ini lebih sedap kerana kuah meresap ke dalam  iji cempedam
Tapi menggunakan bjji cempedak mentah ..agak susah untuk kupas kulit biji cempedak mentah..
Untuk memeudahkan biji cempedak dikupas kulit ..sebab itulah biasanya biji cempedak direbus terlebih dahulu..
Tapi mak aku kata untuk hasil yang lebih baik...
Biji2 cempedak mentah boleh direndam dalam air biasa selama beberapa malam supaya kulitnya biji cempedak tanggal dari bijinya dan biji yang sudah tanggal.kulit itu dimasak gulai..
Mak aku cakap cara tersebut akan membuafkan biji cempedak lebih gebu dan saiz biji cempedak akan lebih besar kerana menyerap air dan kuah.
Ko faham ker....??
Hahahaha....aku x faham
Kalau x faham mak aku kata rebus jer...habis cerita...


Selain masak Gulai Biji Cempedak  macam ni..
Mak aku pernah juga masak KARI BIJI CEMPEDAK DENGAN IKAN kat sini....






Gulai Biji Cempedak Ikan Masin...
Ok...bye..!

4 comments:

  1. salam sedapnya.. hahahahabis diet

    ReplyDelete
  2. Sedapnyerr gulai lemak biji cempedak..Masyarakat BANJAR memang ada yg masak macam ni...kuah pekat,pedas..pasal burung sintar tu..yess..Arwah Abah Aunty pun dolu2 selalu menjerat burung tu hujung kepala sawah yg penuh pokok rumbia...sedap sangat di goreng...rasa dia tak sama langsung dgn burung puyuh..macam dah pupus dah burung sintar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muah3 aunty Ogy...
      Heee...windu tau..
      Aunty Ogy pun suka jugak ker biji cempedak...
      Mak kiter cakap kat Kedah pun ada orang Bamjar dan Acheh...Siam lagi la ramai..
      burung sintar ker...
      Kiter dengar mak kita cakap macam bunyi Sitar jer...hahahaha...macam nama alat muzik...
      Rugi la kiter x dapat makan burung sintar tu...huhuhu

      Delete