Friday, 7 September 2018

LEMANG DAUN PISANG BERKACANG

Lemang Daun Pisang Berkacang..
Pulut lagiiiii...
Heeeee.....kan kat umah aku pulut tu 2nd makanan selepas nasi putih..
Actually Lemang Daun Pisang ni mak aku cakap Lemang yang dimasak tanpa menggunakan Buluh Lemang..
Hanya guna daun pisang
Sebab tu panggil Lemang Daun Pisang
Sebab bubuh ka ang
Panggil Lemang Daun Pisang Berkacang



Mak aku masak Lemang Dau  Pisang Berkacang...
Mak aku cakap Lemang Daun Pisang ni lagi sedap dari Lemang Adabi yang dalam plastil tu..
Haaaa..kalau Adabi marah aku x tahu..
Aku no comment sebab aku memang x suka lemang
Bukan takat Lemang Daun ni  yang aku x minat
Kalau Lemang Buluh waktu raya pun aku x suka
Bukan x makan
Tapi aku lagi suka Ketupat Palas yang nenek buat
Sebab kalau Ketupat Palas nenek sedap


Lemang Daun ni bukan aku x suka
Tapi yang buat potong feel aku sebab mak aku letak kacang tu
Kacang Ketupat tu..
Kacang Tolo...
Selalunya mak aku masak Bubur Kacang Hijau campur Kacang Tolo ni..
Tapi mak aku cakap kalau kat Kedah kacang ni dipanggil Kacang Ketupat
Sebab  ramai juga orang buat Ketupat Palas letak juga kacang ni dalamnya...
Mmmm....baru aku ingat...
Dulu kalau pergi beraya umah Tok Ndak kat kampung ngan Mayah semua tu mesti kat umag Tok Ndah ada Ketupat Palas lerak kacang ni..
Tapi masa tu aku sula sangat Ketupat Tok Ndak yang ada kacang ni..
Cuma lately ni aku dah x suka sangat kacang tu..
Agaknya sebab mak aku selalu sangat masak kacang jer kot..
Heeee
Kalau nak makan aku akan cari alasan untuk suka
Kalau time xnak aku akan cari jer alasan untuk x suka...
Hihihihi......



Lemang Daun Pisang ni mak aku masak weekend hari tu
Mak aku kata sebab nak makan ngam Serondeng..
Pakcik ada bagi serondeng ikan masa balik Raya Haji....
Pakcik bagi untuk "anak sedara kesayangan"Pakcik tu..
Untuk bawa balik kolej buat makan ngan nasi or roti
Tapi anak sedara  Pakcik a.k.a my sister tu xnak bawa balik sebab dah banyal sangat makanan dah bawa balik kolej


Lemang Daun Pisang vs Serondeng


 Ni Lemang Daun Pisang vs Samval Ikan Bilis


LEMANG DAUN PISANG BERKACANG
1/2 kg pulut - rendam semalaman
1/2 cawan kacang ketupat - rendam berasingan
1 cawan santan pekat ( mesti santa. fresh)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 helai pandan
10 keping dau  pisang
( setiap sehelai selebar 2 tapak tangan)
** kalau dapat daun pisang muda yang masih warna kuning dan bergulung lagi bagus hasilnya lemang akan berbau  harum

1. Kukus pulut yang sudah direndam semalaman hingga masak
2. Kukus juga kacang ketupat tetapi JANGAN terus digaul dengan pulut..Sebaliknya letak bersebelahan pulut masa dikukus..
3. Bila pulut masak,gaulkan pulut dengan santan bergaram dan gula tadi.
4. Kemudian barulah digaulkan pulut bersantan dengan kacang yang sudah dikukus
5. Bentangkan sekepingdaun pisang dan letakkan 1/2 cawan pult berkacang tadi
6. Gulung sehingga padat dan ikan dengan benang dikedua2 hujung serta tengah selinder pulut tersebut.Buat hingga habis
7. Masukkan semua selinder pulut  dalam rice cooker dan isikan air hingga tenggelam
8. Rebus hingga air hampir kering
9. Angkat dan toskan dalam penapis
10. Bila sejuk baru digunting tali dan dipotong lemang tersebut


Pulut yang sudah direndam
Sebaiknya rendam semalaman atau sekurang- kurangnya 4 jam


Kukus sehingga masak.
Letakkan juga kacang ketupat disebelah pulut dan kukus juga hingga masak

*** Yang ini sebab kacangnya lupa untuk direndam..maka kacang tersebut direbus berasingan supaya cepat empuk


Gaul santan...

Kacang Ketupat yang sudah dikukus atau direbus


Campurkan pulut dan santan terlebih dahulu sebelum dimasukkan kacang


Gaul supaya kacang bercampur rata



Daun pisanv perlu dilayur terlebih dahulu dan di lap bersih..
** Jika menggunakan daun pisang yang masih muda atau pucuk pisang,lemang akan lebih harum


Letakkan 1/2 cawan pulut berkacang tadi atas sekeping daun pisang
dan padatkan sambil digulung


Untuk hasil lebih baik...
Pakai sarung tangan plastik dan kepalkan memanjang seperti selinder supaya lebih padat dan lebih mudah dibungkus


Gulungkan pulut tadi menjadi selinder
Jika inginkan lemang bersaiz besar ..
Tambahkan jumlah pulut selinder


Jika daun pisang kecik dan sukar digulung
Boleh juga dibungkus seperti lepat dan dikembarkan sebelum diikat tali.


Buat hingga selesai


Selinder vs lepat
Tapi namanya Lemang  Daun Pisang jugak


Ikat dikedua2 hujung dan ditengah2 selinder Jangan ikat terlalu kemasa supaya tidak pecah bila direbus


Bila sudah hampir kering airnya...
Angkat dan toskan sehingga kering...
Setelah sejuk baru dipotong supaya isinya padat kenyal dan cantik..
Kalau potong panas2 isinya lembik dan tidak padat.


Ni versi bungkus macam lepat
Bentuknya leper bila dibuka daunnya


Versi selinder lebih cantik tidak dibuka...sebaiknya dipotong bersama daun supaya cantik dan menarik..
Lemang Daun ini sesuai dimakan bersama Rendang...Kari...Serondeng atau Sambal Tumis

** Pesan mak aku...
Lemang Pulut Berkacang hanya boleh bertahan sehari semalam sahaja kerana kacang akan cepat berlendir dan cepat basi..

Jika dibuat dalam jumlah yang banyak seeloknya dibuat dalam 2 versi..Sebahagian dicampur kacang dan sebahagian lagi dibiar plain...Kerana Lemang Plain tahan lebih lama.

Jika disimpan dalam peti ais jangka hayatnya lebih panjang tetapi pulut akan jadi keras dan perlu dikukus semula supaya lembut kembali .




No comments:

Post a Comment